Jom Terokai Zaman Kegemilangan Tamadun Islam
Assallamualaikum...
Yeahhh .. Jom terokai zaman kegemilangan Tamadun Islam.. macam best je kan bunyinya.. Kannn ! ok sekarang kat Melaka ada Pameran 1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Islam. Pameran lebih berbentuk interactive. Mungkin sasaran lebih kepada pelajar sekolah sebagai pendidikan tambahan disamping memberi penyedaran dan juga inspirasi kepda generasi kini dan akan datang.
PAMERAN 1001 INVENTIONS : KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM
Tarikh
17 Februari sehingga Jun 2015
Masa
9.00 pagi -5.30 petang( Last kemasukkan jam 5.00 petang)
Lokasi
Bastion House( Muzium Dunia Melayu Dunia Islam) Jalan Kota , Melaka
Harga tiket
Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak/warga emas : RM 8
Pelajar Sekolah : RM 4.00.
Selepas membayar harga tiket , korang akan ditontonkan dengan tayangan movie pendek selama 10 minit dibilik audio visual. Ianya berkisar tentang Kisah Al-Jazari dan Perpustakawan. Serba sedikit baru aku tau... oooo nilahhh Al-Jazari Jurutera yang tersohor tu. Ooo itu.. Ooo ini.. Nampak nau buta sejarah..hahaha :P Aku melawat pameran ni sorang-sorang je, almaklum kenalah amik tahu serba sedikit info pasal pameran ni, kang orang tanya tak reti jawab, tak ke naya.
ni la kununnya perpustakawan aka Al- Jazari yang telah membuat penerangan 3 orang pelajar mengenai zaman gelap dan zaman tamadun muslim ni.
Ni la budak2 tu. Short movie yang pendek dan padat dengan info.
Seronok gak tgk short movie ni .. Tapi spoil sebab tgk sorang-sorang .. gelap gelita, hanya screen yang memancarkan cahayanya ..hadoiii Last-last aku bukak pintu sikit, tp ada lak staff dia yg nampak dan terus cakap takpe kak, saya temankan akak.. Ishh malu sungguh. Tadi eksen! Kikiki hilang ke'mancho'an i tau! Hahhaha
Pameran ini juga memaparkan penemuan -penemuan oleh para ilmuan Islam abad ke-7 sehingga ke-17 yang telah menyumbangkan kepada pembangunan dan pemodenan tamadun. Cendekiawan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Zahrawi , Al-Biruni , Ibnu Firnas dan ramai lagi yang telah merekacipta pelbagai ciptaan seperti mesin, jam, kanta, alat-alat perubatan, syampoo, sabun , paip, kincir air, kincir angin, algebra, sistem penyulingan... ish banyak lagi la.
Jeng jeng .. inilah jam gajah yang telah dicipta oleh Al-Jazari dari Diyarbakir, dari Selatan Turki. Dia juga mencipta pelbagai jenis jam dalam berbagai bentuk dan rupa. Tapi ini lah diantara jam gajah yang paling terkenal dan replika masih digunakan sehingga kini yang terdapat di Dubai dan juga Switzerland. Caranya masih sama menggunakan sistem timbang air yang terdapat didalam perut gajah ni, kemudian air itu naik keatas sehingga ke burung helang. Sebuah bola kecil dikeluarkan dari mulut helang dan dijatuhkan ke mulut naga ( bola tu mungkin telah ditolak oleh air yag terdapat dalam perut gajah) dan dijatuhkan semula ke pasu yang ada dibawah . Ianya akan naik semula keatas orang yang berada disebelah burung helang dan penunjuk arah akan berlaku menggunakan jarum jam. Sekaligus bunyian pukulan gendang kot oleh orang yang berada diatas gajah tu.. Fuhhh penat sungguh nak explain.. Pergerakan jam gajah ni mengambil masa setengah jam tau. Terdapat 32 biji bola yang terdapat didalam sistem ni untuk mengautomatikkan sistem ni.. Kenapa 32 biji.. Tu aku tak pasti.. tu kena tanya Al-Jazari sendiri ye anak2.. Keh keh keh
Ni lakaran dari manuskrip yang dijumpai mengenai jam gajah.
Kincir angin.. ingat kincir air je ada ke.. Hehheheheh angin pun ada tau...
Mesin yang digunakan untuk menghidupkan kincir angin ni seperti pam.. Gabungan engkel dan rod penyambung secara automatik menukarkan gerakan putaran kepada gerakan lunas.
Ni pulak pasal perubatan. korang tau tak siapa orang pertama yang tahu mengenai bagaimana darah kita mengalir diantara jantung dan paru-paru..?
hhehhehe meh sini nak habaq, nama dia Ibnu Al-Nafis. Seorang cendiakawan yang telah dilahirkan di Qarash, Damsyik. Ibnu Al-Nafis ni bekerja di sebuah hospital di Kaherah. Beliau telah menerangkan secara detail tentang sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung dan paru-paru. Nak detail lagi, hampa kena mai baca sendiri na. Aku dok penin nak hafal ni.. Macam amik exam la pulok.. Hehhehe So aku bagitau ja la mana yang dan otak ni simpan dan ingat.
Ni pulak peralatan yang digunakan untuk pembedahan sehingga kini. Tapi mungkin ianya telah diubah suai sedikit mengikut kesesuaian.
Jom main kenal-kenal bintang jom.. ni salah satu ruang interactive yang memaparkan beberapa horoskop yang perlu dipadankan dengan bintang-bintang yang ada. Naik juling mata mak nak... aku cari bintang sagitaurus je.. Pastu , dah.. memang keje ni memang memerlukan penelitian dan mata yang tajam ..
Ni replika jam gajah yang dibuat dalam bentuk sebenar di salah satu ruang pameran yang ada. Memang besaq pun jika nak dibandingkan ngan aku yg comey lote ni.. Ehhh comey ker?! Hahahhaha :P
Tau tak ni apa? ha! Ni la Balai Tinjau pada abad ke -15 yang terletak di Uzbekistan yang menpunyai Sekstant degan radius lebih 40 meter ke atas. Ala macam terowong bawah tanah tu la.. Tapi dia tak jalan straight tapi ni condong ke atas.. Kata nak tengok bulan bintang kan.. Kalo kebawah hang nak tengok apa.. Mata air ada la.. Hehehe
Ni lah map atau dipanggil grafik info pasal salasilah rekacipta dari tahun 1096-1700 sebab zaman gelapkan bermula dari tahun 610. Macamana aku tau? ni la orang yang explainkan kat aku.. Namanya Encik Mikhail. Kat sini ada menerangkan ini barang ni dibuat oleh sapa ? Kat mana, tahun brp? Dan lain-lain lagi.. So kesimpulannya peta ni memang bestlahh.. kalo bole kecikkan aku nak masuk dalam poket.. asal orang tanya aku bole jawab ngan confidentnya.. aichewahhh berangan je lebih!hahha
Sebenarnya didalam kehidupan kita seharian pun macam benda yang kita perlu tahu akan asal usulnya. contoh : Berus gigi dari kayu sugi, sabun dari minyak dan garam, Coffee yang nama asalnya dipanggil mocca, kasut yang berasal dari Sepanyol, rempah ratus yang berasal dari Eygpt dan Syria, Permainan Chess yang nama asalnya dipanggil "King is Defeated" yang bermula dari Europe pada 9 century, Syampoo , jam , kamera dan macam-macam lagilahhh..
Selain tu jugak terdapat ruang-ruang pameran mengenai algebra, perkapalan , sistem angin dan berbagai lagilah info pasal rekacipta dalam tamadun islam ni.. Gambaq takda na, sbb bateri phone kong. So tak rugi hampa mai sini sebab banyak ilmu yang korang akan dapat. Tempoh lawatan pameran 2 jam sebab aku baca semua dan test semua kiosk interactive ni.. Peningla jugak.. Hahhahaha Aku masih cuba belajar mengenal sejarah walaupun otak ni dah makin slow motion.. Hehehhe
Ok . Thanks for reading.. Wassallam..
0 Comments