FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama
KUALA LUMPUR, 14
JULAI 2020 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini bekerjasama dengan
Shopee, platform e-dagang no. 1 Malaysia untuk satu lagi inisiatif baharu,
Durian E-Fiesta, sebagai bukti komitmen terhadap agenda digitalisasi dan
e-dagangnya.
Dato’ Zainal
Abidin bin Yang Razalli, KetuaPengarah FAMA berkata, “Ketika wabak Covid-19 di
Malaysia berada di puncaknya pada bulan Mac lalu, ia telah memberikan kejutan kepada
seluruh Negara dan pelbagai sector termasuk sector pertanian yang tidakt erkecuali.
Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka dapat menjual hasil segar
dan sejuk beku secara atas talian, tetapi wabak ini telah mendorong banyak pihak
termasuk para petani untuk meneroka penjualan atas talian buat julung kalinya.
Langkah ini juga selar idengan harapan YAB Perdana Menteri agar sector perniagaan
dalam bidang e-dagang di pertingkatkan dan menjadikannya satu trend baharu urusniaga.
Oleh demikian, kami bekerjasama dengan Shopee demi member lebih banyak insentif
kepada sector pertanian untuk terus berada di atas talian dan yang lebih penting
lagi, lebih ramai petaniakan mendapat manfaat walaupun selepas PKPP. Kami akan melaksanakan
kerjasama ini melalui beberapa siri kempen bertema yang menarik bermula dengan
Durian E-Fiesta di Shopee bersempena musim durian yang sudah tiba."
Durian E-Fiesta
di Shopee akan menjadi pameran jualan durian maya pertama di Malaysia. Program
ini akan berlangsung dari 15 hingga 19 Julai dan menampilkan lebih daripada 220
tawaran, para peminat durian boleh memilih daripada pelbagai jenis durian
seperti Musang King, Udang Merah, D24, HorLor, Kampung, dan sebagainya.
Sebagai dorongan
untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan member sokongan kepada peniaga
durian melalui pembiayaan baucar menarik seperti potongan harga RM5 dengan perbelanjaan
minimum RM1, potongan harga RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 dan banyak lagi.
Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di Jualan Kilat Shocking
Sale pada harga RM10 sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta.
Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Biasanya tempoh inkubasi untuk penjual dan pengguna adalah yang paling sukar. Pertama sekali, kami perlu memastikan bahawa penjual kekal berada dalam system dan perkhidmatan mereka adalah pada tahap yang optima. Pada masa yang sama, kami harus melatih penerimaan pengguna dan membantu mereka dalam membiasakan diri untuk membeli hasil segar secara atas talian. Oleh itu, kami amat bersemangat kerana mempunyai rakan kerjasama seperti FAMA yang mempunyai pemahaman mendalam tentang ekosistem e-dagang dan bersedia bekerjasama dengan kami bagi mendorong digitalisasi sector pertanian Malaysia. Selain itu, ini merupakan waktu yang terbaik untuk melaksanakan kerjasama ini memandangkanrakyat Malaysia merupakanpenggemartegarbuah durian."
Kedua-dua organisasi
ini juga telah mengambil kira para pengguna yang mungkin kurang menggemari Raja
Buah. Justeru, Durian E-Fiesta juga akan turut memasarkan buah-buahan pilihan tempatan
yang lain seperti manggis, mangga, nenas dan banyak lagi pada kempen tersebut.
Edisi pertama kempen ini adalah terhad di Lembah Klang dan bagi memastikan kesegaran
buah-buahan, penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya setelah pesanan dibuat.
Peniaga buah-buahan,
terutamanya peniaga durian, akan menerima sokongan dan pendedahan pemasaran maksimum
sepanjang kempen ini melalui paparan banner dalam aplikasi, laman mikro-khas, push
notifications dan banyak lagi.
Adalah difahamkan
bahawa objektif FAMA dan Shopee bagikerjasama jangka panjang ini adalah untuk memacu
sektor pertanian dalam mencapai kemampanan dalam jangka masa panjang menerusi perniagaan
secara dalam talian.
Shopee, dalam pada
itu, mendedahkan bahawa lebih daripada 2 tan (2,000kg) durian telah dijual melalui
platformnya dalam masa 24 jam setelah diberi pendedahan dalam kempen 6.6 Super
Sale pada bulan Jun yang lalu. Kata kunci 'durian' juga merupakan salah satu perkataan
yang paling banyak dicari pengguna di platform tersebut.
Untuk memuaskan pengidaman
durian anda, kunjungi https://shopee.com.my/m/durian-e-fiesta
Sebagai tambahan
kepada Durian E-Fiesta, FAMA jugaakan memberikan baucar kepada pelanggan yang
membeli produk dari kedai rasmi mereka di Shopee. Layari https://shopee.com.my/agrobazaar_fama
untuk menikmati potongan harga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50 bagi barangan
seperti daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.
0 Comments