Resepi Laksa Penang

by - July 08, 2013

Assallamualaikum...


Laksa Penang oh Laksa Penang... Menggugat dietku sungguh... Hehehhehehe apalagi habis jer bersuka- ria disekolah Adam tuk Hari Sukan.. Aktiviti memasak pun dijalankan dengan komitednyerr... Aichewahhh tu pun lepas charge energy 1 jam di sofa empuk ku.. Kikiki ;)

Smlm aku pi pasar borong kat Batu Berendam.. So kelengkapan/ bahan-bahan tuk masak sempatlah aku beli... Laksa Penang ni favourite aku dan hero2ku... Boleh bermangkuk-mangkuk depa makan. Memandangkan laksa yang dijual di Melaka ni masih belum memenuhi citarasa tekakku ini apalagi , masaklah cara yang terbaik...ok jom ke dapur ku....

Bahan-bahan
Laksa satu bungkus
Ikan sardin ( 1 kilo saiz kecik/ medium)
Bunga Kantan 1 batang
Daun Kesum
Bawang kecik 2,3 bijj
Cili kering kisar
Asam keping
Belacan... Sikit sudah amik rasa jer
Garam secukup  rasa
Air rebusan ikan sardin

Bahan-bahan hiasan yang bole di ngap
Cili padi ( dipotong halus)
Bawang besar ( dipotong nipis)
Limau kasturi ( dibelah 2)
Pucuk Selom ( dipotong2)

Cara-cara memasak
Rebus Laksa sehingga kembang  pastu tapis dan asingkan
Rebuskan Ikan sardin sehingga masak , air rebusan ikan sardin tu jangan dibuang kerana akan dijadikan kuah laksa.
Kemudian tumis bawang kecik yang telah tumbuk halus, masukkan cili kering yang telah dikisar .. Tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan...  setelah semuanya digaul rata, masukkan air rebusan ikan sardin tu, masukkan ikan sardin yang telah dibuang tulangnya serta ditumbuk separa lumat, kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping dan garam.  Tunggu sehingga kuah laksa tu mendidih, hidangkan laksa, kuah laksa serta hiasannya. Yeahh it's done! Yum yumm dan selamat mencuba ...

 Diantara bahan-bahan tuk memasak laksa

 Ni lah ikan sardin yang sedang  aku rebus tu... Kalau boleh potong la kepala ikan sardin tu sebelum dimasak bagi memudahkan kerja-kerja pengasingan isi sebelum dimasukkan ke dalam kuah laksa

 Bahan-bahan hiasan yang bole dingap serta telah dipotong.

 Laksa yang sedang direbus.. Hanya menunggu masa ianya kembang dan lembut.

 Kuah laksa Penang..yum yum...

 Laksa penang yang telah siap dihidangkan dan sedia untuk dimakan..yeahaaaaa... aummm

Ok sila ignore the seksi body tu ye... Ni lah model laksa Penang yang telah selamat me "ngap"  sebanyak 2 mangkuk... Sedap sangat la tu..hehehehehe...



You May Also Like

0 Comments