Sesi Penjelajahan Bikers Fast Club dan Reappears MC ke Melaka Sempena Kempen Jom Shoppp@Melaka .

by - April 16, 2021

 Assallamualaikum...

Melaka sememangnya terkenal  dengan pelbagai produk-produk pelancongan yang menarik. So tidak mustahillah sekiranya setiap hujung minggu, cuti sekolah mahupun hari biasa, Melaka sememangnya meriah dengan pelancong dari dalam mahupun dari luar Melaka. Salah satu tarikannya adalah A Famosa yang terkenal dengan pelbagai produk menarik terutamanya bagi mereka yang berkeluarga.

Baru-baru ini mummy telah berpeluang untuk turut serta menyertai Konvoi Fast Bikers Club, Reappear MC, rakan media, bloggers didalam Majlis Pelancaran Kempen Shoppp@Melaka yang telah dirasmikan oleh Exco Pelancongan dan Kesenian Negeri Melaka iaitu YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis . Selain itu juga acara Flag Off telah dilepaskan oleh  Exco serta   diringi oleh Geng Bikers Fast Club dan Reappear MC dengan suasana yang cukup meriah. Acara ini bertujuan untuk menyampaikan pada masyarakat Melaka umumnya mengenai tentang promosi-promosi yang ditawarkan sesuai dengan situasi pendemik COVID 19 pada masa kini bagi menjana ekonomi pelancongan Negeri Melaka itu khasnya. Bersesuaian dengan tema "Melakan Visit Melaka".

Para Peserta Konvoi sewaktu Flag Off Majlis Pelancaran Jom Shoppp@Melaka

Perasmian Jom Shoppp@Melaka

Acara Flag Off oleh Pengarah A Famosa

Terdapat pelbagai tarikan yang terdapat di A Famosa Resort salah satunya adalah:

1.  Firefly Magical Light Show. Ianya merupakan pameran berteknologi interaktif seni digital tertutup yang pertama dan terbesar di Malaysia. Terdapat 12 pameran interaktif seni digital yang ditampilkan melalui cahaya dan bunyi yang cukup menarik dan indah. Harga yang ditawarkan adalah RM 28 bagi Dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Pameran ini akan berlangsung sehingga 1 April 2022.

Kemeriahan cahaya dan bunyi .

Salah satu pameran interaktif yang terdapat disini.

Ruang Pameran Interaktif yang luas dan selesa.

2.     Taman Tema Air dan Safari Wonderland juga menawarkan harga promosi itu RM 30 seorang dan ianya sah sehingga 31 Mei 2021. Taman Tema Air A Famosa ini mempunyai 11 jenis permainan yang menarik antaranya Wahaha, Big Ice Cream, Lazy River, Wave pool, Arabian Village dan High Speed Slide.

Para peserta bergambar kenangan.

Sesi sebelum lawatan ke Taman Tema Air

Makan tengahari yang menghidangkan Nasi Beriyani dalam buluh bagi peserta konvoi.

Taman Tema Air A Famosa .

Bagi Safari Wonderland pula ianya menempatkan hampir 150 spesis haiwan didalam keluasan tanah 180 ekar. Terdapat 3 jenis pertunjukan haiwan , 1 pertunjukan Wild Wild West, 8 zon pameran haiwan, menaiki rakit dan paling menarik adalah menaiki truck bagi pengembaraan safari yang hanya dipisahkan dengan jaring-jaring besi bagi melihat harimau, singa, buaya,  zirafah dan pelbagai lagi haiwan.

Para peserta bergambar kenangan di hadapan Safari Wonderland dan Taman Tema Air

Wild West Show

Cowboy didalam Wild West Show

Si comel di Wonderland Safari

Selain itu juga Galeri Kraft Melaka yang terletak di Ayer Keroh Melaka (Berhadapan Philea Hotel and Resort) merupakan salah satu lokasi yang patut korang kunjungi sekiranya di Melaka. Terletak tidak jauh dari Tol Ayer Keroh, ianya menempatkan pelbagai jenis kraftangan yang wajib dibeli dan dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan mahupun sebagai cenderamata buat yang tersayang.Diantara kraftangan yang terdapat disini adalah rombong, tikar mengkuang, songket, batik, ukiran kayu, kasut manik dan pelbagai lagi.

Para peserta mencuba sendiri cara mencanting batik di Galeri Kraft Melaka.

Demonstrasi Permainan Gasing.

Demonstrasi Ukiran Kayu oleh Exco Pelancongan dan Kesenian Negeri Melaka.

Berakhirlah sudah sesi penjelajahan Bikers fast Club dan Reappears MC ke Melaka Sempena Kempen Jom Shoppp@Melaka. Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

2 Comments