Adam Masak Menu Berbuka Ramadhan 2019
Assallamualaikum...
Gara-gara asyik bergaduh pasal menu berbuka tahun ni dengan Hero Kecik atau dalam istilah lain mummy dah malas nak masak sebenarnya.. Hero kecik volunteer untuk memasak bagi menu berbuka. Katanya jadi mummy ni senang ja.hahah :p Cehhh..
Ye ! Hero kecik memang suka memasak tapi mummy tak suka. Setakat goreng ayam dan lain-lain tu hokaylah. Sebabnya dapur akan jadi macam kapal karam bila dia memasak. Dan dia semua benda dia nak buat dengan cepat, pastu cerewet pulak tu. Then mummy cakaplah mummy yang bekerja ni mampu masak untuk berbuka , kemas rumah, mop lantai lepas balik keje , dan sebagainya setiap hari.. so hero kecik takleh la komplen banyak sebab mummy dah susun masa mummy tu ngam-ngam termasuk bergolek-golek diatas katil ( masa rehat or me time) . Hahahaha :p tak giteww..
So hero kecik dan mummy mengambil kata putus dia take over tugas memasak dan mengemas. Nak feel sangat jadi mummy kan. Hamik! Hamik!
Chicken Cop
15 Ramadhan 1440 (Ahad)
Menu pertama hero kecik. Chicken Cop! Hah.. Bahan semua dah dan siap pi Family Stor lagi siapkan mana yang tak complete. Tapi nak dijadikan cerita mummy lupa beli tepung jagung. Adoii bebai la sepanjang jalan. Mulut dah muncung sedepa. Mulut pulak tak berhenti mengomel “ Adam dah kasi mummy listing kat whatsAppkan , macamana mummy boleh lupa” Adoiilah anak.. Mummy ni pi beli barang dapur ngan hang .. So benda yang mummy lupa tu tolonglah ingatkan. Mummy pulak spesis tak suka sangat pegang phone bila berjalan. Lemas! Serius benda kecik macam ni pun boleh jadi gaduh besar. Confirm jiran sebelah pun dah tau. Haha 🤣Gaduh macam nak terbalik rumah.
Sampai je rumah, mummy kemas mana yang patut ( eh! Patut Hero keciklah yang kemas kan.. tapi bebai punya pasal..dia buat bodoh je..tampaq mau!) Pastu dua-dua masuk bilik.. dua-dua majuk.. hahaha . Rupa-rupanya waktu mummy dalam bilik aka tidur dia dah siapkan semua bahan tuk masak, ketuk ayam .. tau tau je keluar bilik.. Mummy kita dah siap masak.. aaaa macam tulah kitaorang gaduh macam nak terbalik, bangun tidur lupa yang kitaorang gaduh. Hahaaha
Cuma kuah ja tak masak lagi. So sempatlah mummy merasa rumah dah penuh asap kepuk-kepuk. Dah macam kena frogie pulak. Dan dia siap masak ngam-ngam nak bunyi azan. Saboo je la.
Hah! Amacam nampak cam sedapkan.. aaa memang sedap pun. Hahaha. Jarang nak puji budak debab ni, sebab dia punya kembang sampai tahun depan. Haha 🤣. Tapi pujilah sikit buat ala-ala serius . Kang kata tak reti menghargai pulak kang. Apa-apapun tahniah adik. Dah selalu request nak masak chicken cop ni, tapi mummy bolayan.kali ni eh! Terlaksana jua akhirnya. Serius sedap.. kuah pun banyak. Cukup rasa cukup rupa!
Mee Goreng Basah
16 Ramadhan 1440 ( Isnin)
Selepas kejayaan dengan menu pertama dia request lagi nak masak. Hahaha setiap kali request setiap kali mummy rasa ngeri. Bukan apa.. dah la seharian berpuasa.. tup tup kan kena makan ayam hangit ka.. terlepas garam ka.. kalo kurang takpa lah boleh tambah. Kalo hangit! Adoii ngeri ngeri.
Menu kedua adalah Mee Goreng Hailam yang tak berapa nak hailam. Haha 🤣
Nak masak menu kedua ni pun gaduh jugak. Cili boh VS Cili Mesin. Dia kata tengok You Tube pakai cili boh.. mana bolej cili mesin. Adehh jenuh explain. Settle gaduh , dia masaklah kong kang kong kang kat dapur. Mummy cuma tolong siang sotong dan potong sawi. Lain semua dia buat sendiri. Bukan buat sendiri .. hambat mummy dok depan dan jangan kacau. Kecik besor je mummy tengok dia. Then merasalah mummy jerebu kali kedua. Sabo je lah.. haha
Sedap! Tapi tak rupa sangat Mee Hailam, dah macam mee basah pun ada. Takpelah yang penting sedap. So sempatlah hulur sepinggan kat jiran sebelah . Adam kata “ Mummy saja ja kan nak bagi jiran membawang pasal Adam yang tak reti masak ni kan” hhaha Sekali berbuka sedap weyy.. sampai ke telinga dia senyum kambing. Mekacih hero bam bam bam bam mummy. Dah dua hari mummy goyang kaki.. kikikiki 🤣
17 Ramadhan 1440 ( Selasa)
Semalamnya dia dah request nak masak Ayam masak lomak cili padi, tapi kannn.. Mummy dah malas nak pi kedai beli apa yang tak cukup. Kalo mummy masak, mummy pakai je apa yang tinggal. Tapi kalo hero kecik masak.. kena pastikan semua bahan lengkap. Satgi muncung panjang takpun bebai ( merajuk) . Kang takde sapa nak teman mummy pi terawih. Sobbsss..
So hero kecik decide nak masak Chicken Grill giteww. Mekaseh la You tube pencetus inspirasi dan Idea buat anak mummy memasak dan juga tak lupa jugak buat Instagram : Syafkun . Salah satu platform penggalak untuk anak muda memasak dengan cara paling ringkas dan mudah.
Macam ni lah mummy yang dok sedang dok berehat-rehat pastu kena suh potong kentang. Adehh sadis tau!
Tugas mummy tuk menu kali ni , tukang potong kentang dan juga carrot 🥕. Dia kata tak reti. Mummy kata tengoklah you tube. Eh! Takmau lah pulak. Selahi mummy tak gerak ke dapur, selagi tulah dia berjoget kat depan anak mata mummy. Adehhh blocking view tau nak tengok tv. Hahaha #hiabamsado
Kali ni hero kecik masak awai sikit.. dan mummy dah pesan suh masak awal-awal. Sekurang-kurangnya, Boleh standby masa tuk pi beli kat PARAM depan umah. Kann..
Syukur Alhamdullah. Menu kali ni berjaya juga. Sodap! Tapi gambar tuk menu kali ni takdelah pulak. Sebab bila awal siap.. awal-awal dia dah susun ayam tu dalam pinggan mummy siap-siap. Tunggu nak ngap ja. So memang tak dan pun nak ambil gambaq. Redho je la.
Sekelip mata ja.. eh dah tiga hari hero kecik masak tuk mummy. Wahh cam tak sangka kan hero kecik dah besar dan boleh harap masakkan tuk mummy. Hish lepas ni panjanglah langkah mummykan. Anak dah boleh berdikari. Hehehe #adamjelingmaut Dah dah hari ni mummy nak take over dapur.. Heheh Menu apa agaknya mummy nak masak ea arini?! Cer teka cer teka.. haha
Okaylah dah bye nak sambung fikir menu berbuka arini.
Thanks for Reading! Wassallam..
3 Comments
Nampak sedap mee goreng basah tu
ReplyDeletethanks for sharing,.
ReplyDeleteha ha ha ha...
ReplyDeletekucing dlm peti ais tu memang anti klimaks citer la, Julia.
ha ha ha ha ha...
untung la hero masak utk berbuka.
aida ada anak dara, nak suh cuci pinggan time bulan puasa pun mcm nak bergaduh :) ha hah ah a...