LAWATAN KL : Pameran Topeng Muzium Negara
Hurmmm.. Hampir terlupa nak wat entry pasal pi KL aritu... Xpela yang penting upload pic kan...Lawatan ke Kuala Lumpur ini ada lah merujuk kepada pencarian idea bagi kerja-kerja hiasan dalaman Muzium Sejarah dan Ethnography yang sedang dalam kerja-kerja baik pulih sekarang. So diantara lawatan yang kami pergi diantaranya adalah Pameran Topeng Sedunia (Mask Of The World ) Anjuran Jabatan Muzium Negara atau lebih dikenali sebagai Muzium Negara Malaysia. Ianya bermula dari 20 Disember 2012- 19 Mei 2013 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Actually pameran ni dah tamat 19 Mei 2013 baru-baru ni so soriii lambat update , kalo x bole korang pergi kan....
Lawatan Pameran berpandu kami kali ini dipandu oleh Cik Rozana dari Unit Komunikasi Korporat Jabatan Muzium Negara . Kami diterangkan serba sedikit tentang asal usul semua topeng yang terdapat didalam pameran itu sendiri. Terdapat juga sebuah topeng yang berusia lebih dari 150 tahun.. Huh lamakan! ... Tapi keadaan topeng tu masih dalam kelihatan cukup baik , mungkin dikonserve dan kualiti bahan itu sendiri . So ni la serba sedikit mengenai lawatan yang telah kami pergi . So enjoy the pic and the caption yang ingat -ingat lupa dari saya... Hehehhehe
Topeng Kenyah dari Sarawak
Semua kakitangan sedang khusyuk mendengar penerangan dari Cik Rozana kecuali saya yang sibuk mengambil gambar.. Hahahhahahaaha
Wajah topeng disebalik pokok dan sinaran cahaya merah. ( bukan cahaya ultraman wokey)
Kak Sham dan Kak aryati sedang sibuk mengkaji, membaca , menilai topeng-topeng yang dipamerkan.
Alalalalalalala comey la topeng dari Sarawak ni..
Cara display yg menarik.
Ni la photografer yang sibuk bercamwhore... Sapa la yang nak amik pic aku kan .. Kalo bukan aku sendiri... Hehehehe
Berposing di sebalik pameran intractive yang terdapat di Pameran Topeng. Jika muka anda diletakkan di topeng yang berwarna putih tu akan terkeluarlah rupa anda dlm versi topeng yg pelik2.Nasib baik xde yang pengsan .. ;)
Topeng Melayu
Cantikkan kan susun aturnya.
posing lagi... Aduaiiiiii
Senyum jgn xsenyum ea
Topeng Oh! Topeng
Disalah satu laluan / terowong gelap untuk ke ruang pameran
Diantara topeng-topeng yang telah dikomersialkan yang terdapat diluar negara
Qiyomi dan topeng...
posing dan posing lagi..
Bergambar kenangan dengan kakitangan yang terlibat bersama Cik Rozana dari Muzium Negara. Tq Cik ..
Sekian untuk entry kali ini..Wassallam...
0 Comments