Friday Lunch

by - January 13, 2014

Assallamualaikum....

Hari jumaat sudahh.... hari ni waktu rehat agak panjang so kitaorang jenjalan la kat kawasan yang berhampiran iaitu Dataran Pahlawan. Mudah dan pantas. Malas nau nak drive tengahari ni , confirm jem...  So aku keluar lunch ngan fyda dan Ila je arini berjalan kaki. Ain tak join sekali, busy menyiapkan kerja-kerja pejabat gamaknya. Wah sungguh efficent kan.. Syukur Alhamdullilah.. 

Actually aku nak cerita pasal satu port baru lunch  kitaorang yg ohsem ni.. kitaorang dah try dua tiga kali dah? nampaknya serasi.hehhehe Ianya berkonsepkan Jonker Street... so ada la signage jalan seperti Jonker street , Jonker Walk, Goldsmith Street , dan lain-lain lagi jalan yang ada kat situ. Hari ini pulak baru kitaorang perasan ada mural yang diprint dan ditampal dibahagian belakang food Court ni.. So memandangkan orang tak berapa nak ramai kitaorang mengambil kesempatan  untuk berposing , wahhh sepakat gitu lagipun makanan yg diorder  tak sampai lagi so apalagi posing time! hehhehehe

Di sini terdapat beberapa stall yang menjual makanan HALAL.. Satu bahagian menjual chinese food , thai food , western food dan stall ala-ala kedai kopi.. (ada jual telur separuh masak dan roti bakar pada waktu tengahari tau), stall sushi dan beberapa stall lain.    Screen besar juga jelas kelihatan disatu ruang yang memaparkan drama serta movie yg hebat-hebat untuk tontonan pengunjung ..tapi aku tak berapa pasti sgt la betui ka ada tayang movie, aku ni pakai dok hentam ja.. kikiki 
Lagipun aku ni bukan jenis yang suka tengok tv...,, selalunya aku tengok sekali imbas je. kikiki :p Ada sekali tu dia tayang perlawanan bola.. Ain punya la excited dok depan screen tu., so waktu tu baru aku sedar akan kehadiran screen besaq tu.. Pengunjung juga bole duduk di kerusi antik yang disediakan disitu sambil menonton.  Kerusi nya pun nampak unik wokay .. Aku suka!

Ni gambaq fyda dengan aksinya bermain bola.. Terror ker Pn Fyda kita ni main bola.. kih kih kih tapi takpa aku paham hang eksen ja.

Alolololo lari ke Pn Ila oiii..  macam comey je... macam kiut je... bluekkkk


" Adik!  kan mummy dah cakap jangan ikut.. dah balik.. " hehehhehe kengkonon jela.. hehehe


Posing lak kat simpang jalan Temple Street . Sila abaikan muka debab aku na.. Still masih mencari solution utk mengempiskannya.. hahahhaaha (padahal memang dah demuks pun , asyik dok bedal coklat hari-hari ) kikiki

Belakang fyda tu stall Chinese Food..  Anw muka fyda memang tak bole blah.. Lapaq la tu.. Sabaq na fyda...

Food packaging tuk Food Paradise

Cer teka aku minum ayaq  apa? ;)

Yeahhhh makanan dah sampai .  Aku order Grilled Chicken ngan BBQ souce... Padahal mula-mula sebelum sampai aku dah berangan nak makan yang light-light je macam  soto ker, roti bakar ker... sekali bila dan sampai lancar je mulut ni order yang lain.. Ni la namanya nafsu... ! huaaaaa

Ni grilled Chicken with Brown Sauce oleh fyda. RM 8.90  sahaja . 


Chicken Chop with blackpepper sauce. ???? yang ni Dak ila yang order. RM 8.90 sahaja je.. Murah dan sedap! 


Kat Jonker Street la pulokkk... kikiki

Settle makan kitaorang pergi kat area Little Jonker  . Tapi takde la sehebat Jonker Street Asal tapi bagi aku okaylaahhhh Anw aku sempatlah menshoppingkan diri. So sempatlah aku beli USB cabel tuk phone aku. Harganya pun  bole tahan  murah.

Beli apa Pn Ila Ooooöiiitttt .. Nak tambah koleksi sticker ker? hehehheeh


Posing peace dari  Little Jonker.. auwwww..


Baru aku pasan dah lama kitaorang tak keluar bertiga.. Syok gak.. hehehehhe . Yang pasti lepas makan dak Ila terus tak bole jalan... biasa la ular lidi. Ngantuk je memanjang.. 

Ni la Food Paradise.. sebuah  Food Court yang terdapat di tingkat 3 Dataran Pahlawan...  ala kalo korang tau GSC Cinema Dataran Pahlawan kat tingkat 5 tu, confirm korang food court ni kat mana.. tapi yang ni kat tingkat 3.. so senangla..korang nak pi kan

Actually kat sini pembelian makanan dan minuman bole dibayar  menggunakan wang cash atau menggunakan member kad Food Paradise. Harga card RM 3.. tapi buat kali pertama korang kena topup sekurang-kurangnya RM15... so bila korang datang nak makan lagi.. just topup je berapa yang korang nak.. Apa kelebihan kad ni.. ? Ala dapat la diskaun 5% pada setiap pembelian.  Ada gak yang tanya kalo setakat sekali ja mai, pas tu tak mai lagi , duit bole refund ker... ? Bole.. Pergi ke kat kuanter beli kad tu dan mohon untuk refund balik.. Insya Allah settle..!

okaylah tu je yang nak citer hari ini..  so jgn lupa pulak try makan kat sini pulak ye..

Sekian Wassallam

You May Also Like

2 Comments