Merdeka! Merdeka! Merdeka!

by - September 03, 2013

Assallamualaikum...

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 


Tanggal 31 , Bulan lapan lima puluh tujuh, Merdeka! Merdeka!,Tetaplah merdeka, Ia pasti menjadi sejarah..... Tanggal 31, Bulan lapan lima puluh tujuh, Hari yang mulia, Hari bahagia, Sambut dengan jiwa yang merdeka...lalalala...

Seronok lak tengok anak-anak menyanyi lagu merdeka dengan gaya masing-masing walaupun mereka masih kecil untuk menilai erti merdeka yang sebenar... ialah merdeka bukan setakat membebaskan diri secara fizikal  dari bangsa penjajah tetapi juga  bebas dari cengkaman dari segi mental dan fizikal dan  berusaha bangkit sebagai mangsa bermaruah . Wah semangat patriotik pulak tetiba..hehehe

Tahun ni adalah tahun  kedua  aku tidak menyertai perarakan/perbarisan Merdeka mewakili jabatan aku , so inilah peluang terbaik untuk membawa hero-hero malaya aku  ni ke Banda Hilir menyaksikan perarakan sempena merdeka ni. Dorang ni pulak bila diajak untuk menyaksikannya nampaklah excited! walaupun pada mulanya sahaja...hehehhee  Tapi enjoylah jugak melihat ragam hero-heroku ni walaupun sekejap lagipun tak nak lah paksa sangat memandangkan cuaca yang amat panas terik... tak pasal-pasal demam kang . last-last dok office mummy main games..Haiii masih dijajah lagi anak mummy ni... nasib la badan... Layan merdeka sorang-sorang je la...

Waktu ni cuaca masih belum terlampau panas.. so aktiviti posing-memposing di sekitar A Famosa masih kelihatan indah  jer...

 Ni bunga-bunga kepenatan sudah mula muncul dan mula duduk terperap didalam Kota A Famosa...

Ni aksi-aksi dah mula letih, tersadai ditepi jalan menunggu perarakan  yang masih belum muncul sedangkan matahari sudah menyucuk badan..cian anak mummy...

Aksi-aksi suam kuku dan semangat merdeka yang sedang bercampur baur..

 Perbarisan masih belum bermula... menunggu..menunggu..dan menunggu...huhuhu

Akhirnya perbarisan pun bermula..yeahhh .Tapi yang tinggal hanya mummy , menanti dan menyaksikan perbarisan sedangkan hero-hero dah tumbang dengan semangat merdeka. Tumpas dihadapan komputer bermain games...  So korang scroll jer la diantara pic-pic yang aku amik ea, berbagai aksi, berbagai ragam dan penuh warna warni ...Selamat Hari Merdeka yang ke 56.. Merdeka! Merdeka! Merdeka.. Sekian Wassallam















You May Also Like

0 Comments