XPDC Gunung Kinabalu : Part 3

by - January 13, 2014

Assallamualaikum...

Alhamdullilah ...selepas settle berehat di Check Point Layang-Layang kitaorang pun meneruskan perjalanan walaupun hujan lebat..Dah la tak bawak sweater..hadoiii punyer la sejuk... Beg yang ringan pun dah terasa berat.. Pendakian kitaorang dah mula slow sebab perlu lebih berhati-hati takut ada yang tergelincir dengan anak-anak batu yang licin tu. So tiadalah gambar-gambar yang diambil sepanjang perjalanan sehinggalah ke Laban Rata.. Nanti air hujan kena handphone dan kamera  kan susah.... huhuhuhu.... 

Tapi sepanjang perjalanan walaupun hujan lebat dan pemandangan telah diselubungi kabus..still ohsem.. Cantik sungguh ciptaan Allah...!  Takpe lain kali aku naik lagi..aku upload ea...tapi tahu bila tahun la..kih kih kih.

Tepat 2.20 tengahari .. ...kitaorang sampai ke Laban Rata.  Walaupun 1 kilometer terakhir ke Laban Rata pendakian kitaorang semakin slow.  Penat dan kesejukkan menjadi punca utama. Tapi disebabkan oleh kata-kata semangat yang diberikan oleh sesama  kami, semuanya menjadi mudah dan best. Akhirnya kami sampai. Actually peserta pertama yang sampai ke Laban Rata adalah peserta dari Muzium Negeri Sembilan iaitu Joe  dan kami adalah team kedua yang sampai . Wah sungguh tak disangkakan... Ingat kitaorang la yang paling lambat...tapi tidak rupanya. Syukur Alhamdullilah..


Kelihatan aku dan Maz telah merembat towel yang ada disisi kitaorang bagi membalut tubuh yang kesejukkan . 

Sampai je Laban Rata kami berehat sebentar di cafe dan terus check-in di dorm yang telah ditetapkan. Nasib baik dalam dorm wanita ni disediakan air panas dan hair dryer , so boleh la jugak kitaorang mengeringkan apa yang perlu seperti kasut dan juga beg . Actually air panas juga disediakan tapi rasa macam cukup-cukup je , siapa yang sampai lambat kena mandi air sejuk la jawabnya. huhuhuhu.. Setelah settle semuanya kitaorang sempatlah merehatkan diri sementara menanti waktu makan. Nak kata lelap sangat takde la jugak... sebab kitaorang dah mula rasa penin-penin lalat.. Mungkin disebabkan oleh ketinggian Gunung tu kot. Tapi sekejap je la.. Lama-lama okay je. Sori aku lupa lak nak amik gambar dorm tu , almaklum la bilik dah macam tongkang pecah...hahahhahaha

 Ni la rupa cafe kat Laban Rata tu.. takde la besaq sangat.Aku rasa dalam 200 orang muat la kot...  

Ha... ni la rupa dorm lelaki ... Satu bilik dalam 6 orang... Takde hair dryer dan air panas..So selama dua hari kitaorang kat sini jejaka-jejaka kacak ni memang tak mandi la..huishhh masammm....! Bilik lak dah macam kapal karam. hahahahaha . Actually waktu gambaq ni diambil kitaorang nak amik purse yang ditumpangkan dalam beg hiking dorang..almaklum la seperti biasa kitaorang akan cuba ringankan bebanan beg kitaorang dengan menumpang segala khazanah-khazanah yang berat dalam beg dorang... Kata nak jadi lelaki -lelaki yang berbakti kan so ni kira berbakti lah ??? betui tak? wakakakakakakaahhhh..

Waktu makan telah tiba... tetiba je rasa dah penuh cafe tu. Siap kena beratur panjang lagi. So inilah makanan yang aku santap tuk hari tu... Sedap ! Maaf pinggan penuh  lapaq na ..kejapan hilang semua diet..Almaklumla baru lepas mendaki trek tangga dan batu yang curam sepanjang  6.5 kilometer dalam keadaan hujan , sejuk dan berkabus sehingga pemandangan dihadapan kelihatan begitu terbatas.


12.00 tgh malam..

Semua peserta dah mula bangun dan mula mengemas barang-barang hiking untuk dibawa naik keatas puncak gunung. Masing-masing dah berpakaian lengkap. Aku dah pakai baju 2 lapis dan bersweater tebal  dan berseluar kalis sejuk. Actually suhu waktu tu dah -3. So korang bayangkanlah kesejukkannya. Head Lamp, glove , torchlight , tongkat hiking dan minyak panas dah aku lumurkan satu badan..hahahhahaha...


Aku crop muka aku sebab muka aku betui-betui muka bangun tidoq.... Dah la tido pakai baju tebal tu jugak..huhuhuhu Maz pulak muka bangun tido terus tempek bedak..kelako la ko Maz.. Yang tiga orang tu takyah cakap muka la ... Muka tak mandi hahahahaha

2.30 pagi

Perdakian bermula setelah bacaan doa dan sedikit taklimat diberikan oleh guide kitaorang iaitu Willi. Willi pesan sesiapa yang rasa tak mampu mendaki lebih baik mengalah pada waktu ini sebab 2.5 kilometer ini lebih mencabar dari 6.5 kilometer sebelum ini. Ada juga yang baru 100 meter mendaki dah berpatah balik. Cuma yang aku perasan banyak pendaki-pendaki luar ( orang puteh mula turun patah balik dan tidak meneruskan xpdc ni....) bila aku dah sampai dilokasi tu , baru aku paham kenapa? kami terpaksa mendaki mengguna tali dan melalui tebing-tebing curam yang cukup berbahaya. Salah langkah..gaung la jawabnya..huhuhuhu. Syukur Alhamdullilah kami berjaya melepasi paras bahaya... tapi sempat la jugak Willi cakap kat aku...kalau tak mampu lalui tebing ni , lebih baik patah balik sebab waktu turun nanti lagi susah . Lagipun waktu turun nanti cuaca dah terang dan rupa gaung tu akan lebih kelihatan dan ianya akan menakutkan.. huh! seram nau bunyinya.. Tapi aku tak peduli ..nak jugak!.. so antara ciri-ciri orang yang akan berjaya  sampai kepuncak  kenalah ada sifat degil macam aku k..hik hik hik..




Waktu ni kitaorang dah lepas check point Sayak-sayak dan register apa yang patut. Sesiapa yang dah lepas check point Sayak-Sayak ni dah kira lepas untuk mendapat sijil berwarna. Waktu ni kitaorang mendaki dengan mengejar masa untuk sampai di puncak sebelum pukul 6.30 pagi.  Dalam gambar ni muka paling cuak adalah Maz tapi dialah yang paling bersemangat ..Dan muka paling kuat sengeh (akulah) tulah yang paling penakut tapi untuk mengalah Insya Allah tidak sama sekali. Aichewahhhhh

Waktu ni kelajuan dalam 90km sejam.. Angin lalu depan muka je, satu badan menggigil. huishh sadis! Waktu ni kitaorang ada masalah dengan glove sebab waktu mendaki tali tu..glove kitaorang basah sebab tali tu pun basah. So bila kena angin memang sejuk tak tahan.. Tapi kita cuba abaikan rasa tu dengan harapan glove tu akan kering sedikit demi sedikit..huhuhu


Dari kiri (duduk)  : Aku , Mazlina , Tarme, Ghazali 
Dari Kiri (diri) : Joe , Mawar (Muzium Negeri Sembilan ) dan Shamsul

Tepat 7.04 pagi.. Syukur Alhamdullilah kami berjaya sampai dipuncak gunung 4095.2 meter dari paras laut. Paling best kitaorang lebih tinggi dari awan.. Ini sungguh Ohsem! 

Paling lucunya kitaorang la yang paling lama posing kat atas tu... sedangkan ramai yang beratur nak amik gambaq..hehheehehe .. Ya ampun  kengkawan ye ..Keterujaan ini telah membuat kitaorang hilang kawalan moral dan emosi kikiki Settle bergambar kitaorang mula la turun dan memberi laluan pada pendaki-pendaki yang lain untuk bergambar.




Wajah happy dan puas aku setelah berjaya ke puncak...Actually aku tak tau sapa la mamat yang tolong amikkan gambaq aku ni..hehhehehe aku pakai posing je..muamuamuaaa... Actually bila mendaki gunung ni ...semua pendaki-pendaki ni akan tegur menegur antara satu sama lain .. Just say Hello..hai... dan lain-lain lagi...  Tu la bezanya aktiviti mendaki ni nak dibandingkan dengan aktiviti yang lain. Happening dengan cara dan gayanya yang tersendiri..

Acara menurun pun bermula.. jom layan gambaq dulu naaa.... 


Mamat ni ala-ala kebal..Pakai seluar pendek dengan suhu -3. Memang terrorlah! dah la kitaorang dah tak bole  rehat sangat sebab dia kejap-kejap rasa nak kejang sebab kesejukkan. huhuhu ...Walapun teruk kena gelak ngan kitaorang sebab tak nak dengaq cakap orang. Kitaorang dah pesan kat atas tu sejuk tapi kawan dia pesan buat apa la nak pakai tebal-tebal..kat atas tu panas..sekali sampai atas..amik hangggg...hahahahahahahahah (sambung gelak balik) 

Ehhh Awat aku lompat lagu tu naaa... Huish!

Kibarkanlah....


Lompat jangan tak lompat..!







Diantara gambar di part-part  bahaya sewaktu turun. 

Yeahhh dah lepas paras bahaya..

Pak Angkat Maz merangkap Guide kitaorang... Namanya Bungin.. Sporting! dan cukup baik sekali. Ajar kitaorang step-step turun dengan cara yang betui.. Actually Pak Cik Bungin ni pernah masuk TV pasal porter di Kinabalu.. Wahhhhh hebattt!




Penat-penat jugak..tapi posing itu wajib... Yelah bukan selalu dapat naik Gunung Kinabalu ni so setiap detik haruslah dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin ..

Muka tensen Tarme.."Korang ni asyik posing je kejenya" hahahaha


Selamat sampai di Laban Rata jam 9.30 pagi.. Ni kes lambat sebab posing terlebih sudah..... hahahaha Settle makan , kitaorang berkemas mana yang patut dan  seterusnya check-out ( Seperti biasa pengasingan beg akan dibuat , mana yang akan dibawa sendiri dan dibawa oleh porter ) . Actually kitaorang kena check-out sebelum pukul 10.30 pagi.. Sebab kalo lambat kitaorang akan dicharge RM 100 sejam bagi satu bilik.....Parah!


Posing depan Laban Rata sebelum turun. Pakai baju hujan siap-siap sebab hari udah mendung.  dan memang hujan lebat pun..huhuhuhu Kitaorang berjaya sampai pada jam 3.30 petang dan settle register  nama (tamat pendakian) kat Timpohon Gate. Syukur Alhamdullillah.


Disaat menunggu van amik , kitaorang posing lagi.  Dak Ghaz dah hilang seperti biasa...

Lompat jangan tak lompat. Peserta Lembaga Muzium Negeri Sembilan bergambar kenangan dengan sijil masing-masing.

Muzium Negeri Kedah dan sijil .


Chewaaahhhh comey tak kitaorang. Aichewahhhh Tak kelihatan langsung riak-riak kepenatan diwajah masing-masing. Sentiasa happy sokmo. Team yang paling banyak gelak sepanjang pendakian. 

Terima Kasih buat Tarme yang sentisa memasang lagu-lagu lama untuk menghiburkan kitaorang.. Lagu Dangdut ada.. Lagu Mat Kilau ada... Semua lagu la ada... hahahaha  Itulah hiburan kami.. Pada Ghaz yang sudi tolong bawakkan kamera gedabak aku dan jadi photografer sepanjang pendakian. Terima Kasih . Buat Abg Sham terima kasih  sebab sentiasa memberikan kata-kata semangat supaya tak mudah asa dan jadi photografer jugak. Buat Maz... Ko the bestlah.. Tak terkatala! nanti kita pi daki gunung lagi ye... ! Buat Muzium Negeri Sembilan .. Terima kasih sebab adakan aktiviti macam ni , kalo tak kitaorang pun tak tau apa yang lebih dan apa yang kurang yang ada dalam diri kitaorang dalam bab daki mendaki ni . Tahun 2014 nak pi mana pulak ea...hehehehe # huh! ucapan dah macam menang anugerah..kah kah kah...Sila abaikan kalo meluat..!

Jeng jeng jeng ...Hadiah Hari Lahir terbaik tahun 2013.Syukur Alhamdullilah..

Wassallam... 

You May Also Like

0 Comments