HERITAGE TRAIL : IPOH, KUALA KANGSAR & PENANG
Assallamualaikum...
Lawatan ini adalah
anjuran Persatuan Sahabat Muzium Melaka.Persatuan ini ditubuhakan bertujuan
untuk mengeratkan hubungan
dan kerjasama antara institusi Muzium Melaka dan masyarakat setempat.
Disamping itu juga ianya dapat memberikan alternatif
kepada orang ramai untuk memenuhi masa lapang yang bermanfaat Persatuan juga
ada menyediakan ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang
pemuziuman dan pemuliharaan warisan budaya.Selain mewujudkan satu kumpulan
sokongan di dalam pelaksanaan aktiviti muzium.
Objektif lawatan
Heritage Trail ke Ipoh, Kuala Kangsar dan Penang ini adalah salah satu langkah
untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada ahli-ahli Persatuan
Sahabat Muzium Melaka serta orang ramai kepentingan warisan sejarah negeri lain
selain dari negeri sendiri. Ianya juga dapat meningkatkan pengetahuan
mengenai betapa pentingnya "built heritage" dalam kehidupan
kita seharian. Selain itu juga secara tidak langsung dapat mempromosikan
pendidikan sejarah bagi meningkatkan pemahaman warisan "built
heritage" sebagai ungkapan sejarah dan identiti kita.Ia juga dapat
membina keahlian yang matang pemikiran dan komited dalam "Built
Heritage". Dan yang paling penting dapat mengeratkan silatulrahim diantara
ahli dan serta bukan ahli agar lebih meminati sejarah dan warisan negara
kita.
Pihak Persatuan lawatan
juga mensasarkan kepada Ahli Persatuan Sahabat Muzium Melaka, Bukan Ahli
saperti Pemandu Pelancong, pengusaha syarikat Pelancongan dan pada mereka yang
cintakan warisan. (Termasuklah pelajar-pelajar didalam bidang senibina,
photografer dan lain-lain lagi
Tarikh lawatan
: 25hb - 27hb October, 2013.
Destinasi yang dituju
dan kenapa ?
Ipoh Perak - Ipoh
Heritage Walk.
Bandar Ipoh dibina
kerana industri bijeh timah. Semasa orang British kuasai ekonomi di Perak
banyak bangunan colonial telah dibina di Bandar Ipoh. Hingga sekarang bangunan
tersebut masih digunakan.
Pulau Pinang -
George Town Heritage Walk.
George Town adalah
contoh terbaik sebagai bandar perdagangan pelbagai budaya dan ia juga
mencerminkan pertemuan unsur-unsur budaya dari kepulauan Melayu, Cina dan
Eropah yang mencipta satu budaya, senibina dan townskap yang tersendiri,
yang tiada tandingnya dimana-mana, baik di Asia mahupun Asia Tenggara,
khususnya suatu julat rumah kedai dan rumah bandar yang tersendiri senibinanya.
Kuala Kangsar,
Perak
Kuala Kangsar adalah
bandar di Raja Perak dan bandar ini merupakan tempat yang terbaik untuk
mempelajari mengenai sejarah kesultanan Melayu.
Yuran Penyertaan :
RM250.00
untuk ahli & RM 300.00 untuk bukan ahli.
Cara Penyampaian Jejak
Warisan
" Warisan adalah pusaka kita
dari masa lampau, kehidupan kita hari ini dan apa yang kita akan
tinggalkan kepada generasi akan datang. Dengan memahami warisan dari tiga
tempat, Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, sangat diharapkan peserta
pada akhir perjalanan menghargai warisan negara kita "
Untuk maklumat lanjut boleh terus email kepada saya :
julia_yana@yahoo.com
0 Comments