Tarikan Terbaru I The Lego Movie 4D A New Adventure di Legoland Malaysia

by - March 02, 2016

Assallamualaikum...

Yeahhh!! Dorang muncul lagi.. Sapa? Sapa? Sapa lagi kalau bukan bintang-bintang lego yang awesome tu iaitu Emmet , Wyldstyle , Benny , MetalBeard dan juga Unikitty. Kali ni dorang muncul dalam pengembaraan terbaru di dalam The Lego Movie 4D . Syokkk weiii....


Sumber Gambar : Website Legoland


 Sumber Gambar : Website Legoland

Hero-hero mummy memang teruja takyah habaq la... Sanggup tak nak makan semata-mata nak tengok movie 4D ni. Tapi letak ayam KFC .. Hurmmm licin! Hahahhaa so over tau! Bukan takat hero-hero , mummy pun teruja bakhang! Hahhhaha...aii so  malu , so tutup muka ciked!

Sebelum movie bermula apalagi jom kita skodeng apa yang ada kat sana.. jeng jenng

Luar panggung ada disediakan lego tuk  kanak-kanak bermain sambil menguji kreativiti.. so selamatlah mummy... tak yah nak dok kalut ligan dorang ke hulu ke hilir. Akhirya mummy dapat bernafas secara tenang dalam 15 minit pun. hehhehehe



Mummy and The Geng bersama Daphne Iking sebagai pengacara untuk launching The Lego Movie 4D A New Adventure ni.. Sporting dan cun gilosss...





Disediakan juga Pop Corn Poco ni untuk media dan juga penonton yang hadir tuk event petang tu. Sedap  gilos! Tapi diingatkan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam studio ye..


Pandangan luar studio. So sila pastikan korang update nama movie dan juga waktu tayangan bagi memudahkan korang meneroka Taman Tema Legoland ni ye, supaya takde yang ketinggalan.


Mummy and the geng bersama maskot lego.. Teruja bakhang!


Bersama team Kelab Blogger Ben Ashaari yang turut sama hadir bagi merasmikan The Lego Movie 4D A New Adventure ni.. Tengok muka sorang-sorang happy bebenor gamaknya berposing bersama maskot lego ni.. haii untunglah jadi lego ramai yang sayang.. hahahaha # dengan lego pun nak jeles..keh keh keh :P


Selfie sikit sebelum tayangan bermula..

So secara rasminya pada 27hb Februari 2016 ,  ianya telah dirasmikan oleh  YBhg Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab , General Manager of Tourism Malaysia. Seronok sekali dengan gimik tuk pelancaran The Lego 4D Movie ni, berkepok-kepok belon jatuh dari langit sebelum tayangan 4D ditayangkan pada media dan penonton. 


Mula-mula tayangan je hero-hero dah sibuk explain kat mummy pasal lego ni.. Mentang-mentang la movie lego ni mummy tak dan nak tengok , korang eksyen na. Takpa takpa! Balik nanti mummy tengok movie lego ni online sampai khatam. Baru hampa tau.. Hahahha macam budak-budak.. Sebenarnya seronok  tengok 4D ni kan, walaupun mummy dah tengok banyak kali tengok movie style 4D macam ni.. Jemunya still tak hinggap di jiwa.. Gitewww..! Cuma movie 4D ni takde la kerusi goyang-goyang tapi sekali scene angin bertiup.. Perghhh memang sejuk gilos sampai ke tulang la .. Ok itu mummy tipu! Sejuk gaya nak cari selimut dan sweater tebal je pong! Hahahhaa Tu belum lagi bab kena percikkan air.. Haii tetiba rasa hujan rintik-rintik pun turun membasahi bumi... Selain itu juga terdapat pelbagai unsur-unsur khas yang lain seperti kesan pencahayaan , asap dan kesan khas. Memang terbaeklahhh!


Kusyuk menghayati The Lego Movie 4D ni... kalau dah best sangat ginilah gamaknya ekspressi dorang.. So wajib tengok hokay! Jom layan Movie Intro .. bagi korang teruja sikit..hehhehee

The LEGO Movie 4D - A New Adventure at LEGOLAND


HARGA TIKET PROMOSI !!


Beli 1 Tiket dapat diskaun 50% untuk tiket ke 2.
Jimat sehingga RM 112 untuk 2 Orang!

Tarikh Tempahan : 23 February- 8 March 2016
Tarikh Lawatan : 26 February -30 June 2016

Pembelian hanya sah di Website : http://www.legoland.com.my/ sahaja
dan syarat-syarat lain sila klik  DISINI

dan sebarang pertanyaan bole hubungi Customer Service
 ☎ +(6)07-597 8888

Untuk pengembaraan seterusnya didalam Legoland Malaysia tunggu kat next entry ok..
 jeng jeng jeng

Thanks for reading! Wassallam

You May Also Like

21 Comments

  1. Waktu mummy kat dalam.. SS kat luar pago Legoland aje... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish ish ish..sampai hatiey tak panggil mummy tau.. Sob sob sob :(

      Delete
  2. SS pernah masuk legoland sekerat tanah aje... Itu pon zaman masa launching... Belum ada perasaan nak masuk... May be one fine day kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masuk legoland kena feel anak-anak baru bole enjoy.. tak pun kena ada anak... cia cia ciaaaa.. hahahaha :p

      Delete
  3. bhahaha ayat Mummy lawak.. untung jadi lego.. ramai sayang =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ngan lego pun mummy sentap hokay.. mummy takde sapa pun nak sayang.. hurmmm :(

      Delete
  4. subhanallah... 4d your picture is the best

    ReplyDelete
  5. Bestnya, bila la nak dapat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lahh Syukur Alhamdullillah. Tempat idaman ni.hehehe :D

      Delete
  6. Menarik! anak-anak mesti suka ni ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa menarik sgt.. kanak2 mesti suka kan... :)

      Delete
  7. Wow. Ntah bila ler aida dpt jengah legoland ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah satu hari nanti dapatlahh... :D

      Delete
  8. aaaaarggghhhhh nak pi legoland.....bawa cik puteri hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi pegilahhh.. best! Cik Puteri mesti suka bangat... main sampai lobam.. hehhe :D tapi better tuk cik puteri tinggi atas 100cm baru best sikit.. semua bole masuk.. :D

      Delete