Bagaimana Nasi Lemak Mendapat Nama?
Assallamualaikum..
Makan nasi lemak panas-panas memang sedapkan. Nak .. nak ... ianya dijadikan juadah berbuka di bulan Ramadhan yang mulia. Perghh kena pulak ada sambal sotong, sambal udang, sambal ayam, ayam goreng ker, puyuh goreng ker... kacang lebih! perghhh marvellouskan.
Sumber : Gambar Google
Tapi kali ni mummy tak nak cerita pasal resepi ker .. port best nasi lemak ker.. tapi mummy nak berkongsi info mengenai "Bagaimana Nasi Lemak mendapat nama? " Ni pun baru je mummy tahu waktu mengikuti program Kampung Morten Heritage Walk Melaka oleh Mr . Hj Shaukani Abas , antara Tour Guide terpemes di Melaka ni.
Bagaimana Nasi Lemak mendapat nama?
Suatu masa dahulu, Emak Si Peah bukan nama sebenar, telah menyuruhnya memasak nasi. Sementara itu emaknya keluar mencari rezeki. Apalagi Si Peah ni pun masaklah nasi. Dek kelam kabut sedang memasak nasi tu, Si Peah telah tertuang santan ke dalam nasi yang sedang dimasaknya .
Apalagi kelam kabutlah Peah. Sedangkan nak masak nasi semula confirm la tak sempat. Dalam beberapa minit je lagi maknya confirm akan terpacul depan pintu rumah. Peah dah kelam kabut, serius dia memang tak tau nak bagi alasan apa pada emaknya bila ditanya nanti.
"Peah , Hang dah masak nasi ker belum ?" Tanya Mak Peah.
"Dah mak " Jawab Peah dengan muka cuak.
Apalagi Mak Peah pun membuka periuk nasi untuk memastikan bahawa anaknya , Si Peah ni benar-benar telah memasak nasi sepertimana yang disuruh. Dikautnya nasi itu dan rasa. Yelah dulu-dulukan pakai periuk nasi atas api. Takdelah macam la ni.. ada slow cooker la, rice cooker la, Fast cooker la.. kannn
" Hang masak nasi apa ni Peah? , awat rasa dia lain..?" Tanya mak Peah lagi
Peah dah kelam kabut. Buntu memikirkan apa yang perlu dijawab. Dengan spontan dan tanpa idea...
"Nasi Leee... Mak " Jawab Peah pantas...
"Apa ?" Tanya Mak Peah lagi untuk kepastian..
" Nasi Leeeee... Mak " Jawab Peah..
Hah.. Dari situlah Nasi Lemak mendapat nama.
Jawapan spontan Peah pada Emaknya... " Nasi Lee Makk "
Cuba kalau bapak Peah yang tanya confirm akan jadi Nasi Lepak kan..Hahahhahaa.. Tapi apakan daya dah maknya yang tanya. Tulah yang jadi Nasi Lemak..hehehhee
Sekian antara kisah-kisah sejarah pendek yang tentang " Bagaimana Nasi Lemak Mendapat Nama.." Lain waktu lain masa.. kita cerita yang lain lagi okay..
Thanks for reading! Wassallam..
8 Comments
ooo macam ni ceritanya..yang saya pernah dengar cerita ,acam ni adalah buah duriiii-yam & rambut2 - tan
ReplyDeleteooo ada versi lain ea.. mummy tak pernah dengaq lagi.. ni 1st time.. :)
DeleteOh, banyak juga baca cerita pengenalan pasal nasi lemak ni. Tak tahu yang mana betul, but thank you for sharing this kak Julia ;)
ReplyDeleteTulahh .. banyak version rupanya. hehhe.. Ur Welcome Pojie.. :)
DeleteHa ha ha... mitos ke betui ni mummy
DeleteLocal Tour Guide Melaka yg cerita.. tak pastilah pulak betui ker idak.. biasalah cerita org2 kampung dr mulut ker mulut.. :)
Deleteoooo begitu asal usul nasi lemak ea
ReplyDeleteThank you soooo much for sharing things of nasi lemak kampung morten, it helps a lot.
ReplyDelete