Bolehkah Ibu-ibu Bermain Dengan Kucing Ketika Hamil?

by - January 23, 2018

Assallamualaikum...

Terbaca pulak artikel dari Doktor Imelda Balchin di dalam facebook beliau mengenai Bolehkah ibu-ibu bermain dengan kucing sewaktu sedang hamil. Malahan ramai juga dikalangan kawan-kawan mummy yang beranggapan seperti "kalau nak mengandung tak boleh bela kucing " , " Kucing ni bahaya pada ibu hamil' dan pelbagai lagi tanggapan samada baik mahupun buruk. Semoga perkongsian dari Dr Imelda Balchin ini dapat membantu merungkaikan segala pertanyaan.


Sumber Gambar : Mr Google
Kucing kesayangan dan toxoplasma.
Ni laaaa kucing kesayangan saya. Nama dia, Baby Balchin. Kalau panggil Baby saja, dia akan guling-guling seronok dapat perhatian.

Kucing saya ni tak ada penyakit toxoplasma sebab dari kecil sampai besar tak suka keluar rumah dan tak makan binatang lain melainkan makanan biskut kucing kering, makanan kucing dalam tin, atau ayam ikan yang saya dah masak betul-betul. Pasal makan memang dia cerewet, memilih dan mengada-ngada.
Bila dia berak, hanya di dalam pasir kucing yang saya beli dan di dalam kotak yang disediakan di dalam rumah. Kucing liar tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah dan tidak membuang najis di tempat yang sama dengan Baby.
Toxoplasma ialah parasit yang masuk ke dalam perut dan usus kucing jika:
1) Kucing memakan binatang kecil yang dijangkiti toxoplasma, seperti tikus, burung, tupai. Selepas kucing memakan binatang kecil yang ada toxoplasma, ia akan melepaskan najis yang mengandungi toxoplasma selama tempoh 2 minggu. Tanah yang bernajis itu pun akan mengandungi parasit toxoplasma.
2) Kucing diberi makan daging yang tidak masak yang mungkin mengandungi toxoplasma
3) Kucing dibiarkan keluar bermain dengan tanah yang mempunyai najis kucing liar yang lain yang memakan binatang kecil.
Jika manusia dijangkiti Toxoplasma, selalunya tidak ada masalah. Penyakit hanya sederhana seperti demam selsema dan kemudian sembuh semula. Kadangkala boleh mendapat penyakit mata. Ia menjadi masalah kepada mereka yang immune kebal badan yang lemah seperti mereka yang mempunyai penyakit AIDS.
Orang Malaysia memang sayang kucing. Hampir 50% masyarakat Malaysia sudah pernah dapat toxoplasma dan sudah pun immune tanpa mengetahuinya. Berbanding dengan hanya 17% masyarakat Singapura. Kalau pernah dapat toxoplasma sebelum hamil, ianya selalunya tidak menjadi masalah.
Jika wanita hamil mendapat toxoplasma buat pertama kali, ia tidak mengganggu kesihatan ibu, tapi boleh mengganggu kesihatan janin di dalam kandungan.
Bagaimana mengelakkan toxoplasma semasa hamil?
Kita hanya boleh mendapat toxoplasma jika kita makan apa-apa yang ada toxoplasma.
1) Boleh pegang kucing. Anda tidak mendapat toxoplasma kalau pegang kucing. Toxoplasma tidak duduk di atas bulunya, hanya di dalam najisnya. Jika kucing anda seperti Baby Balchin, anda hanya perlu memakai sarung tangan bila membuang najis kucing dan basuh tangan betul-betul. Lebih baik elakkan kerja membuang najis kucing dan minta orang lain buat semasa anda hamil.
2) Elakkan berkebun atau gardening di luar rumah atau menyentuh tanah. Pakai sarung tangan jika terpaksa, dan kemudian basuh tangan betul-betul.
3) Masak semua ayam daging betul-betul sebelum makan. Jangan makan apa-apa daging mentah dan jangan berikan kucing makan yang mentah.
4) Basuh semua sayur-sayuran sebelum memasak, terutama sekali ulam atau salad yang dimakan mentah, basuh betul-betul sebelum makan.
5) Basuh tangan betul-betul sebelum makan.
6) Elakkan membela kucing liar semasa hamil.
Ada jugak kebaikan ada kucing gemok-gemok pemalas yang cerewet makan ni. Mereka tak ada toxoplasma.
Prof Dr Imelda,
Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur

You May Also Like

10 Comments

  1. Ooo pasai toxoplasma ye,ingatkan pasai kenan kucing ka tadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak aih... kenan tu kalo buat sesuatu kat kucing waktu mengandung je kan..

      Delete
  2. terima kasih...
    sebab sye mmg suka kucing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..! Yeahh kita geng suka kucing..hehe

      Delete
  3. owhhhh bertambah ilmu saya
    baru tau pasal toxoplasma nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy pun baru tau.. sebab tu share, sbb rasa ramai mesti tak tahu pasal toxoplasma ni kan.. hehhe

      Delete
  4. toxoplasma?..tv plasma JM tau ihihihi

    ReplyDelete
  5. kalau mmg dh ada kucing kat umah..pastu mengandung xkan nk buang kucing tu plak kan..so ikuti nasihat dr tu..tp jgn plak bila mengandung x de kucing kat umah pergi carik plak hihihi

    ReplyDelete
  6. Informasi yang berguna,sangat bermanfaat.

    ReplyDelete