Bintang Polis Evo Disatukan dalam ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’ Dikuatkuasakan Oleh Kopi WONDA

by - September 18, 2025



Polis Evo meraikan ulang tahun ke-10, menandakan satu dekad francais aksi kepolisan terbitan Astro Shaw. Mencipta legasi kukuh dalam industri filem Malaysia, kejayaan tiga filem di bawah francais ini membuktikan Polis Evo telah mengangkat ‘standard’ filem tempatan melalui kekuatan penceritaan, kualiti visual, strategi pemasaran yang kreatif serta kutipan box-office yang memberangsangkan.

Acara ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’ yang dikuatkuasakan oleh Kopi WONDA menghimpun kesemua barisan pelakon Polis Evo dari ketiga-tiga sekuel. Antara pelakon yang hadir ialah Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish, Hasnul Rahmat, Ayie Hushairy, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Farali Khan, Ezatty Abdullah, Riz Amin, Iman Corrine, Zulin Aziz, Dato Afdlin Shauki, Jasper Supayah, Dennis Yin dan Ungku Hariz . Tidak ketinggalan Penerbit Eksekutif Polis Evo, Raja Jastina Raja Arshad, pencetus idea asal dan penulis Joel Soh, Anwari Ahsraf, Kyle Goonting, serta Pengarah Polis Evo, Syafiq Yusof, Ghaz Abu Bakar, Andre ChiewManakala pawagam TGV Cinemas merupakan rakan sokongan yang menyediakan lokasi bagi acara ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’.


Legasi & Pencapaian

Sejak filem pertama ditayangkan pada 2015, Polis Evo melakar sejarah sebagai satu-satunya francais filem tempatan yang masih diteruskan dalam tempoh satu dekad, dengan kejayaan tiga buah filem yang kesemuanya mencatat kutipan box office luar biasa. Filem pertama, Polis Evo (2015), mencatat filem nombor satu di Malaysia tahun tersebut dengan kutipan RM17.8 juta. Polis Evo 2 (2018) meneguhkan lagi statusnya sebagai sekuel aksi tempatan terlaris dengan kutipan RM22.45 juta. Manakala Polis Evo 3 (2023) sekali lagi mencatat sebagai filem nombor satu di Malaysia tahun itu dan kini tersenarai dalam Top 5 filem tempatan dengan kutipan tertinggi, RM54 juta. 


Masa Depan Francais Polis Evo

Ulang tahun ke-10 Polis Evo tidak sahaja meraikan pencapaian lalu, tetapi juga menandakan permulaan kepada babak baharu francais ini. Astro Shaw terus komited untuk memperkasakan Polis Evo, dengan menampilkan filem terbaru dan premium siri di bawah universe Polis Evo. 


Pengubah Landskap Industri

Francais ini telah menaikkan martabat filem tempatan melalui kekuatan penceritaan yang segar, kualiti visual bertaraf antarabangsa, strategi pemasaran yang inovatif sehingga memenangi Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016. Melalui strategi pemasaran juga, Polis Evo merangkul Anugerah Emas Malaysia untuk Kempen Pemasaran Filem di PMAA Dragons Malaysia, menjadikan Astro Shaw sebagai syarikat korporat pertama memenangi anugerah tersebut dalam kategori itu. 


Revolusi Bakat Seni

Polis Evo bukan sahaja mencetuskan fenomena budaya pop Malaysia dengan watak ikonik seperti Inspektor Khai dan Inspektor Sani, tetapi menjadi pemangkin penting dalam melahirkan generasi baharu bakat industri. Francais ini telah membuka ruang besar buat penulis dan pencetus idea asal seperti Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf, yang bermula bersama Polis Evo sebelum berkembang menjadi antara pengarah dan penulis berpengaruh. 


Turut membina nama bersama francais ini termasuklah penulis dan penerbit seperti Abhilash Chandra, Syafiq Yusof, Andre Chiew, Ghaz Abu Bakar dan ramai lagi. Polis Evo juga menjadi lonjakan karier untuk ramai pelakon yang terus bersinar selepas penglibatan mereka dalam francais ini, serta membuktikan bahawa setiap naskhahnya bukan sekadar hiburan pecah panggung, tetapi juga sebuah ekosistem yang membina dan mengangkat bakat seni Malaysia ke peringkat lebih tinggi.




Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “10 tahun kukuh relevan sebagai sebuah francais bukanlah sesuatu yang mudah. Polis Evo telah berkembang dan menjadi pencetus perubahan dengan menetapkan penanda aras baharu untuk sinema Malaysia. Apabila filem pertama Polis Evo ditayangkan, ia mencatat lebih 117 juta tontonan di media sosial, dan Polis Evo 3 pula mencatat 521 juta tontonan di TikTok sahaja. Kutipan pawagam juga meningkat dengan setiap sekuel, daripada RM17.8 juta untuk filem pertama, RM22.45 juta untuk sekuel kedua, sehingga RM54 juta untuk filem ketiga. Di sebalik kejayaan tersebut, kami percaya francais ini turut membawa kenangan, menyuntik inspirasi, dan menjadi sebahagian daripada perjalanan penonton dalam menikmati sinema Malaysia. Pencapaian ini tidak mungkin diraikan tanpa sokongan peminat. Astro Shaw ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan penerbit, rakan kerjasama strategik, produksi, para pengarah, barisan pelakon, kru, media dan pihak pawagam yang telah menjadi sebahagian dari perjalanan 10 tahun ini.  Ulang tahun ini bukan penamat, tetapi permulaan babak baharu dengan ‘Evo : Mat Yam’ untuk premium siri Astro Originals, di mana kisah-kisah ini wujud kerana sokongan anda semua. 


Hari ini, kami meraikan Polis Evo dengan menghimpunkan kembali semua tenaga kreatif, pengarah dan pelakon dalam majlis reunion istimewa ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’. Majlis ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada Kopi WONDA, yang menjadikan sambutan ulang tahun Polis Evo lebih bermakna. Melalui kerjasama yang dikuatkuasakan oleh Kopi WONDA, beberapa aktiviti eksklusif buat peminat diadakan untuk merasai pengalamanan lebih dekat dengan legasi Polis Evo. Kami berharap Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun dapat memberi pengalaman yang berbeza dan tidak dapat dilupakan peminat”. 


WONDA Bawa Peminat Kepada Legasi Polis Evo

Dikuasakan oleh Kopi WONDA, jenama kopi kegemaran Malaysia, Kopi WONDA membuka pintu kepada legasi Polis Evo. Kopi WONDA memberi akses kepada pengalaman eksklusif, detik-detik yang tidak dapat dilupakan, dan peluang untuk berdiri bersama sebagai sebahagian daripada legasi Malaysia. Peminat berpeluang menikmati pengalaman eksklusif yang membawa mereka lebih dekat dengan francais ikonik ini, termasuk:

  1. Muncul dalam filem Polis Evo yang seterusnya

  2. Bertemu dengan pelakon dan pencipta francais Polis Evo

  3. Memiliki barangan edisi terhad, seperti Polis Evo Wonda-Ful 10 Years Eksklusif Bomber Jacket 

  4. Menikmati keistimewaan eksklusif lain

Untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini, peminat perlu membeli Kopi WONDA edisi eksklusif Polis Evo, iaitu:


Pakej 1: Constable Pack –1 X Golden Ticket Jaminan Pemilihan dalam Francais Polis Evo

Pakej 2: Sergeant Pack – 1 X Fast Lane akses untuk audisi + 1 X T-Shirt eksklusif Polis Evo Wonda-Ful 10 Years


Dapatkan Polis Evo Wonda Pack di Kedai Rasmi Etika di Shopee untuk peluang memenangi ganjaran eksklusif!


Barangan Eksklusif Edisi Terhad

Dapatkan t-shirt eksklusif Polis Evo dengan empat rekaan unik yang menampilkan tema francais ikonik ini. Bermula dari RM69.90 hingga RM79.90, barangan ini boleh didapati di Gempak Official Store Shopee.


Bagi memberi keterujaan peminat, sila layari platfrom media sosial Astro Shaw untuk dapatkan info-info terkini mengenai Polis Evo. Gunakan #PolisEvo #PolisEvoWonda-Ful10.

You May Also Like

0 Comments