Rabies atau Penyakit Anjing Gila?
Assallamualaikum...
Sekarang tengah isu panas mengenai anjing gila kan. Terutamanya yang berlaku di Serian Sarawak. Tapi korang jangan ingat Sarawak tu jauh tak boleh merebak, banyak cara penyakit itu boleh disebarkan tanpa korang sedar. Meh sini mummy kongsikan sedikit maklumat mengenai penyakit ini ok. Moga bermanfaat.
Apakah itu Rabies?
Rabies atau ( Penyakit Anjing gila) adalah sejenis penyakit secara semulajadi menjangkiti mamalia( haiwan berbulu dan berdarah panas) seperti skang , rakun , kelawar , haiwan peliharaan kucing dan anjing.
Tanda & Gelaja Rabies
Bermula dari tempat gigitan atau lain-lain tempat kemasukan virus , virus akan membiak di sepanjang sarag bermula dari saraf tunjang dan otak ke kelenjar air liur. Virus ini kadang-kadang kekal hidup dalam keadaan "dormant" di dalam badan untuk beberapa minggu atau bulan sebelum gejala atau simtom pentakit ini mula kelihatan .
Antara tanda dan gejala rabies
- Pembengkakan dan kemerahan di tempat gigitan
- Sakit tekak , demam dan sakit kepala
- Cirit birit
- Loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Mengeluarkan air liur yang sangat pekat , mata berair dan tekanan darah rendah.
Rawatan
- Luka gigitan mesti dibasuh dengan sebersih-bersihnya dengan sabun berubat dan air
- Pemberian toxioid bagi tetanus dan antibiotik
- Pemberian vaksin Rabies
- Pencegahan
- Haiwan peliharaan perlu diberi vaksin melawan rabies
- Jangan sentuh haiwan liar
- Jangan cuba menggangu haiwan yang sedang bergaduh
- Jangan biarkan sampah atau makanan haiwan peliharaan terbiar diluar rumah
Vaksin pencegahan terhadap rabies perlu diberikan kepada pekerja yang bersentuhan dengan haiwan liar dan haiwan peliharaan yang tidak di imunisasi
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak-anak mereka tentang betapa pentingnya untuk menjauhi haiwan liar dan terbiar dan betapa perlunya mereka memaklumkan tentang kelakuan pelik pada haiwan termasuklah haiwan peliharaan.
Info : Melaka Hari Ini
Thanks for Reading! Wassallam.
23 Comments
nice sharing Mummy.. alamak dengan kucing pun dah jadi takut dah sekarang. lagi2 yang jenis garang2 tu.. aiyaaark..
ReplyDeleteTulah sejak macam2 penyakit..jadi risau lak kita kan..huhuhu
DeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama-sama
Delete
ReplyDeleteBahaya ni.. dengar2 memang merebak.. kena hati2.. lagi pun ada kes rabbies bukan dari anjing je ada, dari kucing pun boleh merebak
Tulah kena lebih alert kita ni dengan persekitaran dan segala hidupan . Kang tak pasal2 dpt jangkitan..
DeleteTQ mummy for the info.
ReplyDeleteKat area sini banyak anjing. Kalo balik malam, disalaknya kita T__T
Sama-sama Kak Long.. Mummy kalo anjing nyalak malam2 tanda ada hantu dok lintas ..hahaha Typikal kampung girl..ahhaa
Deletetq mummy ju untuk info berguna ni. scary kan rabies ni. nauzubillah
ReplyDeleteKan scary sgt.. Moga dijauh segala penyakit sebegini rupa dan adik beradik penyakit yg lain.Amin
DeleteMekaceh share. Ena skrg kalau jumpa anjing terbiar, memang jadi takut nak dekat. Takut tetiba dia buat hal kat kita. Skrg ni macam2 virus ada
ReplyDeleteSama-sama Aina.. Insya Allah moga dijauhkan dengan segala penyakit ..Amin Anjing terbiar tengok je memang dah ngeri..cabut dulu la kalau mummy..hehhe
Deleteterima kaish untuk infonya !! semoga bermanfaat untuk yang lain juga..
ReplyDeleteThanks Atie..Moga manfaat pada semua.. :D
Deletealamak takutnyaaaa dengan rabies nih,. thanks sharing kak
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Ngerikan.. Sama2 Uyul.. :D
DeleteTerima kasih atas infonya. Macam-macam penyakit sekarang ni. Risaunya
ReplyDeleteSama-sama Kin.. Tu lah byk bendasing dlm hidup kita sekarang ni . Takl kira la yang hidup atau pun mati.
DeleteTq mommy sharing pasal ni..boleh juga tambah2 pengetahuan mengenai penyakit berbahaya ni..
ReplyDeleteSama-sama Lia.. Tu la moga bermanfaat tuk semua..
Deletedulu ada tengok cerita quarenteen pasal dia kena gigit dan kena virus rabies ni.Pastu jadi zombie. sape yg kena gigit jadi zombie agresif. Ingt kan betul2 jadi macam tu kalau kena rabies ni. Bila dah aada kat malaysia baru la pikir balik, oh imaginasi mat saleh buat movie tnggi betul. hehehe. thanks info ya
ReplyDeleteKann.. bukan takat citer zombie kat oversea je, Hantu Kak Limah pun pasal penyakit berjangkit jugak... Semua ada idea untuk membuatnya, tapi budget kita ni tak sehebat negara luar..hehehe Moga kita tak kena kejar dek zombie yang berpunca oleh penyakit pelik2 cam ni kan..Amin
DeleteTakut juga Kan rabies ni. Semoga kita dijauhkan
ReplyDelete