Lawatan Ramadhan : Zoo Melaka
Assalammualaikum...
Zoo...? hahahahaha.. teruja tak? teruja tak? mesti teruja kan...(perasan!) yelah mana pernah dibuat orang bulan ramadhan yang mulia ni dok layan pi Zoo kan... Hampa Mesti sibuk dok cari resepi berbuka puasa ker ? , dok shopping baju raya kat Mall ker? .. tapi aku? hambik ko pi Zoo... hahhahaa.. ko hader?
Actually aktiviti ni memang la xdirancang , seperti biasa aku lebih suka memerap kat rumah, duduk kat bilik workstation aku, pi jogging ( waktu bulan tak puasa la), kalau jalan-jalan pun bila rasa macam dah lama nau aku tak bawak hero-hero pi jenjalan. Lagipun kali ni pi zoo ni pun berpunca dari keaktifan hero-hero yang keterlampauan semenjak dua menjak bila menjelang puasa ni . Orang puasa relax-relax , cool dan steady jerrr, ni tak ke hulu ke hilir, main games, main boxing, main basikal..hamik kooo... so aku terpaksa cari idea agar mereka penat! kejam tak? kejam tak? mummy lain sibuk nak anak cergas, aku nak anak dok diam... hahahahahaa.... Bayangkan la kalo lepas sahur tu operasi depa bermula, jiran-jiran aku mesti cakap 5 pagi mesti macam dah 5 petang.. muamuamuahahahhahaa.....
Idea yang terbaik .. Zoo Melaka la.. Kawasan luas, berlari bole, menjerit bole... kikiki... show haiwan-haiwan di zoo pun ader... Mummy mesti happy....kan kan... Aku dan hero-hero adalah pelawat yang pertama yang mengunjung zoo pada hari ahad tu... hahahaha... Sungguh teruja kan nak berjumpa kawan-kawan lama.....kikikiki
Zoo Melaka dibuka : 9.00 pagi hingga 5 petang
Harga tiket adalah seperti dibawah :
Mula-mula sampai jer aku dah nampak Cik Nyet sedang merembat jagung-jagung kepunyaan Cik Parrot ni...Apalagi dok riuh la depa geng Cik Parrot ... Ketaq lutut gak.. Yelah macam-macam kemungkinan bole terjadi bila makanan diambil orang... Ye tak? Tapi syukur Alhamdullilah tak de apa-apa pun yang berlaku.
Cer tengak aksi Cik Nyet me 'ngap' jagung-jagung yang telah dirembat. Asyik Betui! Xbaik tau bulan puasa mencuri.. Haippp mummy rotan kang....!
Hey...! what are you doing? Please don't disturb me...muamuahahahh
Ada aku kesah?!
Chakkkkkkkkkkkkkkkkkk....
Telatah hero-hero ku , nampak jer brutal tapi ..... Alahaiii kecikknya jiwa... Kikikiki. Muka masing-masing nampak mancho gitu... Tapi bab berpimpin dan berpelukkan dorang la nombor satu. Alahai makan hati la bakal-bakal menantu aku nanti... Eh! ada ker nak ?! ;) Kui kui kui
Saya penat puasa la... Jangan la kacau... Hadoiii berat!! haiwan lain pun posa gak tapi agak-agak la.. Hhahhahaha ... Eh ko posa ker?! ;)
Harimau jadian sebelum dan selepas... aummmmmmmmm
Di antara gambar-gambar yang sempat aku tembak. Maaf ler gambar tak cun mana pun almaklum la pakai kit lens jerrr.... Huaaa ada sapa-sapa nak sumbangkan lens tuk aku ..;)) Anw show ni dilakukan pada jam 11 pagi dan 4 petang..... tapi yang aku pi ni kul 11 pagi. Antara show yang di persembahkan orang Hutan, helang, merpati, itik dan lain-lain lagi. Kira enjoy la jugak bagi aku yang berpuluh-puluh kali pi.. Hehhhehe
Hahhahahahhaha.. bergambar bersama adik-adik ... Adik-Adik la sgt!
# tangankatbahumatakeatas
Kiri : Tikus gigi merah.. Susah nau nak amik pic dia... Ke hulu ke hilir... Haiyaaa dok diam2 xleh kerrr...
Kanan : Hero's berposing kat Souveniar Shop. kitaorang xbeli apa pun sebab dah selalu sgt pi. Hehhehehehe
Anw ada gak beberapa benda yang mendukacitakan aku.. Especially byk sangkar2 yang kosong, Taman safari pun ditutup, tandas kotor ( Especially bersebelahan kawasan tiger tu, tandas yang lain aku xpasti la, xsempat nak check) serta dahan-dahan yang tumbang! Maaflah mungkin disebabkan oleh bulan puasa kerja-kerja penyelengaraan dan pembersihan tak dapat dijalankan tapi janganlah pulak di hari cuti hujung minggu..I Sebab hujung minggu la jumlah pelawat meningkat. ni diakui sendiri oleh seorang pelawat berbangsa cina yang datang dari Johor Bahru... Sedangkan tiket semakin naik harganya. So moga lepas ni segala benda- benda yang terdapat didalam zoo ini dipantau dengan lebih baik lagi. Ini kerana Zoo Melaka merupakan salah satu produk pelancongan yang masih menjadi sambutan hangat oleh pelancong-pelancong luar... Sekian Wassalamm
0 Comments