Merdeka! Merdeka! Merdeka...!!!!!!!!!!!!!!!
Bingkisan kepada pewaris bangsa
Sejak dahulu lagi, sesiapa pun yang singgah di semenanjung Emas dan jajahan disekitar lingkarannya yang suatu ketika dahulu dikenali kembara sebagai Golden Chersonese atau Svarnabumi, pasti tertarik dengan warisan kedamaian dan kekayaan sumbernya. Sama ada pemberian daripada Nya itu nyata mahupu tidak ketara, sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan Nya itu, umat Melayu sebagai pewaris utama dan haruslah bertindak segera memainkan peranan secara bijaksana memanfaatkan warisan yang tidak ternilai harganya itu.
Namun sebelum kita mengorak langkah ke hadapan untuk menempa kejayaan yang diingini itu, marilah kita terlebih dahulu memerdekakan diri daripada jangkitan kuman bawah penjajah yang telah meresapi dan merosakkan rohani dan jasmani ramai anak bangsa kita, angkara taktik kolonial keparat yang sengaja mahu meleka dan melayukan semangat keturunan bangsa kita , angkara taktik kolonial keparat yang sengaja mahu meleka dan melayukan semangat keturunan kita supaya tidak berdaya menundukkan mereka. Sesudah berjaya membangkitkan kesedaran itu nanti , barulah kita dapat menebus maruah bangsa kita yang masih tercicir ditanah air sendiri. Jadikanlah imbasan lembaran sejarah ini suatu titik permulaan ; modal memajukan diri dalam segenap bidang kehidupan. Bulatkan tekad kerah segala kudrat dan laksanakan dengan tertib nescaya usaha yang kita gembleng mampu membuahkan kejayaan yang berkat sepanjang hayat, zaman berzaman.
Hargai kemerdekaan negara kita... (Illustrasi sekadar gambaran pelukis) |
Penggembelengan usaha setiap insan yang berjuang menuntut kemerdekaan ibarat memintal lembaran bebenang. Gerakan yang menyusun usaha-usaha itu pula umpama menenun bebenang berkenaan menjadi kain . Kain kosong kemudiannya dicorak dengan pelbagai corak dan warna yang menjadi lambang keteguhan dan kesungguhan para pejuang kemerdekaan tanah air kita.Menggengam amanah rakyat. Benarlah kata orang lama bahawa sehari menenun selembar benang, lama-lama menjadi kain .Kita mahukan kain yang telah dicorakkan warna-warna gemilang itu terus bermanfaat dan tidak lekang ditelan zaman.
Selagi hayat dikandung badan : Lembaran perjuangan mengabadikan sejarah orang Melayu dan perjuangan tokoh tokoh kemerdekaan dan tokoh-tokoh yang telah melepasi usia 80 tahun selepas Malaysia merayakan ulangtahunnya yang ke 55 tahun.
Petikan dari : Buku Selagi Hayat dikandung badan Lembaran perjuangan
" Dan berjihadlah (berjuang) dengan diri dan harta-harta kamu pada jalan Allah.Itulah perkara terbaik buat kamu (sekiranya) kamu mengetahui" At-Taubah:41
Sejarah harus dikaji , dipelajari dan diingati supaya kelemahan dan kesilapan lampau tidak mengakibatkan penyesalan yang tiada kesudahan berulangkali. So fikir-fikirkan lahhh....
0 Comments