5 Tips Untuk Menghilangkan Keliod

by - June 15, 2016

Assallamualaikum...

Lately ni dengan cuaca tak menentu memang banyaklah penyakit yang mengundangkan. Kesian pulak kawan-kawan yang diserang demam dibulan puasa ni. Moga korang cepat sembuh ok.Hah! Termasuklah mummy. Tapi mummy demam bukan disebabkan oleh cuaca tapi disebabkan oleh allergic perfume.. Pelik tapi benar ok.hhehhe Spray punya spray kena hampir dengan muka. Apalagi mula la demam selsema . Huaa tak best. Tapi takpelah sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. bertabahlah..

Oklah sebenarnya mummy nak cerita pasal "KELIOD" pernah dengar tak?  Sebenarnya hero besar dah lama kena penyakit ni, tapi bila setiap kali dia cakap dekat mummy buat endah tak endah je. Tapi lama kelamaan bengkak atau benjolan tu makin jelas kelihatan. Hero besar terkena keloid satu dekat telinga yang disebabkan terkena batu oleh orang tengah mesin rumput  dan satu lagi didada yang disebabkan terkena serpihan cermin dalam bilik air. Sekarang kesan-kesan luka itu berkembang menjadi keloid. 

Apa itu Keliod?

Keliod itu merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh  penyembuhan sesuatu luka dibadan. Seperti akibat jerawat,  tergores  dan juga luka akibat terbakar oleh sesuatu seperti bunga api dan lain-lain lagi. Ianya kelihatan seperti isi ataupun benjolan padat pada kulit yang berwarna coklat atau kemerah-merahan. 


Faktor Utama penyebab keliod 

1. Luka bekas operation atau suntikan imunisasi / vaksinasi

2. Genetik atau keturunan 

3. Luka tergores, terbakar , cacar , jerawat dan lain-lain lagi.

4. Usia  ( 10-30 tahun )

Keliod pada tangan

Pada umumnya keliod ini tidak menyakitkan , malahan tidak mempunyai apa-apa rasa pun. Cuma kadang-kadang tu ada la rasa gatal-gatal sikit. Ianya boleh diubati mengunakan laser dan juga pembedahan kecil dihospital swasta dan juga awam dan juga suntikan bagi mengecutkannya. Tapi untuk makluman penyakit ni akan datang semula sekiranya ada luka kecil yang terjadi.  Ianya akan terjadi dan terus terjadi.  Jenuhla kan setiap kali keliod timbul nak melakukan operation kannn.. T_T . Mummy ada jugak tanya doktor kenapa bole jadi macam tu.. Doktor cakap ianya disebabkan oleh penyembuhan luka yang terlampau cepat dari biasa dan ianya akan menarik sumber-sumber kolegen dari bahagian kulit yang lain so disitulah punca keliod terjadi. Luka cepat sembuh pun masalah jugak ea. 

So mummy terdapat beberapa tips agar cara untuk mengatasinya . Moga-moga ianya dapat membantu dan menjadi panduan untuk sesiapa juga yang menghadapinya. 

5 Tips Cara Menghilangkan Keliod



1. Madu Asli 
(Bersifat menyembuhkan dan melembabkan kulit) . Sapukan ia pada kulit bagi mendapatkan sirkulasi darah dan mencegah akumilasi dari sel-sel kulit mati. 





2. Bawang Putih 
(Mencegah proliferasi fibroblast yang berlebihan).Dicincang halus bawang putih itu , kemudian disapu pada keliod.  Biarkan ianya selama 10 minit . Setelah itu ianya haruslah dicuci dengan air panas.




3. Baking Soda
( Bersifat abrasit yang membantu mengelupaskan dan menghaluskan kulit) .Sapukan baking soda dengan air sampai membentuk ketulan . Kemudian disapu pada keliod untuk mengurangkan radangan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Setelah itu bilas ia menggunakan air. Dan lakukan selalu secara teratur.


4. Jus Lemon
( Mengandungi antioksidan dan vitamin C yang tinggi )
Perah lemon dan diambil airnya. Sapukan pada keliod . Biarkan selama setengah jam  dan kemudian bersihkan ia menggunakan air panas. Lakukan ia secara teratur sebanyak 2 kali sehari.


5.Aloe Vera

(Mengurangkan radangan , melembabkan kulit dan menyembuhkan kulit yang rosak)
Bersihkan keliod dahulu dengan air panas/suam. Sapukan lidah buaya pada keliod. Biarkan selama beberapa minit, Kemudian basuh dengan air bersih. Lakukan ia secara teratur dua kali sehari. Sebenarnya banyak lagi tip-tips yang boleh menghilangkan keliod  ni. Takpe kita cuba yang ni dulu ok. Selamat mencuba.. 

Thanks for reading! Wassallam

Autopublish 15/6/2016 1.00tgh

You May Also Like

20 Comments

  1. ada jugakk T_T bekas czer beranakkan si Maira. memang tak berani sapu apa apa krim sebab takut jadi makin teruk. biar ler dia timbul asalkan jangan terbukak. terbayang badan terbelah dua -_- tapi kalau cara tradisional mcm ni okay kot. mcm nak try je yg madu tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa kalo operation lagi lah kan.. Adoii jgn la cakap terbelah 2 ngeri nau bunyinya.. nanti bole cuba tips ni okay.. :)

      Delete
  2. Saya pun ada... Sebab cacar... Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo cacar pun penyebab keliod jugak ea.. ok nanti bole cuba tips ni Okay.. :)

      Delete
  3. ohh benda ni ke.. penah tgk jd kt tgn org. macam isi lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa.. dia mengelembong sbb dia tarik sumber kolegen kat sekeliling luka tu... tu yg jadi keliod.. aaa mcm isi lebih. :)

      Delete
  4. Ohh keliod nama dia. Hehe. Baru tahu. Banyak jugak tips nya tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa Nani.. ni lah keliod. Mummy pun baru tau dr hero mummy.. Aaa kalo ada keliod bole cuba tips ni tau.. :)

      Delete
  5. thanks berkongsi tips, bahan2 yg mudah dapat..keloid namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. aaa nama dia keliod.. Bahannya pun senang nak dapat. kalau ada keliod boleh cuba.. :)

      Delete
  6. nasib baik dah lepas had umur tu..hehe.thanks share, mummy. baru tau namanya keliod

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo dh lepas had umur rupanya.. Sama2 Sal .. :)

      Delete
  7. ekin parut bertih banyak dekat badan.. besar pulak memang sakit bila naik balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ada parut bertih ea.. ingat bertih jagung je ada. ooo yg ni tak sakit... rasa normal je... cuma tak cantik pada rupala..

      Delete
  8. suami murni ada satu kat macam ni dekat tangan..jatuh beskal ms kecik2 dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo keliod la tu kot.. kalo tak membesar ok je. Takde masalah.. :)

      Delete