Muzium best kat Penang

by - June 29, 2015

Assallamualaikum...

Aritu bos aku ada kasi artikel /keratan akhbar Berita Harian pasal muzium-muzium yang terdapat kat Penang.. Perghh syiokk ooo, seriously aku tak tau banyak gak muzium kat Penang ni ea... Tapi still tak dapat lawan muzium kat Melaka ni la... banyak sangat sampai tak terkira. hahahhaa  poyos sungguh bunyinya.. biasalahh kes lupa asal usul..! 

Kebanyakkan Muzium-muzium ini dipelopori oleh orang perseorangan yang diswastakan. So harga tiket memanglahh mahalkan... dan pastinya bermotifkan keuntungan. Tapi.... jangan lupa setiap sen yang dikeluarkan pastinya diharapkan dapat memenuhi dan  memastikan kepuasan pelawat yang datang. So mostly interior dan info kat dalam muzium ni memang bestlah kan..?/ Ok aku kirakan ini sebagai entry check list tuk aku  melawat muzium-muzium yang terletak di Penang ni nanti.

MUZIUM PERANG PULAU PINANG
WAR MUSEUM

Sebenarnya muzium ni agak tersorok dan terletak diatas bukit. (Refer dengan cara aku pegi dulu la) tapi tak tau la ni ada jalan baru . 

Alamat :
 Lot 1350, Mukim 12, Batu Maung , 11960 Pulau Pinang

Waktu Operasi :
9.00 pagi- 6 petang

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 20
Kanak-kanak ( 5-12 Thn) : RM 10



Muzium Perang ni merupakan Kubu British pada perang dunia kedua. Dibina pada tahun 1930 yang terletak di Batu Maung dan digunakan sebagai operasi ketenteraan British. Terdapat tiga terowong rahsia keselamatan rahsia yang digunakan oleh British  dan Jepun. Muzium ni mempunyai  29 lokasi (refer map diatas) diantaranya bilik tentera, bilik tinjau, 20 ruang menembak pesawat udara, bilik penjana elektrik dan bilik rehat yang digunakan juga sebagai bilik tuk seksaan ketika zaman Jepun.

Ok Muzium ni bagi aku memang best..ala-ala scary gitu dan pernah juga menjadi salah satu lokasi dalam rancangan TV Seekers.. So paham-paham je lah ye... 

MUZIUM KAMERA
THE CAMERA MUSEUM GEORGETOWN

Muzium ni mempunyai pelbagai koleksi kamera dari yang lama hingga baru mengikut peredaran zaman antaranya kamera daripada rolfix ke kamer masingan  Jepun dan digunakan agen perisik termasuk agen 007 James Bond . kat muzium ni jugak kita bole merasai sendiri kronologi pengambilan gambar dari yang paling susah sehinggalah yang paling senang seperti kamera digital la ni.

Alamat
49, lebuh Muntri , Georgetown , Pulau Pinang.

Website : www.thecameramuseumpenang.com

Waktu Operasi: 9.30 pg -6.30 ptg
( open daily)

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 20
Pelajar dan warga emas : RM 10
( Terdapat juga pakej keluarga , sila rujuk website)




Sumber : Pic Google

MUZIUM BURUNG HANTU
THE OWL MUSEUM

Pernah memenangi Malaysian Book Of Record , Muzium Burung Hantu atau Owl muzium ni terletak di Bukit Bendera. Tingkat bawah di Food Court Bukit Bendera. Ianya telah dibuka  pada 7 Jun 2012 yang merupakan muzium pertama khusus untuk seni kraft di Asia Tenggara yang bertemakan Burung Hantu. Berbagai-bagai koleksi burung hantu yang terdapat  disini diantaranya dihasilkan daripada kayu, tanah liat, logam , kaca, plastik, tanduk kerbau dan cengkerang. 

Alamat :
 Level B3, Astaka Bukit Bendera, Jalan Tunku Yahya Petra , 
1000 Bukit Bendera , Pulau Pinang.

Website : 
www.theowlmuseum.com

Waktu Operasi : 
9.00 pagi- 6 petang
( Isnin-Ahad)

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM 10
Warga Emas : RM 10
kanak-kanak : Percuma (12 tahun kebawah)





Sumber : Pic Google

PENANG 3D TRICK ART MUSEUM

Dibuka secara rasmi pada 25 oktober 2014 yang memaparkan pelbagai teknik mengubah lukisan 2 dimensi dalam imej 3 dimensi dengan 45 gambar yang dihasilkan artis tempatan  dan antarabangsa. 

Alamat :
 10, Lebuh Penang , 10200 Georgetown , Pulau Pinang.

Website : 
www.penangtrickart.com

Waktu Operasi :
 9.00 pagi-6.00 petang
(Isnin-jumaat)
9.00 pagi-9.00malam
( Sabtu, Ahad, Cuti Umum)

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 15 Mycard
Pelajar, Kanak-kanak, Warga Emas : RM 10 




Sumber : Pic Google

PENANG TIME TUNNEL MUSEUM

Terletak di Jalan Green Hall , muzium ini bagaikan membawa pengunjung kembali ke zaman  bermulanya Pulau Pinang.  Memaparkan  sejarah Pulau Pinang dari tahun 1952 hinggalah sekarang.  Write-up penerangan  mengenai sejarah juga turut dipamerkan di dinding terowong dan lampu persis membawa pengunjung kembali ke zaman silam.

Alamat : 
No.39, Jalan Green Hall, 10200 Georgetown , Pulau Pinang.

Website: 
www.penangtimetunnel.com

Waktu Operasi :
 9.15 pagi - 7.00 malam
( Open Daily)
9.15 pagi- 9.00 malam
( Weekend dan cuti umum)

Bayaran Masuk 
Dewasa : RM 22( without Mycard)
RM 14 ( with Mycard)
Kanak-kanak : RM 12 
( Tanpa MyCard dari 5-12 Tahun)
RM 7 ( With MyCard)




Sumber : Pic Google

TOY MUSEUM HERITAGE GARDEN

Muzium yang mempunyai hampir 120 000 koleksi  mainan yang menakjubkan bagi semua peringkat umur . Hampir memapatkan kesemua wira-wira kartun, aksara filem , penjahat dan juga pelbagai  watak dalam permainan komputer , komik dan siri TV dari zaman kita kecil sehingga kini. 

Alamat :
1370 MK2, 11050 Teluk Bahang, 
Pulau Pinang

Waktu Operasi : 
9.00 pagi - 6.00 petang
( Open Daily)

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 15
Kanak-kanak : RM 10




Sumber : Pic Google

Actually terdapat banyak lagi musuem-museum famous yang terdapat di Pulau Pinang ni, antara yang lainnya, Muzium Negeri Pulau Pinang , Asia Camera Musuem, Muzium Lukisan Batik , Teddy  Ville Musuem Penang, Cheong Fatt Tze Mansion, Khoo Kongsi Museum , Made in Penang Interactive Museum dan pelbagai lagilah. Okay selamat explore.. 

Thanks For Reading! Wassalam...

Sumber : Berita Harian ( Khamis , 9 April 2015)

You May Also Like

2 Comments

  1. Kunjungan balas dari SS... Selamat berpuasa... Best juga toys museum tu... SS pernah sampai ke sana.. masih x berubah nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks SS sebab sudi berkunjung anw Selamat Berpuasa jugak.. Toy Museum memang mcm tu je la masih sama ... 😊 tiada apa perubahan .

      Delete