Cuti CNY : Balik Penang

by - February 21, 2015

Assallamualaikum...

Haihhh dh hampir ke penghujung cuti CNY tahun ni.. Esk dh nak balik Melaka la pulok... 

Cuti kali ni , mak aiihh padat sungguh jadualnya... Ikutkan tujuan asal nak balik kampung kat Teluk Intan je, melawat Pak Long aka Wa aku yang sakit tenat.. Aritu waktu dia dok kat hospital xdan aku nak pi melawat, so bila cuti2 ni la aku dan melawat dia. Syukur Alhamdullilah semuanya beransur pulih. Aku ni memang suka balik kampung.. Tgk bendang,tgk ayam itik, tgk suasananya yang indah permai dan macam2 lagi la.. Nasib baiklahh sungai depan rumah tok wan aku dulu tu dah di convertkan jadi parit kalo tak confirm Adam dan Mukhriz akan gilakan untuk terjun ke dalamnya.. Macam aku dulu2 jugak . Hehehehe ( hamboii tergimbau-gimbau pulak zaman nakai ngan sepupu sepapat waktu kecik dulu.. Hehehe)

Aku balik Teluk Intan sekejap je.. Lepas maghrib terus bergerak pulang ke Penang semula...Sebelum balik tu sempatlahh jugak melawat pak & mak ngah, mak lang dan pak &mak cik jugak.. Ni semua belah abah je.. Kalo nak melawat  semua alamatnya aku kena menetap terus kat sana kang..hahaha ;p

Esk harinya pulak, hero aku dh sibuk  request kat tok&wannya nak makan Lamb Chop.. Hadoiii  so aritu punya aktiviti layan tekak hero2 bersama tok &wannya. Padahal aku dh plan nak g lepak ngan kawan2 aku ex-smse tapi apakan daya.. family 1stkan.. Kang tak pasal2 mak aku kasi kata dua kang...  Cth ayatkan.."apa?  kawan2 lg penting lgi dari mak sendiri" hahh berani korang nak jawab.. Aku selalunya senyum dan angkat kaki je.. Woiii Syurga dibawah telapak kaki ibu  tau!

Sabtunya..

Aku hantaq adik aku balik Sg Petani.. Sebelum tu sempat gak layan movie Jupiter Ascending kat Amanjaya Mall.. cian adik aku ni cukup teringin nak tgk wayang.. Almaklum la anak mak mana nak tgk wayang selalu macam kakaknya ni. Hahhahaha.. bertabahlahh hati wahai adik, nasib baik ada kakak yang memahami ni tau..hehhehee Nanti dah habis praktikal chef, jgn lupa masak sedap2 tuk along hang yg comey ni .. Kiiikiki :p

Settle hantaq adik terus aku call bff aku Imah.. Cian dia kena paksa ngan aku bawak pi makan laksa.. Sebenarnya aku nak makan kat Taxi Stand tu.. laksa shuib.. Xtau la aku ni, tekak aku sedap kat situ jugak.. dari start zaman kolej sampai la ni. Malangnya nasib aku, kedai dia tak bukak la pulak.. Huaaaa Sedih tau! Laksa Beras yang pakai ikan sardin tu.. Huaaa .. Dulu aku pernah bawak family aku makan kat sini, hampa jgn tak tau.. Adam dan Mukhriz makan 2 pinggan sorang tau.. So hampa pikiaq la sedap ker idok.. :D
So bila dia tak bukak, kitaorg pi la ke plan B.. Wahh berplan gitu! Hehehhe makan la kami kat Billion SP tu.. Padahal kat situ ja yg kami tau.. Tempat  lain kami tak tau.. Layan je la.. So rasanya okay okay ja la.. Masih tak memenuhi piawaian tekak aku, tapi sebab lapaq punya pasai..licin! hehehhe :P


Jeng jeng.. Ni la laksanya, tp aku suka kalo boh ulam raja ka, pucuk selom ka.. Baru feel.. Ngeh ngeh ngeh!

Settle makan terus hantaq imah balik kat mana dia parking kete.. Cian Imah kena hadap heavy traffic nak balik Kuala Ketil.. Tapi aku lagi kesian dr SP ke Simpang Empat kena hadap 1 jam 1/2.. Hah? Layannnn..

Sampai ja Spg Empat terus teman mama kat Econsave borong bahan mentah  kedai mama tuk keesokkan harinya.

Balik ja dari kedai terus ajak mama ngan abah makan Char Keaw Teow pulok.. Hahhaha ngidam sakan! Adam dan Mukhriz tak ikut waktu ni.. Katanya dah overdose, mana taknya mulut asyik mengunyah ja .. Hahhaha almaklum la Mukhriz dah makan 2 mangkuk mee kari, Adam pulak dh macam2 makan sampai mcm nak pecah perut.. Hahaha

Mama ngan abah bawak aku makan kat Char Keaw Teow Abang Misai kat sebelah Maybank Simpang Empat.. sedap gak walaupun udang dia xdak la besaq2 nau.. so aku rasa sedap, tak tau tekak hampa... Hehehe Mama kata kedai ni dah masuk JJCM so mestilah sedapkan.. Hehehe

Ni la rupa Char Keaw Teow aku tu.. yummy.. mission sebelum balik ke Melaka settle.. Yahooo..  Tggu lepas ni aku nak makan Mee Udang kat Pulau Aman pulak.. Hadoiii tu ngidam part 2 .. Wakakakkakaahhh

Ahad..

Standby balik Melaka.. Sebelum tu layan masakan mama pulak na...Balik kali ni apa pun aku tak borong. Masa suntuk sungguh.

hah... ikan keli bakaq ngan ulam.. Hadoiii bole terliuq pulak aku waktu menaip ni.. Loqlaq kan... Hahahhaha.. ni all time peberet aku dan anak2.. Bole sekali hadap 5,6 ekoq tau.. Kalo korang nak try bole la pi kat Food Court PERDA kat Simpang Ampat tu.. Dekat ngan Pejabat Pos.. rugi tak try.. Hahhha pomot kedai mama pulak kannn.. :D

Habis makan terus bertolak ke Melaka.. So hadap la heavy traffic sampai 12 jam.. Layan sampai nak termuntah..! Dari 5jam perjalanan ke 12 jam.. Hebatkan penangan cuti CNY.. Hhehehe

muka budak yang tensen layan heavy traffic.. Dah tak dak idea nak wat apa.. Dia boom phone mummy ngan pic depa.. Layannnn!

Oklahh penat aihh mengomel.. anw thanks for reading.. Wassallam..

You May Also Like

0 Comments