Jom Kenali serba sedikit mengenai Muzium Kapal Selam
Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70
merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas
Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh
Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka
untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang,
Melaka. Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini
dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan
tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal
Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan
terutamanya di negara kita.
Tiket masuk untuk Dewasa : RM 1.00
Tiket masuk untuk Kanak-kanak : RM 0.50
( Kini dibahagian dalam Muzium kapal selam sudah dibuka untuk lawatan)
0 Comments