Resepi Tapai Pulut Yang Mudah

by - April 19, 2021

Assallamualaikum..

Bulan-bulan puasa ni , ish macam-macam bendalah mengidam. hhahaha Ok ni mummy nak share resepi tapai pulut  hasil carian di facebook : Rozie Mnor. Nanti bila ada masa boleh la mummy cuba buat.


Bahan-bahan dan cara memasaknya :
.
1 kilo beras pulut basuh.
( Basuh sehingga betul-betul bersih-air tu sampai jernih la. 
Kemudian rendam pulut itu selama 2 jam)


Kemudian kukus pulut sehingga betul-betul masak.

Kalau  pulut tu masih  keras tu lagi renjis-renjiskan air dan terbalik-balikkan pulut tu.

Kukus lagi sehingga masak.

Bila pulut dah masak sejukkan pulut  dan bubuh la ke dalam dulang dan ratakan.

Tumbuk sebji ragi dan campurkan dengan satu sudu gula
( Inii petua buat tapai rasa manis dan tidak masam)

Taburkan ragi ke atas pulut yang telah sejuk tadi dengan penapis teh.

Kacau pulut tadi bagi  ragi mesra dlm pulut

Bungkus pulut dlm daun pisang atau masukkan ke dalam bekas kecik-kecik

Simpan tapai yang sudah siap dibungkus hendaklah disimpan didalam tempat yang gelap contohnya didalam almari.

Buka selepas tapai yang telah disimpan tadi setelah dua hari. InsyaAllah tapai sudah siap untuk dimakan.

You May Also Like

3 Comments

  1. Ok. Nanti buat banyak², bawak ke pejabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang la buat. Julia dah kasi resepi tu.. ;)

      Delete
  2. Suka makan tapai pulut ni!!Tambah2 kalau letak dalam daun pisang cenggini.Bila bukak tu sedap jer bau dia. Dedulu rajin gak buat.Sekarang malaih.Hi3

    ReplyDelete