Pengalaman Melakukan aktiviti di Gua Damai Batu Caves dan Senarai Pakej yang ditawarkan

by - May 03, 2019

Assallamualaikum

Seawal 4.30 pagi mummy dah keluar rumah untuk ke Gua Damai yang terletak di Batu Caves ni. Yelah ikut jadual kena ada jam 7.30 pagi di lokasi. Dari Melaka pulak dah kena standby 1 jam setengah. Nak hadap kesesakan traffic light lagi kan.. So better lah keluar awal.


Lokasi

Taman Ekstrem Gua Damai
Jalan Fairuz Off Jalan Zamrud,
Kg Wira Damai , 68100 Batu Caves
Selangor

Tel . No : 
+60124812005 ( Mustapha)

Email : 
guadamaixpark@gmail.com



Sesampai je kat sana pendaftaran telah dibuka. Mummy dan Tiera siap je daftar dapat tshirt tuk media sorang satu. Hapa lagi sarunglah! Program ni dibawah anjuran MMSOS  . Apa itu MMSOS? Klik ja link ni na..

Ni kali pertama mummy mengikuti program macam ni , selalunya panjat gunung, masuk gua, lari-lari manja ja.. Kali ni kita cuba aktiviti yang lain dari lain sikit walaupun ianya agak berkait kan.. 

Masing-masing muka ceria dapat lakukan aktiviti lasak..cuba suruh keja.hahahhaa Imagine sendiri ja muka mummy lagu mana.hahaa :P

Posinglah dulu. Abaikan mummy yang semakin sihat dengan jayanya.


Permulaan aktiviti kami diperkenalkan dengan ciri-ciri keselamatan yang perlu dilakukan sebelum semua aktiviti bermula. Memang kekok jugak bila nak masuk gua kena berikat-ikat tali kat pinggang , kena pakai helmet .. memang agak menyusahkan sedikit la nak memanjat.. yelah mummy ketinggian dah la tak seberapa.. tapi tali kat pinggang tu.. meleret-meleret panjang dan jenuh tersangkut.. haha 🤣Tapi demi keselamatan kuturutkan jua.

Beratur dulu nak masuk gua.

Pastu starting kena naik tangga

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah memasuki gua Damai. Gua ni agak berdebu dan mencanak tinggi. So kena jaga step agar tidak mudah tergelincir. Trek semua berpasir so kena standby kasut yang sesuai.  Tapi jangan risau ada tali-tali yang boleh kita paut bagi mengelakkan kita jatuh meluncur kebawah. Udara pula agak kurang. So kena control sedikit pernafasan. Kasut pula kalau boleh jangan lah pakai kasut jogging, pakailah kasut yang ada gigi sedikit agar mudah grip. Mummy adidas kampung ja yang mampu.

Satu demi satu gua kitaorang jelajah. Ada gua langsir yang macam langsir , ada gua batik  dan ada beberapa lagi gua yang mummy dah lupa nama dia. Masuk dalam gua ni gelap. So head lamp memang kena pakai . ( Ada disediakan oleh pihak Gua Damai Park) . Terdapat juga titisan air yang terhasil daripada hakisan air dari atas gunung yang meresapi bahagian gua.  So memang kelihatan unik bentuknya.

 Antara blogger yang turut serta.

 Mummy dah berpeluh sakan. Gua kecik tapi pesertanya ramai.haha Sardin Cap Botan la jawabnya.hahaha :p

 Gua Batik. Ada serupa batik ka?
 Mummy yang tak berapa tinggi dan gua yang tak berapa rendah.

 Abam baju kuning ni tengah beri penerangan mengenai setiap gua yang kitaorang masuk. So bukan setakat melakukan aktiviti lasak sahaja, malahan kita juga dapat ilmu  .
 Impak gunung telah membuatkan mummy kelihatan rendang.hahahaa
 #bacabolehpercayajangan

 Mummy dah tolak sikit gua ni bagi tinggi sikit.Penat aih membongkok dari tadi. 

Ada nampak mummy happy..Lawaweyy mestilah happy.. Kurus sikit jari kelengkeng mummy..:p

Selesai menjelajah setiap inci gua, kitaorang meneruskan perjalanan seperti mendaki gua dan bukit yang tak berapa nak tinggi.  Namun trek pulak agak licin sebab jarang orang lalu kat kawasan ni . Nampak daun tebal tapi bawahnya licin so kena berhati-hati takut mengelunsur jatuh tersembam bumi. 

Adik belakang mummy tu power aih .. 

Dengan blogger Fafa dan juga Liez..

Menang posinglah ampa.haha

Jarak perjalanan takdelah lama sangat untuk aktiviti ini. Dalam tengahari dah settle aktiviti caving dan juga hiking. Turun-turun je kitaorang kena serahkan semua peralatan kepada urusetia yang bertugas sepertimana kami terima diawal aktiviti.


Lepas makan tengahari kita orang melakukan aktiviti rock climbing pulak. Hahahaha gigih kan!  Perut tengah dok bergoyang-goyang dengan ayam dan nasi dah sibuk nak panjat pulak. 

Gua Damai.


Untuk aktiviti ini korang harus mendapatkan kasut yang disediakan . Kasut ni licin je tapak dia. Rasa macam tak boleh grip langsung.. hah! Tapi tulah kasut yang cukup sesuai  untuk aktiviti rock climbing. haaaha #sesuaikerasyikjatuhja  Kelihatan ramai remaja-remaja yang turut serta didalam aktiviti rock climbing ni. Mummy pun turut serta lah jugak walaupun dah level-level mak orang. Bak kata orang,  dah tua-tua baru peel bukan-bukan tu nak kluaq. 🤪


Mummy dan Tiera pakat dok lawan tolak sapa nak panjat dulu. Mula-mula beria tapi bila tengok orang kiri kanan panjat asyik tak lepas je .. ha waktu la mula takut nak panjat. So penyelesaiannya mummylah yang panjat dulu. Serius susah weyy! Ngan pungkoq dah lebaq ni memang tak lepas lah. Tu naik separuh je dah rasa macam nak matikkkk.. Tips dia: kena angkat badan tuk next step.. bukan angkat pungkoq tau.. !  Macam lompatkan badan gitew then barulah letak kaki. Tapi mungkin disebabkan mummy dah level-level lebih terlebih muatan kot.. tu yang sangkut  hahaha 🤣 

Tiera.. perghh cam kacang je dia panjat.. Yelah aku ngan Tiera. Saiz aku je dah 3 kali badan dia. Gilo la kalau dia tak lepas. Hahaha Well done la Tiera. Hang memang power rangers habis.. Tabik spring..! Toing toing toing.. 

So berakhirlah aktiviti kitaorang di Gua Damai Extreme Park dan berterima kasihlah jugak buat team MMSOS yang memberi peluang kepada mummy dan Tiera join aktiviti macam ni. Ampa memang terbaheklah!

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Damai Park ni antaranya pakejnya adalah :

Gua Damai Xtreme Pakej 

( Pengenalan mengenai herba2 tradisional 
sewaktu aktiviti trekking , caving guide and info , glide   
250 meter  zip line dan absailing)
Masa: 1 Hari
Minumum : 13 orang
Harga : RM 160 ( seorang)

Rock Climbing ( Climb Top Rope)
Masa : 1/2 hari
Harga : RM 100 seorang
( Sesi pagi / petang - walk in juga diterima)

Climbing dan Abseiling
Masa : 1/2 hari
Minumum : 10 orang
Harga : RM 130 seorang

Abseiling
Masa : 1/2 hari
Minimum : 6 orang
Harga : RM 90

Abseilling dan Caving Tour
Masa : 1/2 hari
Minimum : 10 orang
Harga : RM 120 seorang

Multiple Abseil-100m
Masa : 1/2 hari
Minimum : 10 orang
Harga : RM 120

Fun Caving Tour
Masa : 2 jam
Minimum : 6 orang
Harga : RM 60

Jungle trekking dan Caving Tour
Masa :1/2 hari
Minimum : 6 orang
Harga : RM 90 seorang

Sebenarnya banyak lagi pakej yang ditawarkan  seperti certificate course , option pakej dan ada  few lagi yang boleh korang join kat sini. So nak tahu lebih lanjut boleh layari lawan web dorang atau call sendiri En . Mustafa sepertimana  tertera nombor telefon diatas.

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

0 Comments