Tips Penyimpanan Tudung Yang kemas dan menarik

10:23


Assallamualaikum..

Setiap kali musim perayaan mesti koleksi tudung akan bertambah dengan sendirinya..Hahhaa Sendirinya hokay. Yelah nak ikut tema warna baju raya kan. Kang tak sedondon pulak kan. Sekali sekala layan color block tu boleh... tapi selalu-selalu peliklah pulak ..Disini mummy kongsikan beberapa tips cara dan tips penyimpanan tudung dan korang boleh praktikan mengikut kesesuaian korang. Selamat menyusun ye..






1. Rak Tudung Ala Kedai.
Susun tudung mengikut tone warna bagi colour yang plain . Tudung tu perlulah dilipat 4 dahulu kemudian hanger dan gantung mengikut kesesuaian . Barulah susun didalam almari samada didalam almari terbuka mahupun almari yang tertutup.  










2.Rak Tudung Berbakul.
Cara yang kedua adalah dengan memasukkan ke dalam bakul. Asingkan mengikut color dan jenis tudung. Shawl dengan geng shawl dan bawal dengan geng bawal. kalau tak letak sekali takut pulak bergaduh dan tak pasal-pasal berterabur tudung dalam tu. Korang jugak yang penat kena susun balik. hahaha. Korang ingat korang je boleh gaduh. Tudung pun boleh gaduh la weyy.. :P

  






3. Rak Tudung Penuh Dinding.
Cara yang ketiga dengan membeli "Wall Magazine Rack" yang boleh dibeli di shopee dan kedai pekakas rumah. Kemudian korang lipat dan susunlah mengikut warna dan sebagainya. 















4. Rak Bakul Buaian.
Cara ini juga amat sesuai bagi penyimpanan tudung. Rak bakul bertempat. Setiap tingkat boleh dibahagikan kepada shawl, bawal dan juga tudung bercorak. 











5. Rak Tudung PVC.
Rak tudung ini pulak adalah menggunakan idea paip pvc yang boleh dibeli di kedai-kedai hardware dan dipotong mengikut kesesuaian penempatan rak dan juga tudung. Lagi banyak tudung lagi banyaklah paip pvc nak kena potong. Tapi cara ni amat kemas dan kalau nak guna pun senang sebab tak terusik dibahagian tudung yang lain. 







6.Hanger Tudung Jimat Ruang.

Serius style penyimpanan macam ni, memang jimat ruang. Boleh sangkut je dalam almari. Dan mummy sendiri pun praktikannya. Sesuai buat korang yang sikit tudungnya. Harga pun murah. Boleh didapati di kedai ECO, DIY mahupun kedai household. 











7. Hanger 3 Tingkat.
Hanger ni korang boleh dapati dikedai ECO, DIY dan juga Household juga. Cuma kalau korang banyak tudung, banyaklah hanger nak kena beli. Boleh dimasukkan didalam almari baju dan tidak memerlukan rak yang khas. 













8. Kotak Almari Tudung.
Ni buat yang rajin bertukang bolehlah buat lemari tudung macam ni. Buatlah sebesar almari baju  yang penuh dengan kotak dan siap dengan pintu. Serius! Lawoo weeiiii. Buat molek-molek. Sapa yang ada walking wardrobe amatlah sesuai. Sebab ni dah kira banyak almari kat rumah. Almari baju, almari tudung, almari seluar, almari handbag... Oh! Banyak sungguh almari mu ni ya..









9. Rak Tudung Tersepit.
Yang ni mummy dah praktikkan. Tapi tulah tudung mummy makin lama , makin panjang dan makin makan ruang. adehh. Mau penuh bilik sepit tudung nanti. haaaha. Tapi menariknya kalau korang iron siap-siap, sepit dan terus je boleh pakai. Senang dan ringkas. Nak pilih color nak matching-matching dengan baju pun senang. hehehe










10. Rak Hanger Kedekut.
Yang ni nama diberi sebab satu hanger satu tudung. No share-share ye. Serius dia memang makan ruang. Sesuai shawal ataupun tudung jenis tebal mahupun panjang berjela. Nak share tak bolehlah. Beratkan. Kena pulak hanger jenis bulat dan nipis macam ni. Tapi style hanger macam ni nampak stylo. So takleh simpan dalam almari.. nanti orang tak nampak. Serius ni tudung kedekut dan giler glamour. Eh!..

Thanks for Reading! Wassallam..




You Might Also Like

4 Comments

  1. ade rumah sndiri nnt ray nak buat mcm ni. baru kemas. skrg ikut dan letak je hahahaha

    ReplyDelete
  2. adeh Mummy ni lawakla nama2 diberi kan tu.. CT ade hanger tiga tingkat tu tapi ada beberapa saja memang tak cukup nak sangkut semua. tapi bila da sangkut tiga lai susun2 gemuk jugak jadinya haih..

    ReplyDelete
  3. ha ha ha ha...
    now aida kat umah baru, dlm laci semua nyer.
    awal2 da inform kak nurin & syuhada, jgn lagi hang kat luar = semak!!!

    ReplyDelete
  4. ha ha ha ha...
    now aida kat umah baru, dlm laci semua nyer.
    awal2 da inform kak nurin & syuhada, jgn lagi hang kat luar = semak!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...