Tempat Menarik di Melaka : Nyonya Memoirs Museum

by - October 20, 2015

Assallamualaikum....

Rasanya ada yang dah baca kot entry sebelum ni pasal Nyonya Memoirs , kalau tak baca lagi bole klik SINI. Sebenarnya Nyonya Memoirs yang dulu pernah di jadikan sebagai Pementasan Teater yang telah diubah kepada Nyonya Memoirs Museum. Ini berikutan lokasi teater yang telah berubah ke  Hatten Hotel. 

Kini Nyonya Memoirs Museum telah dibuka untuk orang ramai sebagai sebuah museum . Menarik sangat seolah-olah berada dimasa lampau. Dari segi susun atur, bahan pameran , props-props yang bole bergerak dan bermacam-macam lagi la.

NYONYA MEMOIRS MUSEUM



Lokasi:

Level 3, Dataran Pahlawan , Banda Hilir ,
Melaka

Waktu lawatan :

11.00 pagi- 9.00 malam

Harga Tiket :

Dewasa : RM 10.00
Kanak-kanak : RM 6.00

Mula-mula beli tiket lah dulu ye. Anda akan dibekalkan dengan sekeping kertas yang perlu dicop ( 4 cop, 4 simbol) yang terdapat diruang pameran yang  disediakan. Jangan tak cop tau sebab akan ada hadiah yang menanti anda diakhir pameran.


Masuk-masuk je muzium belah kiri dah nampak gerai makan tuk lepak-lepak . Nak order tauke kedai dia tak muncul-muncul la pulok..


Ini merupakan "Thiar Besair" , dimana ianya akan mempamerkan perabut, meja bulat besar yang diperbuat daripada batu marmar bertatahkan ibu mutiara , kain-kain sutera cina yang disulam  dan juga cenderamata yang dibeli dari luar negara yang melambangkan status  dan kekayaan sesebuah keluarga. Hanya kaum lelaki sahaja dibenarkan memasuki kawasan ni , wanita mampu melihat/ mengintai  dari kejauhan menggunakan " Lubang Gendap". Apa itu Lubang Gendap ? Ianya merupakan lubang yang dibina di bahagian atas yang menghadap koridor depan bawah dan juga serambi (Anjung Depan).




Sebenarnya ianya sama je macam konsep ruang tamu bagi masyarakat Melayu, pabila ibubapa dok bersembang dengan tetamu janganlah nak dok menempel kat situ... hanya dapat mengintai dari kejauhan sambil sayup-sayup je mendengar butir bicara tu. hehehehe

Hero kecik dah sibuk mencari cop. Hero-hero memang suka cari benda-benda macam ni... ala-ala cari harta karun gitu. Nak nak ada hadiah yang bakal menanti.. zup zap zup zap la pantasnya dorang.hehe ponat mummy nak kejaq.






Hero besaq cakap mummy ringan je ni... so..







Mummy pun trylah angkat dengan penuh kemanchoannya.. elehh ringan je pun..hahahaha eksen!




Yeahhh sesi penjelajahan pun bermula.. jeng jeng jeng...Terasa seperti mengimbau kenangan lama, cuma tak pakai baju kebaya dan berkasut manik je.. kalo tak confirm mummy dah jadi bibik bibik kan..." lu .. gua, lu gua.."  hehehehehe


Kebanyakkan Masyarakat Baba Nyonya ini cukup mahir dalam bidang perdagangan , pertanian, peniagaan (runcit)  dan juga tukang.  Ada yang menjadi tukang membuat rotan dan juga kasut manik



Kenal tak ni? ni namanya "Tikam".. bayar 10 sen atau 20 sen.. pastu tarik satu kertas dibawah, baca nombor yang terpapar.. check kena atau tak kena. Kalau kena dapatlah hadiah. hehehehe Zaman sekolah dulu habis duit belanja aku habis kat benda alah ni. Pastu balik umah buat macam ni balik, hadiahnya bungkus mainan dalam bakul mainan sendiri, Pas tu suh anak-anak jiran beli. hehhee. Kayo Mummy! Kayo Mummy! 
Adehh! tergimbau  memori kenakalan waktu kecik-kecik la pulak :P



Hero Kecik sedang penat membanting tulang.



Mummy hanya mampu posing  dicelah -celah tarmos, pingan mangkuk, payung, botol-botol gas, terompah je...sob sob sob  hehhehe :p 

Kedai runcit..


Hero besaq sedang menikmati cendol ditepi jalan depan kedai foto.. Ehh awaat peniaga cendol tu nampak macam hero kecik..aduhh! punggah!


Tilik jangan tak tilik. Salah satu pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat Baba Nyonya.


Jadi tukang jahit la pulok..Nak tempah mai la. Tapi selai baju ..., tempoh siap,  setahun..hahahaa :P


Main Ting Ting... Ni permainan yang cukup pemes waktu kecik-kecik dulu  sebelum kemunculan games dalam ipad, PS2,3,4, Games Mario dll ... Dulu games ni pemes tau..malahan ada lagi permainan yang seusianya seperti galah panjang, congkak, batu seremban  dll yang cukup pemes pada waktu itu .


Komik 30 Sen. Sekarang komik Adam je dah RM 10 satu.. sekali request nak 5 buku sekali keluar.. 10 kali keluar cuba calculate... huhuhu #nangis



Bonceng hero kecik pi Market.. hehhe



" Laju-laju, buaiku laju.. Pohon beringin tegaknya tinggi, Kalau rendah menyapu bumi, Penghibur aku menolong aku, Bertiuplah oh angin bayu , Akulah anak yatim piatu... Laju-laju ..Buaiku laju, Pohon beringin daunnya rendang , Akar berjalur cecah ke bumi, Hatiku ingin hidup gemilang, Nasib badan suratan diri, Hidupku tidak beribu, Akulah anak yatim piatu..."


Naik buaian sambil feeling feeling Bawang Putih.. hehehe







Sesi tengok wayanglah pula.
jeng jeng jeng


Pendekar Bujang Lapok kah?

Memang disediakan satu bilik tuk menontong wayang cara lama kat sini. Tapi bukan citer bujang lapoklah lebih kepada cerita dan teater yang pernah ada sebelum ada disini. Menarik! Tengok wayang sebelah guni beras dan duduk atas tin-tin kosong.hehehe :p

Settle sudah penjelajahan kat dalam Nyonya Memoirs Muzium. Best! Sebenarnya macam-macam lagi ada kat sini..jenuh aihh nak tempek gambaq kat sini, So bolelah pegi sendiri dan rasai moment-moment macam zaman dulu-dulu tu. Tapi jangan lupa cari cop pulak , muzium  ada menyediakan cop di setiap stesen/props/ kedai dsb. Dah siap cop 4 simbol tu jangan lupa redeem gambar pulak. Tiga tiket , tiga keping gambar ngan frame kertas Nyonya Memoirs . Tapi mummy lupa lak nak tempek kat sini. Lain kali lah ea. Okay

Thanks For Reading! Wassallam..

You May Also Like

77 Comments

  1. Mummy patut pakai congsam kalu nak dtg sini lagi... Ahakssss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampuih la semua dok pakat lari.. Ketaq lutut tengok mummy.. Hahahaha :p

      Delete
    2. semua org lari nak tengok mummy vogue hiksss

      Delete
    3. lari sebab tgk macam hantu kak limah pakai cheongsam.. Hhhhaa :p

      Delete
    4. ahahahaha...hantu kak limah yg vogue

      Delete
  2. Musim ni macam lebih kurang kat Singapore plak SS rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim pun bole gak SS.. Musim hujan, musim panas, musim salji atau musim jerebu.. Keh keh keh :p

      Delete
    2. Inspirasi dari sana kot.. Kat sini memang ramai singaporean..

      Delete
    3. Musim ye SS? Musim JEREBU kewww! matilah salah orang nampak sgt salah sendiri? ehehehehe

      haa kan dah salah ruang komen...aduss!!!

      Delete
    4. Hahahahhaa.. Jadi bahan la SS.. Keh keh keh :p

      Delete
    5. Ahakssss... Issskksss... Tersyassssyulllllllllllllllllllllllll!

      Delete
    6. Hahahahaa tersyasyuulllll upanya..

      Delete
  3. Musim ye SS? Musim JEREBU kewww! matilah salah orang nampak sgt salah sendiri? ehehehehe

    ReplyDelete
  4. ishh tauke kedai tu sepatutnya ada pembantu...so tak de lah rugi kan... ke mmg sekadar hiasan je kedai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha.. Tu props la JM... Memang tak dak org kat situ.. Pak guard ada la.. Keh keh keh :p

      Delete
    2. hahaha sis nama lg museum mana ada org jual la.. pok guard duk jaga ada la hihihi..

      Delete
    3. adusss!!! i t...tertipu lah mummy..mati-mati ingat penjual tu ke tandas...aduh..tepuk dahi ahahahah

      Delete
    4. hahahha tipah tertipu .. tipah tertipu #nyanyi ala-ala cat farish..hehehe

      Delete
  5. nape mummy x snap pic lubang Gendap tu...x leh nak imagine lah...lubang skodeng tahu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mummy pub tak tau.. Mummy baca write-up ja.. Hahahaa

      Delete
    2. Aikkkk... Lubang pon tak leh nak imagine????? Kah Kah Kah....
      * SS dah fikir lain... Ahakssss...

      Delete
    3. SS ingat lobang hidung....walaupun rupa mu tidak ku kenang tetapi lobang hidung mu tetap menjadi pojaan hatiku..giteww

      Delete
    4. tudiaaa dialog Bujang Lapok kluaq dahh... hahahaha:P

      Delete
  6. kah kah kah kalau macam tu mummy mmg macho cam SS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy macho kadang2.. SS selalu.. Kikiki

      Delete
    2. Heheheh orait lah tu, seorang macho kadang2,..seorang lagi macho selalu.
      Saya macho jarang-jarang :)

      Delete
  7. mcm tak ada orang je dalam museum tu...ntah2 mummy n heroes bertiga je ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak .. Tp tak ramai org, baru bukak to public.. Sblm ni tutup

      Delete
  8. laju buai ku laju...aku nak kahwin dengan anak PM..ehh! anak raja!!!

    ReplyDelete
  9. kiranya hero bercaya lah mummy cari 4 cop tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercaya pun bole la JM... Memang cayalah.. Hahhaha :p

      Aaa kitaorg dapat 4 cop tu.. Dapat hadiah 3 keping gambaq . kitaorang bole posing kat mana2 props yg kitaorg suka.. Syokkk ooo free..

      Delete
    2. hahahaha sangat bercaya sis JM

      Delete
    3. aduss!!!! rasain! asyik nampak salah orang je kan hihihih

      Delete
  10. Replies
    1. Ye wakk.. Kitaorg VVIP... Taklehh ramai2 sekali melawat ngn kitorg.. Panas..! Hahahaha :p

      Delete
    2. Lengang2 lah best kan, mummy! Tak berlaga montot!

      Delete
  11. wah teringat kt cerita bawang2 tulah
    pandai mummy masih ingtke senikata lagu nostalgia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa Mummy tanya pak we kita Encik Google je..hehhee :p

      Delete
  12. wah mummy menariknya, kak ana memang minat sangat dengan budaya baba dan nyonya yang unik ni, tq so much for sharing, in shaa allah pi melaka nanti nak ke sini :) love you lah mummy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn Kak Ana.. mummy pun suka.

      Sama2...

      Love u too..

      muahhh..

      Delete
  13. terima kasih singgah...
    untung mummy bawa anak2 masuk muzium, baru anak2 kenal budaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..

      hehhee... buat sesi perkenalan je ni hehehee. Budak-budak zaman sekarang , makin ramai yg lupa sejarah. hehehe

      Delete
  14. asalamualaikum mummy selamat malam...
    :-)) tikam2 mainan feveret yan...balik rumah kena pepah dengan mak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Yan.. Best kan dapat mengimbau memori.. hehehe

      Delete
    2. Zumal bawak tabung p kedai nak beli tikam, pernah atur duit syiling penuh kaunter beli tikam dan akhirnya dapat hampir semua hadiah.... haha ^-^

      Delete
    3. Lagi sakan.. Siap bawak tabung.. Sib baik berbaloi, semua dia bolot.. Hahahaa :P

      Delete
  15. Replies
    1. fuyooo jugaklahhh..hahahaha mana ada muda, dah tua dah ni..hehehee :p

      Delete
  16. Ting-ting.. rindunya nak main.. tapi kami masa kecik2 dlu panggil jengket-jengket..bestla p museum macam ni.. lama dah xpi museum.. kawan2 pakat xminat.. p sorang boring kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.... Ting ting the best. Pastu songlap kapur papan hitam, lukis kat coridor sekolah.. Heavennn!

      Ala kalo mummy dekat bole temankan...

      Delete
  17. nampak menarik je.. bagus pergi muzium begini.. dapat mengimbau sejarah yang lalu.. generasi muda pun pasti akan mendapat ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik Aiza.. Mummy ni mummy yg suka mengimbau memori sebab tu suka muzium.. Disamping ajaq hero2 mengenali sejarah dan budaya kita. Hehehehe

      Delete
  18. Wow... best ni mummy.
    Err slalu juga g melaka... but why x pernah perasan museum nyonya ni.

    Which area?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memang best pun..Muzium yg dapat mengimbau memori masa lampau...

      Muzium ni baru bukak.. ni kat Dataran Pahlawan tingkat 3..Jalan menuju ke GSC Dataran Pahlawan..Sebelah Jonker Food Court.. :D

      Delete
    2. Dalam building dataran pahlawan yg ada jual sourvernir tu ke

      Delete
    3. Ada kat area kedai2 kraft..:)

      Delete
  19. wassalam mummy ... yang entry dulu dah khatam dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehhee... so dah buat pulut kuning belum.. dah khatam kan..hehehehe :P

      Delete
    2. Wow... pulut kuning. Rendang daging.. lazatnya

      Delete
  20. bila mummy update lagi ... baru lah tahu, besar juga nyonya memoirs ni yer. nampak menarik sangat susun atur kat situ. bilalah nak ke melaka ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luas sungguh Zie oiii... bole main kejaq2. Takpa ada rezeki lebih mai la..jgn lupa roger mummy tau..hehhee :D

      Delete
  21. kali pertama jumpa entry nyonya memoirs museum ni ... klu disediakan sekali baju nyonya utk dicuba lagi ngetop nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah hari bulan mummy yang pertama review pasal tempat ni kann . lg pun muzium ni baru je dibuka kepada umum, sebab sebelum ni ianya dijadikan tempat untuk tayangan teater Baba Nyonya.

      aaa..kannn lagi menarik kalo ada costume untuk pelawat cuba..pasti lagi menarik..:D

      Delete