Muzium Penjara with Kids!
Assallamualaikum...
Serius aku nak sangat bawak hero2 aku pi sini.. xtau kenapa .. maybe sebab start dari mula lagi aku memang dah terlibat dari segi pameran muzium ni kot. Dari mula-mula bangunan ni belum diubah suai sehinggalah ianya dibuka kepada umum.. Banyak sungguh tinggalan-tinggalan pesalah dan juga hasil karya seperti Lukisan dan kraf dorang yang aku dah tengok. Serius memang pesalah yang datang balik akan dapat mengimbau memori. Waktu mula-mula aku lawat tapak muzium ni aku sempat lihat tasbih yang dibuat mengggunakan roti.. Kreatifkan... Ditahan didalam tembok konkrit ni selama bertahun memang amat ngeri! Serius! ... Bagi yang tahan oklahh.. bagi yang tak tahan .. mestilah ada yang bunuh diri.. Yup dah terbukti hasil QA yang dibuat bersama staff disini.
MUZIUM PENJARA BANDA HILIR MELAKA
(berhadapan Ibu Pejabat Polis Banda Hilir -
Jalan menuju ke Ujong Pasir dan Semabok)
Tiket Masuk :
RM 3.00 Dewasa
RM 1.00 Kanak-kanak/Student
Waktu Lawatan :
9.00 pagi-5.00 petang
Selepas membayar harga tiket dikaunter anda akan dibekalkan dengan peta yang akan memaparkan secara keseluruhan bangunan penjara ni. Ianya bertujuan agar anda tidak sesat okay.. Serius bangunan penjara ni memang besaq, salah haribulan bole sesat. Bayangkan sesat didalam penjara..hah! ada bran.. Oleh kerana aku tak berani , aku mintaklahh staff yang aku dah kenal temankan..hehehhe sambil2 tu bole jugak berkongsi ilmu pameran ni kan..hehehee pandai tak aku... walaupun dan berkali-kali pi aku still tak berani nak jalan sorang..hehhehe nampak nau penakutnya...
Ke "excited" kan telah kelihatan... kannn aku dah cakap.. dorang memang excited punyelahh..
Macam genglahh pulok kan...
Terus menjelajah..
Ooppsss lupa nak habaq semua gambaq2 kat dalam ni di snap oleh Adam.. sebab aku sibuk nak amik video... Sori video aku tak upload kat sini sebab ada beberapa section yang tidak dibenarkan diambil gambaqnya..Harap Maklum
Suasana didalam sel.. Tak silap aku sel ini boleh menempatkan 4 hingga 6 orang pesalah didalam sesuatu masa. Memang azab. Tiada toilet. Hanya dibekalkan dengan bekas dihujung penjuru itu sahaja.. Segala aktiviti hanya diruang ini. dan berpakaian kecik2 sahaja dibenarkan.. So memang banyaklah soalan yang akan ditanya oleh Adam dan Mukhriz..hehehe
Bekas makanan pesalah
Kapal yang digunakan suatu masa dahulu untuk membawa pesalah undang-undang ke Pulau Jerejak..
Serpihan dan batu bata asal yang digunakan dalam pembinaan Penjara Pudu . Penjara Pudu dalam sejarah, yang tinggal kini hanya tapak ..huhuu
Dari tingkat atas bangunan penjara, dapat dilihat kantin dan juga dapur yang digunakan untuk memasak makanan untuk pesalah undang-undang. Actually aku banyak amik video so gambaq tak banyak.Kalau nak tengak lebih , silalah mai. Kalau datang ramai atau nak buat lawatan better call dulu sebab pihak muzium bole menyediakan satu demontrasi sebatan kepada pesalah. Serius hasil survey banyak yang menangis. Aku tak dapat tengok demontrasi tu sebab datang hanya bertiga je pun. Tapi Adam dapatlah feel kena kurung dalam penjara . Dapat mendengar kata-kata azimat dari warden yang menjaga. Hah?! keluaq je terus melaung , menangis marahkan aku sebab kena kurung.. aku saja je nak bagi feel tapi kalo ada anak2 yang lemah semangat tak payahlahh ye. Takut lain lak jadinya. hehehe . Ok bagi tak pergi lagi..silalahhhh....
Wassallam
0 Comments