Apa Perlu Buat Jika Positif Covid 19?
Assallamualaikum..
Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya positif covid. Okay jom mummy sharekan apa yang perlu dilakukan sekiranya korang positif covid ye berdasarkan pengalaman mummy dan hero-hero yang positif pada bulan mac 2022 yang lepas.
Apa Perlu Buat Jika
Positif Covid 19
Selepas anda buat ujian kendiri RTK saliva dan disahkan positif (double line) korang perlulah :
1. Update status terkini korang didalam Mysejahtera
( MySejahtera> COVID-19 Self Report > Update COVID-19 Result > klik kat nama korang tu > (Startlah jawab soalan-soalan yang dikemukakan tu) > Selepas tu jangan lupa upload gambar Test KIt Covid korang tu > lepas tu Submit.
2. Lepas tu nanti korang akan tengok profile korang akan bertukar warna menjadi merah dan bermulalah operasi kuarantin diri (Home Isolation) selama seminggu.
3. Setiap hari korang perlu check nadi, oksigen dan suhu badan selama mana korang kuarantin. Ni kalau tak buat ampa tak buat , standby la KKM call kasi ingat. Mula-mula dia hantar masej peringatan, kalo tak buat jugak KKM akan call.
Macam kes mummy.. KKM dari KL call sebab no start dari 03- ..... then oksigen dalam badan agak kurang CAC MITC call tanya ada sakit dada tak, so kalau sakit dada dia suruh ke CAC atau klinik yang berdekatan (ni kalau rumah jauh la). Kalau korang mengandung pun dorang suh pi CAC gak.
Sebab tu dalam tempoh kuarantin ni penting adanya Oximeter dan juga Thermometer bagi setiap rumah. Kalau takde kemungkinan besar korang akan dikuarantin di CAC (Pusat Rawatan dan Kuarantin COVID-19) .
Oh! lupa nak habaq... pemeriksaan yang korang lakukan dirumah perlulah dibuat pada waktu yang sama ye setiap hari..
4. KKM akan pantau setiap pemeriksaan yang dilakukan melalui MySejahtera. Kalau oksigen korang kurang dari 85%, nadi laju dan suhu badan terlampau tinggi... Korang perlu ke CAC yang berdekatan atau klinik yang terdekat bagi pemeriksaan lanjut.
5. Okay tunggulah sehingga 7 hari kuarantin, jangan nak dok gatai-gatai keluar rumah na. Jangan korang jadi punca atas kesakitan dan kematian orang lain ye. Sebab antibodi manusia ni lain-lain.
Tetapi jika korang sudah pun berusia 60 tahun dan ke atas atau mempunyai sejarah penyakit yang berisiko atau ada gejala yang teruk, adalah disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di CAC yang berdekatan. Kalau di Melaka kat MITC Ayer Keroh ye.
Apakah Tanda Tanda
Positif Covid 19
1.
Mata
menjadi merah
2.
Bibir
mula kelihatan merah dan tampak merekah
3.
Ada
tanda ruam ruam pada kulit anda
4.
Mengalami
sakit leher
5.
Kelenjar
nouds limfa mula membengkak
6.
Anda
sudah mula rasa susah / sukar untuk bernafas
7.
Mengalami
batuk batuk
8.
Ada
mula hilang deria rasa atau deria bau
9.
Mudah
berasa penat
10. Ada mengalami demam
selama 4 hari
11. Mula kurang bertenaga
12. Cirit cirit
13. Loya
Adakah Ibu Positif Covid
Boleh Menyusukan Anak
Boleh
tiada masalah. Walaupun korang sebagai seorang ibu mendapat positif covid 19 dan
yang baru sahaja bersalin dan melahirkan anak, BOLEH SAHAJA menyusukan anak
bayi korang jika anda memilih untuk berbuat demikian. Tiada masalah. Teruskan.
TIDAK
BENAR, cakap cakap jika anda sebagai seorang ibu sedang mendapat positif covid
19 tidak boleh / tidak dibenarkan untuk menyusukan bayi anda sendiri yang
sememangnya memerlukan sentuhan dan susu anda untuk kebaikan tumbesaran dan
perkembangan awal bayi.
So moga maklumat yang diberi dapat membantu korang bagi mengatasi masalah ni.
Thanks for reading! Wassallam.
SUMBER: https://covid-19.moh.gov.my
2 Comments
info yang sangat berguna. terima kasih share. Harap kita dijauhkan la
ReplyDeleteBila belum kena ambil peduli sekadar baca sekali lalu, bila kena C-19 baru ambil tahu betul2 macam mana untuk bertindak.. Perkongsian yang baik..
ReplyDelete