Isu Logo Kemerdekaan 55 Tahun

by - July 25, 2012

Rasa terpanggil untuk share tentang isu Logo Kemerdekaan 55 tahun ini daripada salah seorang rakan facebook memandangkan aku juga seorang pereka. 
Logo kemerdekaan 55 tahun



Keterangan/Caption Logo


Kata-Kata seorang pensyarah seni visual di Facebook Datuk Seri Najib Razak//

Salam Datuk Seri yang dikasihi,

Saya seorang pensyarah seni visual (Staff Negara) di sebuah IPTA. Setelah melihat pelbagai komen negatif terhadap logo merdeka Janji Ditepati dari masyarakat pereka sendiri. Adakah ianya BENAR dan muktamad, apa yang saya lihat di laman web kerajaan, masih tidak diletakkan logo ini. Jika saya silap, sila betulkan saya.

Secara jelasnya, ianya merupakan logo yang tidak mempunyai sense of design. Tidak menarik dari segi komposisi dan pelbagai aspek rekaan. Saya rasa perlunya ditegur berkenaan logo ini kerana kami masyarakat cendekiawan seni reka berbincang berkenaan pemilihan logo tersebut dan merasa sangat ralat. Saya sebagai manusia yang taat pemerintah dan menjunjung prinsip salafi merasakan perlu ditegur berkenaan hal ini kerana orang muda bukan hanya melihat branding dari segi transformasi yang diusahakan dengan gigih oleh team Datuk Seri sahaja, tetapi lebih penting branding dari segi visual.

Kami yakin visual membawa powerful message yang boleh meningkatkan imej kerajaan. Kami deal dengan visual setiap hari. Visual sangat berkesan. Sejarah membuktikan visual berjaya mencetuskan perang dingin dan perang angkasa juga menghentikan perang Vietnam dan Iraq.

Sebagai pereka dan mengajar seni reka, kita lihat tidak banyak yang dapat dilakukan oleh pereka kerajaan dalam meremajakan imej kerajaan dari segi visual kerana bakat dan idea mereka sering disekat- sekat. Kami biasa dianggap "golongan tak berapa pandai". Maklumlah kami bukan pembuat dasar. Kami pelukis biasa sahaja. Maka selalunya jika kami berdepan pelanggan dari sektor kerajaan, kami membuat beberapa design yang paling kami rasa paling hebat dan yang paling kami rasa paling buruk. Selalunya, design yang paling buruk bagi kami dipilih oleh bos- bos kerajaan ini, kerana bagi mereka itu lah imej. Padahal dunia design ini dinamik dan ada perubahan dari segi idea, konsep, bentuk dan jiwanya. (Design with soul).

Bila kami defend design yang paling best, kami pula yang kena kutuk. Pada pendapat saya, dalam menentukan design, perlunya respect kepada pereka dahulu kerana mereka adalah pakar dalam bidang mereka. Ya, kami boleh dengar pendapat bos- bos ini tetapi di akhirnya jiwa yang nak diterapkan perlu bergantung kepada kami. Kerana sabda nabi "Jika sesuatu kerja itu tidak diserahkan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya".

Oleh yang demikian, mungkin pelancaran dan segala bagai persiapan imej telah dibuat. Maka kes ini bolehlah disifatkan terlepas pandang, atau mungkin itu yang terbaik yang ada buat masa ini. Tetapi pada masa akan datang. Bos- bos kerajaan perlu ada akal budi terhadap kepakaran kami. Pada akhirnya yang menentukan kejayaan imej itu ialah kumpulan pereka itu sendiri.
Imej perlu segar Datuk Seri. Tengok saja imej Obama pun kita teruja masa pilihanraya Presiden. Sangat segar dan POP. Imej pop ini perlu, sebab orang muda suka pada pop. Pembangkang dah sedar hal ini. Segala ustad2 pembangkang semuanya diPOPkan dan dicetak baju dan sebagainya. Padahal dulu masa gambar Dr M di baju, mereka kata haram puja manusia. Sekarang mereka dah sedar Datuk Seri. Kepala Datuk Nik Aziz pun dicetak ala2 painting Andy Warhol di baju. Itu la yang buat anak muda teruja, padahal dorang bukan suka sangat pemimpin. Ambil tau pun tidak. Tapi ada unsur pop, maka disokong dan dirasakan cool pula. Saya pun rasa nak beli sehelai baju tu.

Kami pun rasa Datuk Seri dan angkatan Datuk Seri sebagai pemimpin dihormati perlu diimejkan sebagai ikon POP Culture. Visual penting Datuk Seri dan untuk meremajakan imej, kita kena lari sikit dari kebiasaan.

Asyik- asyik ala- ala skema, logo zaman dulu dan skarang tak pernah berubah. Gambar kempen pun pasport size background biru. Tidakkah rakyat bosan dengan pendekatan visual yang sama? Teguran ini dibuat kerana saya sayangkan perjuangan agama bangsa dan negara. Jika nak kami ahli2 design muda pelbagai Universiti seat sama2 untuk bantu hal ini pun kami sanggup. (Pereka veteran kita lupakan dulu lah, kerana sekarang zaman orang muda. Designer muda selalunya bercanggah pendapat dengan veteran- veteran ini). Kami memang selalu discourse tentang ni. Sejak lama dulu, tak abis- abis kutuk design kerajaan. Boleh saja Kumpul pensyarah muda art and design seluruh negara dan buat pencerahan bersama kerajaan tentang ini. Tak payah bayar pun takpa. Boleh juga masuk portfolio untuk KPI tahunan kami. Kami semak perut dengan design di sektor kerajaan.

Saya berani bagitahu hal ini pada Datuk Seri. Kerana mahu yang terbaik untuk UMARA mengikut kepandaian dan keahlian saya. Saya juga bertanggungjawab ke atas apa yang saya perkatakan di atas dan meminta pandangan rakan- rakan seperjuangan sebelum post kepada Datuk Seri. Kami belajar dari Sarjana sampai PHD dengan tanggungan kerajaan dalam dan di luar negara dan alangkah ruginya kerajaan jika kepakaran kami dalam mewujudkan kefahaman visual dipandang sepi.

Addinu Nasihah (Agama itu adalah Nasihat). Untuk Allah, Rasul, Pemimpin- pemimpin Islam dan juga Umat.

Terima Kasih Datuk Seri Kerana Menjadi Pendengar yang Setia. Kekhilafan fakta dan kata jika ada harap dimaafkan.

Hakimi bin Halim
Mewakili Masyarakat dan Cendekiawan Muda Seni Rekaan Visual

You May Also Like

0 Comments