Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020

by - November 11, 2019

Assallamualaikum..

Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.


Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.




Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup, anda mungkin layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan diagihkan bermula Januari 2020. Semakan kelayakan skim ini boleh dibuat bermula 15 Oktober 2019 di portal rasmi KPDNHEP. Melalui skim ini, bantuan tunai akan disalurkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2019. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.


Kemudian klik pada butang “Checkbox” seterusnya masukkan nombor MyKad dan klik pada butang “Semak”.

Semak Kelayakan : 

SYARAT KELAYAKAN
Mestilah terdiri daripada penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
  1. Memiliki kenderaan berdaftar dan mestilah memiliki lesen kenderaan yang sah
  2. Had pemilikan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja
  3. Kereta ≤ 1,600cc
  4. Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun
  5. Motosikal ≤ 150cc
  6. Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun
subsidi petrol


Buat masa sekarang bantuan ini terhad untuk penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja. Mengikut kenyataan KPDNHEP, kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin yang besar dan menggunakan diesel.

Oleh itu, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.Namun, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.

PERMOHONAN RAYUAN
  1. KOD01 – Tiada rekod sebagai penerima BSH
  2. KOD02 – Alamat pemohon di Sabah / Sarawak
  3. KOD03 – Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
  4. KOD04 – Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
  5. KO05 – Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan
Bagi penerima yang layak, anda perlu kemaskini maklumat akaun bank dengan cara berikut:

Terdapat beberapa sebab kenapa permohonan subsidi petrol anda gagal, antaranya:


  1. Untuk membuat permohonan rayuan bagi setiap kod alasan tersebut, sila klik pada butang “Ingin Merayu” dan isi semula permohonan anda supaya memenuhi syarat kelayakan subsidi petrol 2020.
  2. Sekiranya terdapat persoalan lain, anda boleh hubungi talian hotline PSP di nombor 1-800-886-800 atau melalui WhatsApp 019-278 6356.

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

1 Comments

  1. tak dapat tapi dah buat rayuan. Entah dapat entah tidak.

    ReplyDelete