Tony Roma's kini di Melaka
Assallamualaikum...
Yeahh! Tony Roma's dah ada di Melaka. Bertambah lagilah port makan-makan bagi mereka yang suka datang ke Melaka. Almaklumla Melaka memang cukup sinonim sebagai sebuah destinasi pelancongan dan port makan best yang mampu menarik ramai pelancong dari dalam dan luar untuk datang. So korang tak payah la pening-pening nak ke KL or JB untuk menikmati Ribs , Seafood , steaks dan lain-lain yang best di Tony Roma's ni.
Untuk makluman korang Tony Roma's merupakan sebuah restoran yang telah lama bertapak di luar negara sejak tahun 1972 yang pertamanya di Florida . Menu utama di Tony Roma's lebih menfokuskan BBQ beef dan Lambs , World famous Onion Loaf dan Kickin Shrimp , seafood , steaks , pasta , chicken, sandwichces dan juga burgers.
CEO / Mr George Ang yang menerang serba sedikit tentang Tony Roma's
Dilahirkan dan dibesarkan disini merupakan salah satu sebagai sebab kenapa CEO of Tony Roma's Mr George Ang memilih Melaka sebagai destinasi pilihan sebagai Cawangan Tony Roma's yang ke 11 setelah ke 10 di Kuching Sarawak.
Dah dah.. tak saboo nak tayang menu-menu best-best yang ada kat Tony Roma's ni... hahhhaa kejam tak?! Kitaorang makan berempat aritu.. Tapi Blogger Fizi lambat sampai, so posing tak sabo nak makan dulu ok..hehhee
Tony Roma's Restoran
Lokasi :
G04, Ground Floor , Mahkota Parade Melaka
Waktu Operasi :
11.00 pagi - 10.00 malam
Info lanjut dan tempahan meja bole hubungi :
Website :
www.tonyromas.com.my
Facebook :
Tony Roma's Malaysia
Di Malaysia , Tony Roma's bukan sahaja menghidangkan Ribs sebagai menu utama namun telah mengembangkan menunya sesuai untuk semua golongan pengunjung . Makanan yang dihidangkan juga adalah menggunakan kandungan /bahan makanan yang HALAL dan tidak mengandungi Alcohol sepertimana di luar negara. Dan ianya telah diolah mengikut kesesuaian selera Masyarakat Malaysia sepertimana ulasan Mr . Muhammad Adam Mah , Pengurus Cawangan Melaka ini.
Tony's Asian Salad with grilled chicken
World famous Onion Loaf .. Sedap sangat ! Rasanya unik sebab menggunakan Spanish Onion dan dihidangkan bersama BBQ sauce.
Lamb Ribs
Roma Rack : RM 63.49
Bountiful Beef Ribs
Roma Rack : RM 63.49
Fish and Grill Salmon
TR's Chocolate Avalanche
RM 15.79
Dari kiri : Melaka Branch Manager Mr. Muhammad Adam , Mummy, Bloger Fizi, Blogger Farah, Blogger Kak Z dan juga CEO Mr George Ang.
Posing sedas muka happy dapat makan sedap di Tony Roma's . Apalagi jom la try..
Thanks for reading! Wassallam
14 Comments
dessert dia yang memukau tu. yummmyy
ReplyDeletekannn... sedap! Yum yum yummy!
Deletemakkk aiii mummy..awal2 tayang menu Tony Roma's..aaduii laparrr... sedap ja nengok! heheh..
ReplyDeletebagus jg bila dah ada di Melaka ni kan mummy..bila terasa nak makan, pergi je terus...
hahhaahha.. Maaf ye. Moga bertabah bila ditayang gamboo makanan na...
DeleteKannn tu la yg mummy nak habaq.. Kat Melaka dah ada Tony Roma's so buat peminatnya di Melaka tak yah susah nak cari kat tempat lain.. hehehhe :)
Mummyyyyy... belanja plis
ReplyDeletemai la sini Huda... Tapi kali blm mai mummy belanja gambar dulu ok.. keh keh keh :p
Deleteboleh tahan juga harganya..nak cuba sesekali blh la..thanks for sharing..
ReplyDeleteTulahh harga nya memang boleh tahan, padanlah dengan hidangan kan..
DeleteUr Welcome Jida.. :)
ermmmm lapo :-)
ReplyDeleteMummy pun sama .. lapooo lagii.. hehehe :)
Deletexpernah ku dengar nama tony romas ni
ReplyDeleteada la Ekin.. dah 250 cawangan serata dunia.. Kat sini KL ngan JB ada la.. ni baru nak menapak kat Melaka pulak... hehehe :)
DeleteMemang best makan kat tony ramas... Ehhh. Romas... Harga agak mahal tapi portion banyak...
ReplyDeletekannn.. Makan kat sini memang mahal harganya tetapi berbaloi la ngan food yang dihidangkan. Sedap! Portion pun banyak kan..
Delete