Memori Kampung Halaman

by - June 09, 2016

Assallamualaikum...

Tetiba tergerak hati nak menulis mengenai kampung halaman ni. Rindu sangat.. Korang ada kampung halaman tak? Mummy ni parents dok Penang tadi sedara mara ramai kat Teluk Intan Perak tu.. Tok dengan Wan pun dah takde. Al-Fatihah untuk Arwah Tok Wan Mama dan Tok Wan Abah. Banyak sangat memori yang masih segar dalam ingatan . 

Apa yang mummy rindukan?

Azan dan Bacaan Al-Quran Tok Wan disubuh pagi yang hening. 

Buat sesiapa yang pernah mendengar Tok Wan Azan dan mengaji ..confirm! akan merasa sayu je hati.  Yes ! Aku rindu sangat. Walaupun aku bukan cucu pilihan..gitewww  Tapi aku tahu tok wan mesti rindukan cucu dia sorang yang atas kepala semacam ada batu besar ni. Hehhe Al- Fatihah buat Tok Wan.. Hingga kini masih terngiang-ngiang akan bacaan Quran dan azan itu.hurmmm




Kelambu.. 

Bila teringat kelambu hati seperti bagai dicuit-cuit. Teringat kembali pertama kali aku bawak hero-hero balik kampung. Boleh pulak dorang keluar masuk kelambu  dekat berpuluh kali. Jakun kejap. Tergelak mama ngan abah tengok gelagat cucu dia dok dalam kelambu. hehehe Walaupun pakai kelambu Tok Wan masih letak ubat nyamuk yang melingkar-lingar tu dibucu kelambu. Risau anak cucu cicit yang lebam dek di gigit nyamuk yang pelbagai spesis tu. Hahaha 

Sumber : Gambar Google


Tidur dalam rumah Kampung dikelilingi bendang.

Duduk rumah kampung ni memang best. Rumah Tok Wan ada tangga, bahagian bawah kolong , boleh park kereta tak dan jugak park reban ayam dan itik. So kalo bangun pagi tu terbangun dek kokokkan ayam jantan tu. heheehe. Tidur kat umah tok Wan ni selalunya beralaskan tikar mengkuang. Tok la yang selalu buat. Tok pandai buat tau! Pastu bangun je, jenuh menggigil kesejukkan. Rumah kampung katakan. Sejuk dan nyaman! hheeehe



Mandi Perigi

Hah! Ni memang best.. Lepas bangun tido aku akan cuba elak tuk mandi awal, tapi bila time raya ko memang tak boleh nak elak sebab nak kena mandi sunat hari raya. Kena mandi awal sebab nanti ramai yang nak mandi dan beratur nak kejarkan sembahyang raya. Menggigil bakhang. Kena pulak pakai Kain basah. Kejap-kejap londeh.. Opssss! hhhhaahaha :p






Ligan ayam , itik dan Ang ( Angsa la oii) 

Rumah tok ni memang meriah dengan Ayam itik dan juga Ang.. Seronok main ligan -ligan . Kadang-kadang Ang pulak ligan hang. Mampuih dok pulon lari tawaf rumah Tok Wan. Hahahaha Tapi sekarang lain pulak bila balik Kampung , hero-hero pulak ligan. Jenuh aihh Ang lari nyorok tengok dinasour dua orang tu dok kalut ligan sampai tak tau nak ngorok kat mana. Hahahha. Kadang-kadang anak-anak itik dan ayam dorang bubuh dalam poket baju melayu. Ahhhahaha Lawak sungguh aihhh ! Sila refer gambar disebelah. waktu ni hero -hero aku kecik lagi.. 

Dok pakat kepung. Jenuh ayam tu dok baca doa dalam hati moga dapat lolos.keh keh keh :P

Makan Pulut , Ikan masin dan Kelapa Mak Lang.

Dulu Mak Lang duduk dengan Tok Wan. So bila pagi-pagi tu , mesti mak lang ngan tok akan buatkan Pulut makan ngan ikan masin dan kelapa ni. Pastu sekali ngan ayaq kopi kampung. Rasa dia perghhh sedap bakhanq. Kena pulak aku yang kukur kelapa tu.. dok mengiring gaya pompuan melayu terakhir .  Makan pun dok cover -cover anggun , padahal kebuluq. Hahahhaha :p Weeyy ni rahsia jangan bagitau orang lain okay.. hahaha Sekarang bole je mama buatkan , tapi tak kan sama dengan memori yang tertinggal. huhuhu :((



Makan Pelam Ayaq cicah belacan ngan garam beso.

Bila sekali sekala berkumpul kat kampung nilah feelnya . Kait mempelam sebelah rumah tok , pastu makan ramai-ramai ngan sepupu sepapat. Makan pulak rebut-rebut. Masam jadi manis oiiit..!  Seronok! Arwah Tok ngan Wan pun dah tau asal balik je.. mesti habaq kat aku.. " Pokok Pelam tepi ni dah berbuah nanti suh Abah pi kait takpun suh Pak Cik Cha kait " hehehhe 



Pakai inai malam raya.

Hah dulu nak pakai inai bukan tunggu kawin ja. Malam raya pun kitaorang pakai. Tumbuk malam-malam. Kadang-kadang tumbuk pakai lesung batu , kadang-kadang pakai batu giling. Batu Giling tu Mak Lang yang baik hati tu la tolong gilingkan. Aku buatkan jadi lain kang. Terus pakai inai kat muka kang! hahahah. Siap bubuh arang dan beras nak kasi merah hitam marvellous gitewww. Sebelum tido pastikan tangan bertenpek Inai tu dibalut balut plastik takut nanti comot .Weii meletops bakhang bila bangun pagi , tengok tangan dah merah , cuma kena pastikan jangan tunjuk kat ayam nanti inai tak merah, orang tua-tua la yang cakap.  hahaha :p 

Sumber : Pic Google.. Pinjam tangan hampa sat na..


Main ting ting dan congkak.

Dulu takde COC  atau games-games yang kat dalam gadget-gadget canggih zaman sekarang. Aku sampai la ni tak reti main games dalam phone. Yang reti hero-hero jerr. Bagi aku games hanya lah main ting-ting, congkak, main jambatan sudah roboh , cop tiang, nenek sudah tua.. ( nama spesifik aku lupa, aku hanya ingat apa yang aku main je)  . Kalau dulu congak main dekat dalam tanah. Di galinya lubang pastu main pakai biji getah nak digantikan guli. habis semua kuku hitam dok gali tanah. hahahaha. Tapi rumah tok mama memang dah ada depan umah. Tak yah susah setiap kali balik sibuk nak gali. Macam tu jugak ting-ting  lukis pakai kayu atas tanah. Main tak payah pakai kasut . Pastu jenuh la kaki naik ulat air. hahhaha. Ditujukan khas untuk adik aku Angah! kikiki :p


Mandi Sungai atau parit depan umah tok. 

Dulu depan rumah tok ada sungai kecik... best! sekarang dah takde  dah digali dijadikan saluran air ke bendang.. Sob sob sobs.. Dulu bila time balik kampung semua sepupu sepapat berkumpul. Memang pakat terjun la dalam sungai. Aku tak terjun , aku turun kat paras tangga dalam sungai tu tuk berendam. Hahahhaa .. Dasar anak bandar sgt! Berenang pun tak reti. hahahaa :p  lagipun dalam weii sungai tu. Sekali sekala akan muncul  tuntung dalam sungai tu. Keluar muncung dia je.. badan tak nampak. Tapi aku punya penakut , bila tok wan cakap tuntung tu badan je kecik , badan besaq tau.. boleh makan orang.. jenuh lari naik atas rumah. hahahhaa. Elehh tu dulu la, sekarang tak lagi nak kelentong orang.. Orang dah tengok rupa tuntung sebenar kat zoo.. hahahaha 


Kutip duit raya

Ni best! Sapa tak suka kutip duit raya kan. Paling suka aku la. Dulu waktu aku kecik-kecik jarang nak pi solat raya. Lepas mandi aku terus jalan kaki ke rumah sepupu ku yang paling rapat sorang ni.. Jarak dua satu rumah je. Tapi jenuh jugak nak nak jalan. Yang memisahkan hanya bendang dan pokok pelam.   Pagi-pagi aku dah ketuk umah sepupu aku ni. Sibuk la nak kumpul duit raya. Dari satu rumah ker satu rumah. Dapat dua 2 kupang (20sen) dah gembira sangat,  apatah lagi 5 kupang (50sen). Seronok weii..  Ada korang rasa macam zaman sekarang ni. Raya la ni paling lekeh pun RM 3 . Pastu masuk tabung haji. Duit raya aku dulu  beli mercun bola dan katak. Korang ada.. hahaha :p Dari pagi sampai petang dok berjalan sakan. Tak pun pinjam gerek tua tok Wan. Jenuh aihh dok kayuh!  Balik senja, jenuh kena berletiaq  sambil jalan senget-senget sebab beg kecik galas aku warna pink tu aku dah penuh duit syiling. kikiki :p


Sebenarnya banyak lagi memori yang masih segar dalam otak aku ni. Sampai tak tertulis-tulis dibuatnya. Kejap je masa berlalu .. tetiba rasa macam nak nangis bila teringat Arwah Tok ngan Wan belah  Mama ngan Abah. Tapi kadang -kadang tu rasa macam nak gelak sakan bila teringat memori yang mencuit jiwa. Apa-apapun aku doakan  Tok Wan Abah, Tok Wan Mama , Saudara Mara yang telah pergi  atas pemergian dorang menghadap ilahi ditempatkan dikalangan Insan-insan yang beriman Amin . SesungguhNya tanpa dorang tak mungkin aku akan dapat mengutip segala memori yang indah-indah ini,  yang pastinya akan aku kenang sampai mati. Al- Fatihah.. 

Thanks for Reading! Wassalam...

You May Also Like

61 Comments

  1. part inai tu memang betoi.. orang2 tua kata jangan tunjuk kat ayam, nanti tak merah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. yeah kita geng!.. hehehe :)

      Delete
    2. pantang yang ni tak pernah kudengar..haha

      Delete
  2. berebut nak pakai inai time malam raya.. siap amek no giliran.. arwah tok yang gilingkan inai untuk cucu2 dia... rindu aihhh.. tak lengkap raya tanpa inai dedolu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboii siap amik no giliran.. dasat! hahha

      Tok kita org tak larat dah nak melayan cucu dia.. mak lang je yg rajin melayan tolong giling.. hehehehe

      Delete
  3. ehh.. asyik cerita pasal inai je ni.. tapi, pengalaman dok kampung suatu masa dulu, memang best.. sekarang.. haihhh ! *undefined*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. dulu memang best sebelum hadirnya gadget... sob sob sob

      Delete
  4. Orang perak lorghat kedah... Apakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oittt lahir je kat Perak.. besor kat johor , penang dan kedah la., haipppp

      Delete
  5. SS tak boleh tido dalam kelambu... Sebab bila marahkan nyamuk abis kelambu dibako... Kita bakooo! Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. cian kelambu kena bakar sbb marahkan nyamuk., :p

      Delete
  6. Bendang paling SS ske! Bila laa Jay Emm nak bawak
    SS main kat bendang nih! Iskkss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM cepat bawak SS pi Bendang.. lokasi paling sesuai mzm padi kedah.. hhehehe

      Delete
  7. bestkan ada kampung halaman...ada kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa Nasib baik ada kampung., kalo tak beraya rumah batu, jiran cina je la.. hehehe

      Delete
  8. mummy,kmpg zie pun bendang jugak.sekarang dah beso2 busy dengan anak2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya Zie.. Tu lah dh jadi mak ni peelnya lain sikit.. hadap anak je, dulu ada masa hadap bendang.. hehehe :)

      Delete
  9. smpi sekrang pasang kelambu,tp kat rumah mak mertua la
    hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh syoknya..! bole main kluaq masuk kelambu ni., hehehe :p

      Delete
  10. Terlalu banyakkan memori dekat kampung ni. Nani pun rindu sangat nak mandi air perigi, tidur dalam kelambu. Kawasan rumah pun lapang sangat, macam macam boleh main :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... mummy pun sama, tu yang dok gagah taip panjang2.. hehehhe

      Memori dok kampung tu best kan..macam2 ada.. :D

      Delete
  11. dulu kecik2 pernah gak tido dalam kelambu tu waktu balik umah nenek..mmg nyenyak gile tdo
    *nyamuk GERAM je intai dari luar sbb tak boleh masuk..padan muka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tido dalam kelambu memang nyenyak gilos.. hahaha padan muka En.Nyamuk! keh keh keh :P

      Delete
    2. Nyamok beso ke nyamok kecik yg geram tu?

      Delete
    3. nyamuk
      kepala hitam.. hahahaha :p

      Delete
  12. umah kg mummy depan sawah? si SS tu nak sgt pergi sawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung mummy jauh... kat Perak. Ala suh SS tengok gambaq sawah udah ler..hahahhaa :P

      Delete
    2. Jay emm x nak bawak SS pi Kedah... Sedih!

      Delete
    3. takpe nanti kita paksa JM okay... hahahah

      Delete
  13. SS nak sgt tengok bandang so leh la dia g kg mummy tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung mummy takdak Bandang.. bendang je ada.. hehehe :P

      Delete
  14. mana nak cari air perigi zaman skrg ni semua PAIP

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... ada lagi kot kawasan pendalaman .. agak je lah, tak kan semua dah moden.. hehehe :P

      Delete
  15. ehh...runcingnya jari tu ingatkan Jari Manis ehh..ingatkan Jari Mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe jari manislah tu kot.. mummy tak pernah tengok lg. tp yg pastinya bukan jari mummy la, jari mummy bam bam..heheh :P

      Delete
  16. hahhh rindu betul nak tidoq dalam kelambu.. mandi ayaq telaga.. rindunya kampung kat yan kedah.. Salam perkenalan dr Mama Jue.. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann memeng rindu sgt! ooo org Yan.. lagilah banyak bendang ngan ayaq sungai. depan umah ja. lagi happenning... hehhe

      Anw Thanks Mama Ju mai singgah sini.. Selamat Berpuasa jugak.. :)

      Delete
  17. "dok Penang tadi" ke "dok Penang tapi" :p

    ReplyDelete
  18. al-fatihah buat Arwah berdua

    ReplyDelete
  19. Memang best kalau dapat balik kg nie.. terutamanya bila ada buah mangga epal tu.. pergh layanz...

    Blogwalkini sini, jom baca artikle ini

    McAfee Secure Di Wordpress article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sedap tu.. kena pulak cicah sambal kicap.. perghhh..

      Thanks nanti mummy pi ronda na..

      Delete
  20. baru tau mummy mai dari utagha rupanya..tu dia bakhang! syok baca perkongsian. kita ni membesor kat Johor, takde bendang. pokok getah adalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy ni membesaq kat Johor gak., tapi kampung kat utaqa.. semua pengalaman mummy dapat.. hehehe syokkk

      Delete
  21. Bkn cucu pilihan tp cucu kesayangan kot ..merajuk tak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahahhaha... bole la tu kot., mana bole merajuk nanti cepat tua.. kikiki

      Delete
  22. Batu lam kepala tu camna nk kasi kecik ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu tu kena letak tepi pantai.. nanti dia hakis pelan-pelan.. hahahaha :p

      Delete
  23. Jauh Mummy merantau kan..tempat jatuh lagi dikenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la semua negeri dah rasa.. tu lahh tempat jatuh lagi dikenang.. rindu aihhh..

      Delete
  24. nampak mummy typo hahahahha congak pun congak la ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaa.. taip pakai phone je.. nanti mummy check balik ok.. :)

      Delete
  25. part main congkak kat tanah liat guna buah getah paling rara diingati... hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. best waktu dulu. Semua pakai alam semulajadi. Save budget tak pasal sibuk2 nak beli.

      Delete
  26. betul pakai inai malam raya syok dulu2 la.. tapi loni masih teringin abe xbagi hahahahaha kempunan ekin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mummy pun rindu saat tu. Skrg tak de can dah .. sibuk dok ligan anak ja.. hehhe :)

      Delete
  27. menggamit memori sungguh..murni memang asal kampung..semua yg MJ tulis tu menggamit memori sungguh..tapi sayang anak2 kita dah tak dapat alami semua itu..sebab tu sekali sekla balk kg tu yang jakun..segala ayam itik pon seram tengok diorang...pastu lagi satu..macam tak mau masuk rumah..nak main kat luar jerr..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... mummy lahir kat kg, tapi besar kat bandar. Dah bosan dok bandar ni, idam dok kampung bila dh tua.

      Aaa budak la ni memang jakun habis bila balik kampung semua tak pernah jumpa. Tgk ayam jntan berkokok pun kelakor.. selalu alarm pakai phone je.. hahahaha.. Sama la asyik nak main je..

      Delete