Resepi Brownies Kedut Sedap dan Mudah. Confirm Jadi! (size 7 inci)

by - November 07, 2020

Assallamualaikum


Teringin lak nak makan brownies rini. Rasa macam dah lama tak buat. Hero Kecik dengaq mummy nak buat brownies, apalagi senyum sampai ke pipi. hish budak ni hantu coklat sungguh. Siap pesan mummy jangan kasi jiran sebelah ea. Adeh kedekut betui! hahaha anak oh! anak.. 








Bahan-Bahannya :

Bahan A

150 gm Dark Compound ( Potong halus-halus)

50gm Butter

50gm Minyak Masak

( Bahan-Bahan ni semua double boilkan dan Biarkan suam)


Bahan B

Telur 2 biji ( Gred A atau B)

150gm Gula Perang

1 sudu Kecil Vanilla Essence 

( Kacau rata sekadar sebati sahaja)


Bahan C

Tepung Gandum 100gm

Serbuk Koko 25gm

( Ayak kedua-dua bahan ni dan gaul sebati)


Cara-caranya

Campurkan bahan A dan Bahan B . Gaul rata sekadar sebati. Setelah itu masukan bahan C dan kacau lagi.


Sediakan loyang 7x7 inci, sapukan butter dan lapikan kertas baking dan masukan adunan.


Panaskan oven 160 darjah celius selama 10 min. 


Masukan loyang ke dalam oven . Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 minit. 


Bila dah siap, tunggu sejuk dan barulah potong. 


Selamat Mencuba ya! 

Thanks for reading! Wassallam

You May Also Like

2 Comments