XPDC Gunung Datuk 0.1 /2016
Assallamualaikum...
Aku ni bila nak menulis je, jenuh kena belek balik gambar-gambar yang aku amik.. pastu sengeh sorang-sorang! Jangan kata aku gila! Aku cepuk hampa kang! Hahhahaa Tulah orang cakap... lain orang, lain cara.. Cara aku menulis, gitewwlahh gayanya.. ehhehee
Sejak dua menjak dapat kaki balik ni, aku ni memang pantang diajak. Laju je nak manjat. Insya Allah selagi aku tak jatuh sakit.. hopefully hobi aku satu ni akan berterusan la.. especially dapat kawan-kawan hiking yang super best ni. Syukur Alhamdulillah.
2 Disember 2016 . 11.00 malam . Hari Jumaat. Sebenarnya aku akan amik Tiera kat Muzium Orang Asli Alor Gajah. Pastu tunggulah aku kat Tol Alor Gajah tuk convoi ngan Tarme , setelah discuss ngan Tarme pagi Jumaat tu.. Tapi punyalah tunggu dan tunggu Tarme tak muncul tiba. Cuak kejap! Rupa-rupanya Tarme dari Tol Ayer Keroh masuk Alor Gajah , aku pulak dari tol Ayer Keroh nak keluar tol. Cehh memang tak jumpalah.. hahahhaa Tak pasal-pasal aku kena keluar tol Pedas, Linggi Rembau ke Gunung Datuk. Dorang pun terpaksa lah ikut sama-sama sebab aku dah lepas tol Alor Gajah selepas salah faham sewaktu bercakap kat phone. Hahahaha. Tak pasal-pasal ikut jalan jauh. Adeh.. Walaupun aku yakin , jalan senang ke Gunung Datuk ikut jalan ke Tampin. Yelahh ni bukan kali pertama ke Gunung Datuk. Hahahaha. Tapi salah jugakkkk... Ni semua gara-gara salah paham. Takpelah benda nak jadi kannn. Hehehee
Bila dah jumpa semua , kitaorang stop sekejap kat kedai makan berhampiran Gunung Datuk sementara tunggu Acad yang dok kat area -area tu jugak datang. Kali ni kitaorang naik berenam je. Ni semua plan Acad ngan Tarme . Tarme bawak jiran tetangga .. Ali dan Adib. Aku tukang ikut je.. pastu aku paksa Tiera ikut sekali . Cian Teira. Yelah tak kan aku sorang pompuan je nak pegi.. tak rock la kannn! Hehehhee Rocklahh sgt! 😝😝
Kiaorang mula mendaki jam 3 pagi. Aku takde lah masalah mendaki malam-malam dan dalam hujan . Aku ok je. Tapi macam biasalah aku ni bila mula nak mendaki .. cuak lahh sikit bole ker..? Tak bole ker??? Dah jadi macam tebiat pulak.. fuhhhh ngada-ngada! Gedikk pun adalahh sikit.. bluekkk... hahahahaa Kutuk diri sendiri. 😝😝😝
Rasa macam smooth je mendaki kali ni walaupun jalan agak lecak sedikit . Tapi tak hujan pun.. Kena pulak Acad pasang lagu sepanjang perjalanan. Tapi lagu dia.. macam suh aku tidoo je.. Nasib baik takde lagi dangdut macam Tarme selalu pasang dulu.. opsss tercerita pulakkk... hahahaha. Cuma ada sekali tu aku berenti kejap sebab lapar . Yelahh malam tadinya aku tak makan. Dah la tak tido. Lapooo kejap. Makan roti yang Tiera kasi separuh dan minum air. Pastu aku ok dahh.. hahahaha Dasar perut ngada2! Cisss..
Kali ni semua mendaki ok je.. Cuba sesekali kitaorang berenti kejap tunggu Adib yang kekejangan. Nasih baik aku bawak Salon Pas.. Membantulah jugak kannn... Tapi semangat Adib kuat... Akhirnya berjaya jugak kitaorang panjat Gunung Datuk setinggi 885 meter dari paras laut ni. Aku rasa kitaorang mendaki dalam sejam lebih ke dua jam je kot. Kira cepatlah jugakkan. Sebab 1st group yang bergerak dari parking park dan mula mendaki dari jam 2.30 pagi tu , baru 2 minit sampai dari kitaorang kat puncak tu.
Sesampai je kat situ , kitaorang masuk berehat didalam celah-celahan batu sebab hujan mulai lebat. Acad buat air kopi, tapi idoklah aku minum. Almaklumla aku ni kang , minum banyak-banyak terus nak cari toilet. Habisss kang tak pasal-pasal kena cari semak dalam hujan.. jappp tengah bayangkan ... Hahahaha 😂😂😂
Dalam celahan batu
Termenung kejap ingat buah hati..ehh!
Tido dalam tu jenuh gak menggigil sebab hujan tembus gak kat celah-celah batu tu.. Sejukkk weiii! Nasib baik Acad kasi pinjam baju sejuk dia, sebab dia kata baju sejuk aku dah basah. Lagipun Acad tak pakai baju sejuk pun dah ok. Dia kebal.. hahahaha.. Moga-moga dia tak baca entry ni.. keh keh keh .. Sejam jugak aku tido dalam kesejukkan. Miong-miong jugaklah kepala. Tapi kejap je lah.. pastu bila hari dah terang sikit... apalagi start la mendaki batu besar tu tuk berposing macam biasa. Kalo tak posing kat situ rasa macam.. ehhh! Tak lengkap la hiking di Gunung Datuk ni..
Ali dan Adib kat puncak gunung. Excited naik dulu tak hajak aku..sobsss..
Aku Tiera baru je lepas batu nak ke puncak..
Yeahhh Puncak Gunung sudah ku tawan sambil berposing tak hinggat dunia.. Adoii bila aku nak insaf ni.. hahahha 😝😝 Cuaca waktu aku naik tu tak berapa nak cantik sebab kabus tebal.. so tak dapatlah aku tempek Gambar Sunrise kat korang. sorii ea.. Nanti aku panjat lagi hokay..ehhh!!!
Intro amik gambar... semua macam nak tak nak je amik gambooo...
ciss purak-purak sgt!
Create kawan baru... Kak Das ( Berbaju merah ) dan Sha Berjersey hijau belang-belang
Aku tengah bagi tupai makan.. ntah dari mana dia muncul.
Manja dan jinak je.. turn aku bagi makan roti coklat.. siap bersuap lagi..hehhee
Kabus tebal waktu kat atas batu ni.. so tak nampaklah pemandangan kat bawah gununng..sobsss..
Aku dan gegurl
Team boboi yang sakan berposing... mula-mula je segan, sekali dapat camera..Adoii! tak nak lepaslah pulak..hahhahaha
Semua!
Dah puas posing.. Apalagi.. berdedai-dedailahh aku dan team turun. Turun ajak mencabar sikit dengan track yang lecak tu.. So kena slow-slow sikit.. Tapi takdelah slow-slow sangat pun.. Dalam satu jam jugaklah ! Slowww gitu.. huh!! Hahahahaha . Sampai je terus order Air Sirap Limau.. Fuhhh! nyaman.. Tapi sebelum sampai kat bawah tu jangan lupa bayar duit panjat Gunung RM 5.00 sorang kat pondok bumbung Biru. Dulu kalo mendaki Gunung Datuk ni dapat sijil tapi laa ni takde sijil dahh.. kegawatan ekonomi kot.. Cuma aku tak puas hati dengan Tandas kat Gunung Datuk. Yang mendaki kat Gunung Datuk tu punyalah ramai.. Wang pengeras pun dapat .. apasalahnya toilet tu repairlah sikit. Pintu takde, air takde..Hanya harap satu je toilet yang ada air. Azab! Dah la aku ni allergic sikit.. tak pasal aku muntah kang..huh! Moga ada tindakan selepas ni..
Posing kejap waktu nak turun..Lawoo track kat situ...
Tips mendaki
- Pakai kasut yang bergigi banyak supaya ianya grip ditrack yang lecak tu. Aku suka pakai kasut getah je.. Ringan !
- Standby Rain Coat.. Incase hujan la..
- Bawak satu air mineral, satu air Gastron .. Untuk elak cramp bole stanby air garam.
- Yoko-yoko atau Salon Pas dilupa jangan.
- Jangan lupa bawak sweater . Wind proof okay. Sebab bila musim hujan ni, angin kat puncak kuat. Sejuk pulak tu...
- Pakailah baju yang Cepat kering... Dry fit atau kain jersey untuk keselesaan.
- Jangan cakap benda bukan-bukan atau pun riak.. Jeng jeng.. jaga -jaga ada banyak mata yang memerhati okay..
- Jangan mendaki diwaktu dimana akan bertukarnya hari. Contoh : Mula mendaki jam 11.00 malam so akan berada kat pertengahan jalan dalam jam 12 atau 1 pagi. Tak baik katanya. Kang tak pasal-pasal akan berpusing ditempat sama berkali-kali. Simpan sikit tenaga tu.. puncak gunung masih jauh... 😊😊
Sekian aku mengomel pasal hobi aku yang satu ni. Memanjat je kejenya. Kalo mama aku tahu., Adehhh!!! Matikkahhlahhh aku kena tambat kat penuh pokok kerengga.. hahhahaa Ok tu aku tipu! Mama aku baik hokay... habis kuat pun kena kitai-kitai manja giteww.. kikiki 😝😝😝
Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA
19 Comments
sejuk kena angin atas tu pepagi buta.. nak2 hujan pulakkk
ReplyDeleteaa memang sejuk sgt kat atas tu..menggigil2 mummy..hhehe :D
DeleteWahhh gigihnya mummy. Nani ni dengan aktiviti adventure macam ni tak berapa ngam sangat. Heheh :)
ReplyDeleteaaa Nani dah minat...Mummy takde duit nak pi shopping mall tu yang dok pulon manjat gunung tu.. terapi katanya..hehhe :D
DeleteSalam singgah.sini mummy....wahh...bestnya pergi mendaki...
ReplyDeleteWslm Diana... aa syokk..hehhehe :D
DeleteRajinnya Mummy gi hiking hujan-hujan ni
ReplyDeleteAda buah hati ye..cer kabor sapa tuu
ReplyDeleteTip no 8 tu saya rasa kurang tepat. Kalau ada lampu, kompas , peta saya rasa ok. Srlalu juga saya jln dalm hutan waktu. So far so ok.
ReplyDeleteperghhh menarik sangat ni mummy...
ReplyDeleteesok nak gi hiking ...tapi taklah mencabar macam mummy hiking ni
ReplyDeletetangga tu memang ada ka mummy
ReplyDeletetangga tu memang ada ka mummy
ReplyDeleteuish.. terror lah gigih daki gunung
ReplyDeletewah dasyatla sis ni, fit betul
ReplyDeleteAritu saya naik gunung datuk tu naik separuh je.. terpaksalah lepak kat air terjun bawah tu sementara tunggu member2 lain settle hiking.. huhu
ReplyDeletePerghh tabiklah boleh panjat gunung.. saya hari tu ikut xpdc wife .. uhh lelah kau .. haha. Fit Malaysia ni ... hebat hebat .. tepuk tepuk. Teruskan usaha murni daki gunung.
ReplyDeleteWah, best nyer... dapat merasa angin bukit..
ReplyDeleteikut bukit putus ke mkcik? wak sekali je penah daki gunung datok ni, x byr lg pon rm5 kat pondok biru tuu sbb xde org jaga., huhu2
ReplyDelete