Tempat Menarik di Melaka I 5D Art Studio Melaka
Assalammualaikum...
Siapa yang tak suka datang Melaka angkat tangan?? hahhaha Berani tak suka. hahha :p Mummy babab baru tau! Apatah lagi , Melaka sememangnya terkenal dengan produk-produk pelancongan yang mampu menarik minat sama ada pelancong luar mahupun pelancong tempatan.
Sebab Melaka ni kecil je saiz je, so dari satu tempat ke satu tempat tu takdelah jauh sangat. Sehubungan itu cukup bersesuaianlah dengan penubuhan Melaka 5D Art Studio ni yang bakal menjadi salah satu daya tarikan terbaru di Melaka. ia ya juga telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2016 yang lalu di Bukit Cina Melaka.
Ruang hadapan 5D Art Studio Melaka. Ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan Capitol Satay Celup Bukit Cina , Melaka . ( Ni Restaurant Cina.. jangan korang masuk pulak... Restaurant ni pemes tau, kalau nak makan kat situ memang kena beratur panjang sampai tepi jalan, mummy tak makan.. mummy tengok je..hehehe :P)
Ruang hadapan dan kaunter tiket. Masuk sila bukak kasut okay.
Rak Kasut ada disediakan.
Melaka 5D Art Studio
Harga Tiket :
Ketinggian 131 keatas
( RM 25 Malaysian -RM 35 Non-Malaysian)
Ketinggian 91-130cm
( RM 20 Malaysian - RM 25 Non-Malaysian)
Warga Emas
( 60 tahun keatas dan OKU -RM 20)
FREE
( 90cm ke bawah)
Waktu Operasi :
Lokasi : 39, Lorong Bukit Cina
( Bersebelahan dengan Capitol Satay Celup) ,
75100 Melaka.
Salah satu ruang terdapat di 5D Studio ni.. Lukisan 5 dimensi ni melibatkan 5 muka dimensi. Atas, bawah, kiri, kanan , atas dan juga tambahan props. Barulah nampak real!
Apa itu 5D art ?
" Ianya adalah merupakan seni helah gambar yang dilukis dalam bentuk 5 Dimensi. "
Lukisan-lukisan ini telah dilukis oleh En. Sunny Goh , yang juga merupakan pelukis yang sama , yang telah memperkenalkan lukisan dimensi pertama di Malaysia iaitu 3D Art Exhibition di Ipoh Perak. Disebabkan sambutan yang cukup menggalakkan beliau kini telah membuka lagi cawangannya di Ipoh Perak dan juga Kulai Johor.
5D Art Studio Melaka ini merupakan sebuah bangunan 2 tingkat dan mempunyai 44 ruang yang menempatkan 77 buah lukisan berdimensi bagi membolehkan pengunjung berimaginasi umpama sebahagian daripada lukisan tersebut . Nampak macam kecil je bangunan ni , tapi lukisan-lukisan yang ditonjolkan cukup memukau mata dan menimbulkan perasaan teruja untuk berposing sakan . Malahan mummy telah dibantu oleh kakitangan 5D studio yang seramai 4 orang itu.
" Cara bagaimana dan dari angle mana gambar itu perlu diambil kita serahkan sahaja pada yang pakar.. " staff dorang la. Malahan kamera mummy tu dekat tangan dorang je, mummy hanya perlu menggayakan aksi bersama-sama lukisan yang ada kat situ. Tak reti jugakkk? Ada gambar yang telah ditampal didinding sebagai petunjuk cara untuk berposing. So senangkann.. apalagi jom layan gambar mummy pula na.. Jangan muntah pink sudah..hahhaa :p
hah! ngeri tak..ngeri kan.. padahal mumy berdiri je kat belakang tu .hehhee Tak kuasa mak nak kangkang luas-luas lagu tu.. I'm not the ballerina hokay! hahaha :P
Terror tak mummy tarik train tu.. Muka selamber badak je.. ehhh bukan selamber meow (Baru comel sikit kann ).. keh keh keh
Kitaorang jalan-jalan amik angin sepoi-sepoi bahasa. Kesian Ah Pek tu, sebab dapat penumpang yang comel-comel saiz badannya..hahaha :p
Kiri : Imbangan badan.
Kanan : Sila jangan tiru aksi ini di rumah. Tapi kalau dekat sini dibenarkan meniru
Racing dengan En. Dinasour.
Matik sudah... kena potong 16..
Kiri : Sebenarnya kat belakang dinasour tu hanya dibenarkan sorang je yang naik, tapi bila staff tu tengok kitaorang punya saiz badan ni, dia kata.." Ok bole naik dua orang" hehehehe nampak tak permainannya di situ.hehehe :P
Kanan : Jenuh dok lari dari Abam Badang.. lari lariiiii...
Ala-ala comeynya anak telur ayam ni.. Ehh bukan , anak itik la.. Sebenarnya terdapat pelbagai angle yang membolehkan korang bergambar sakan kat sini . Tapi dingatkan sila ikut tanda arah yang berwarna merah dilantai bagi membolehkan aksi-aksi itu kelihatan lebih asli seolah -olah korang berada disitu.
Sebenarnya banyak lagi lukisan-lukisan 5D yang terdapat disini. Best! Sampai penat la nak cari idea macamana nak posing , selalu dok belakang kamera je.. Eh ye ker..? Macam tak je kan..hahaha :P
Inilah team yang turut serta bagi lawatan mummy ke 5D Studio Melaka. Mummy and the geng telah disambut dan diberi layanan mesra oleh pemilik 5D Studio itu Catrin Hoo dan semua kakitangannya. Thanks Uols! Apalagi buat yang suka posing tu , 5D Studio Melaka ni memang sesuai buat korang. Datang Melaka jangan lupa singgah ok.. Dekat je..!
Thanks for reading! Wassallam
Autopublish 14/6/2016 10.30 am
30 Comments
Thank you for sharing Mummy.
ReplyDeleteAda rezeki kami pi terjah sana pulak.
Sama2 Kak Sham.. Orait.. hehehe :)
Deletewah sonoknyaaa . boleh masuk dalam checklist ni. before due date plan nak pegi melaka =p
ReplyDeleteAaa Syok Mommy... sila sila masuk checklist. Mak buyong nak jalan2 baik2 ok..
Deletewah kat melaka dah ada 5d art...harus terjah bila ke sana nanti.
ReplyDeleteaaa dah ada Ema.. Apalagi mai sini nanti terjah la ye.. :)
Deletecantik2 5d dia,nmpak real sgt
ReplyDeletekannn.. tulah bezanya 3D ngan 5D.. 5D nampak lagi real.. :)
DeleteLama dah Nani tak ke Melaka, macam macam dah ada sekarang. Bestnya mummy jalan jalan :)
ReplyDeleteaaa Nani kat Melaka la ni, dah ada macam2 .. antara larat ngan tak larat nak jalan je. hehhee :)
DeleteAmboiii....sakan.. :)
ReplyDeletehahahahha :p
DeleteBest jugak kalau dapat bawak anak2 masa cuti sekolah nanti...
ReplyDeleteOtw balik kampung gitew
Kannn.. budak2 mestilah suka., Otw otw tu boleh la singgah., ;)
DeleteSS tak tahu laa... Till now nape lah SS masih tak bernafsu berahi nak masuk 3d ke 5d ke apa je d lagi ke... Cer mummy pujuk SS pi... Keh keh keh...
ReplyDeletehahahaha tu la lain orang lain caranya.. mummy kalo pi D D ni tang posing je kekok.. SS bole geng ngan hero2 la.. mcmana ea nak pujuk.. nah lolipop.. hehhee :)
DeleteAmboiii....sakan.. :)
ReplyDeleteNi kenapa pulak la nak keluar komen banyak2 kali nihhh...addeehhh
Deletehahahhahaa.. kadang2 Tenet ni ngek ngok gak.. takpe layan kan aje.. hahahaa
Deleterega ikut ketinggian ??? tetiba rasa macam nak ketuk diri sendri jadi pendekk.. haha
ReplyDeleteTu lah yg terpampang dikaunter tiket. Mummy tulis je.. Ala kira macam dewasa 25 , kanak2 dan warga emas 20 je.. hehehhe :)
DeleteAla jgn la ketuk , jenuh aihhh nanti mummy nak betuikan balik.. kikiki :p
terkezut kite.. ingat mummy kangkang bebetul.. ahahaha
ReplyDeletehahahahaha.. jgnlah terkejut. Kaki mummy pendek je, tak sepanjang tu., hahahaha :p
Deletebestnyaaa mummy !!! bila lah nak terjah melaka lg..
ReplyDeletehehehehe.. Nanti cuti datanglah.. :)
Deleteaduhhh terkejut gambar first tu ingat mummy kankang betul-betuldah
ReplyDeletehahahahha.. kaki mummy pendeklah.. :p
Deletewowwww..5D pulak..tp memang best tang kangkang kaki tu..murni ingatkan betul td..hahaha
ReplyDeleteJangan Tertipu Murni.. posing je, kalo nak mcm tu takleh kaki pendek.. kikiki ;)
Deletealaaaaaa... tak sempat juga pergi ni.
ReplyDeletedah 2 minggu berturut2 mengulang ke melake ni..
adei...