DIY Kasut Captain America untuk Hero Kecik
Assallamualaikum...
Korang pernah tak rasa geram bila jumpa budak yang cerewet tahap gaban.. Kat umah mummy ni ada sorang.. High demand.. Hidup dia hanya ngan kasut Crocs dia je.. Kasut lain tak mo.. Fuhh berpeluh menahan saboo.. !
Kalau berkenan pun , harga kasutnya boleh buat mummy tepuk dahi.. Sori dik mummy tak mampu, hang pakai ja la kasut crocs hang tu sampai bila-bila dari tahan perut tak makan tuk beli kasut pilihan hati hang tu..
So ubat untuk budak cerewet ni, mummy kenalah lukis sendiri. Gambar dia pilih dari Mr. Google, then mummy sketch la sikit kan. Syukur Alhamdullilah nasib baik mummy ni boleh melukis.. ringan sikit beban dibahu kannn. Walaupun tak lawa dan compang camping lukisannya.. takpelahh nak oii..! yang penting ada rupa. Tak gitewww..
Kebetulan aritu , mummy dan hero kecik pergi beli barang dapur kat Giant .. Tiba-tiba.... " Eh! Murahnya kasut ni.. RM 20 hengget je" Apalagi belilah mummy sepasang saiz ampatploh (40) . Nampak size anak dah 40 , mummynya maintain 36 atau 37.. hishhh ini tidak adil, tidak adil bagiku.. hahhahaa :p Nampaknya mummmy memang takde harapan nak membesar lagi.. sobsss...
Ni lah namanya mummy yang sanggup buat apa saja demi anak.. Kalau nakal lagi, tak tau la nak kata apalagi kan...
Seperti biasa mummy beli je dulu, tapi bila tiba bab melukis memang tak tau bila.. Tiba-tiba aritu tengah dok sibuk-sibuk kemas dapur dan basuh baju, ternampak pulak kasut ni kat bawah console table.. Tanya hero kecik , adik nak design apa., Dia cakap nak Captain America.. Waktu tu rasa tangan ni macam ringan je nak melukis . Apalagi mengooglelah mummy imej Captain America. Kejap je lukis ni, yang lambatnya nak mencolor tu.. Nasib baik kat rumah ni pekakas-pekakas seni memang sentiasa je ada stok .. so itu amat memudahkan kerja mummy.
Acrylic Colour . Yang ni mummy beli kat DIY . Tapi harga dah lupa la..
So pulon dan pulon lah mummy.. Hero kecik pulak tak sabor nak melihat hasilnya.. Katanya mummy color lambat.. mestilah! Dah nama pun seni, kalo cepat tu namanya conteng.... Last-last dia amik komik , masuk bilik dan baca. Tau-tau je dah tidur sebelum melihat hasilnya.. Korang yang kat FB mummy jugak yang dapat tengok dulu.. Hahhaha.. Takpe esok pagi kita suprisekan je dia.. hehehe Hopefully dia sukalah kann..
Siap!
Tips Budget Kasut Captain America
- Beli Kasut putih sekolah ( RM 20 -Giant)
- Google imej yang ingin dilukis ( Captain America)
- Lukis atas kasut pakai pencil secara kasar
- Colorkan menggunakan Color Acrylic ( Harga dah lupa, bole didapati di Book Shop atau Stationery Shop)
- Bila dah siap keringkan . ( Acrylic ni bila dah kering , dia automatic menjadi color waterproof)
- Apalagi dah siap pakailahh....
Ha.. tu je nak kongsi. Senang , mudah dan pantas! Harga pun berpatutan cuma Acrylic tu je mahal sikit... tapi boleh guna untuk banyak benda. Berbaloi-baloi.. Selamat Mencuba ye..! Lepas ni mummy nak buat untuk mummy pulak lahh... Kasut Pink tapi corak Iron Man.. hah! confirm takde kat pasaran kan.. hehehe .. Muahhhsss
Pagi Jumaat
Hero Kecik punya reaction.. jeng jeng jeng .Tak sempat nak bangun dari katil terus je sarung..Huh! Ngada...
WOW!!!
Mummy canteknya.. kat sini takde jual kan.. Kat America je ada jual kan mummy..
Dalam Hati :
Kat America tak pun takde jual nak oii.. Harga dia tak ternilai.. Dia buat oleh manusia yang mengandungkan adik 9 bulan 10 hari.. ehh! Extra 14 hari sebabb syokk dok dalam perut mummy.. hahahaa
Thanks for Reading! Wassallam
Love, Mummy JA
5 Comments
Mummy, cantekkkklah! Kalau camni saya nak request kasut iron man boleh? :)
ReplyDeleteHhahahaha.. Farah boleh aje.. tapi mummy tak tau la bila tahun boleh siap.. kikiki
Deletecantik... kreatif mummy... :-)
ReplyDeletePerghh untunglaa ada mummy yg pandai lukis..hehee..Nnt kita request satu laa ...comel.mummy buat
ReplyDeleteTapikan, serius cantik diy sis. Nampak macam kasut limited edition gitu
ReplyDelete