Mummy okay ker? 1st day anak pi internship
Assallamualaikum and Syukur Alhamdullilah..
30 Januari
Hari ni 1st day hero besaq lapor diri kat tempat praktikal. Hati ni, tak tau nak habaq lagu mana.. ghisau hokay! Subuh aku dah kejutkan dia mangkit walaupun tau dia okay ja bab keje dan belajaq bila tanpa mummy ni.
Sejurus ambil hero kecik balik dari sekolah.
“Adik.. kita ronda sat na depan tempat keje abg..” kata aku, sebaik ambil hero kecik dari sekolah. Kebetulan aku tak sihat rini. Panahan dok jogging subuh musim berangin ni. Tetiba lak demam selsema. Ish. atau adakah ini demam risau. Oh! Tidak..
“Ala biar jelah abg keje, mummy jangan lah kacau” Balas Hero kecik.
Ala kita lalu depan je, bukan mummy nak berhenti kereta. okay adik?!!! dup dap dup dap.. menanti persetujuan dari hero kecik.
Hero kecik kata ok..
fuhhh… lega baqhang!
“Adik .. adik tengok tengok abang ada dak? Ya Allah Traffic light mohon la lama-lama sikit. Senang nak skodeng anak. Kann.. “ sambil dalam hati berbisik.. doa orang berpuasa ni kan tiada hijabnya.
“Adoii mummy ni, ni baru abang kalau Adam nanti macamana lah gayanya.” Hero kecik mengomel sambil mata melilau mencari abg yang jarang sebulu perangainya.
“Ala kalo adik keja kat honda ka mana-mana ka, nanti mummy apply la keje kat situ, tak pun mummy duduk jelah kat depan syarikat adik keje.. “ hahhaa balas aku sambil idea mengenakan laju meluncur keluar dari mulut ini. ha mesti hati hero kecik mau tak keruan kan memgenangkan sikap mummynya yang perangai kadang-kadang tak terduga dek akal manusia normal. :P
“Ala mummy tak nampak pun perut buncit abang. Abang naik motor color kuning kan mummy” Kata hero kecik memberi ulasan. Ntah mummy pun tak tau. Bisik aku dalam hati. Dah dia dok ngan daddy dia mana mummy tau.
“Takpe -takpe kita pusing sekali lagi, tak nampak lagi kita pusing lagi.. hahhaa tak padan ngan demam kan. sambil driving, mulut aku masih pantas membalas butiran kata dari hero kecik.
Pusing doh ! sekali lagi.. hahhaa
eh! abang laaaa adik.. kelihatan hero besaq baru ja keluar dari pintu pejabat bersama seorang pemuda india dan seorang lelaki meayu berusia berkopiah....
laju aku tekan hon............. ponnnnnnnnnnn Hero Besaq memandang sekilas lalu. Mesti dalam hati cakap mummy aku buat pangai dah..
Sambil mulut “Syukur Alhamdullilah ! jerit aku ..” Dapat jugak mummy tengok perut buncit abang. Ya Allah Syukur Alhamdullilah Ya Allah. Ngomel aku lagi dan lagi..
Hero kecik disebelah confirm geleng kepala sambil mengucap panjang kan.. Melihat telatah mummy dia yang ntah apa-apa. Hahhaa Lex la dah nasib ampa dapat mummy macam ni., kenalah redho ja.
hahaha
hihihi
hehehe
Sejak dia tengah belajaq lagi aku dah start usha tempat praktikal yang sesuai. Anak-anak pula semua jenis dok tanya mummy. Kunun best friend lerr tu... Sapa nak kawan dia tu...
Apa nak buat? macamana? semualah tanya. Palagi mummy hang .. Call HR opis paling dekat dengan qhumah, Ya Allah dapat wehhhhhh.. Hahhaha. Nasiblah anak-anak. Tu baru tempat keje .. belum next chapter.. mau rumah tetiba naik satu tingkat lagi.. suh anak dok sekali. Tapi pintu lain la. kasi can, mummy pun nak privacy ingat ampa ja nak privacy. Amacam okay tak idea mummy?
Okaylah tu ja cerita telatah mummy untuk 1st day anak praktikal. Selalu telatah anak-anak je kan memenuhi entry blog, kali ni.. korang bacalah telatah aku yang terpaksa anak-anak hadap. Sampai jumpa next story.. Adios and astagalabista!
Assalamualaikum..
2 Comments
Hahaha macam mana hero besaq nak kawen nanti. Mmg kena interview habis2an dgn mommy ni.
ReplyDeleteItu sudah semestinya.. Kena tapis sampai langit ketujuh la.. hahhah :P
Delete