XPDC Gunung Kinabalu : Part 2

by - January 09, 2014

Assallamualaikum..

Day 1st : 20 Disember 2013

Check in di KLIA jam 7.30 pagi  ( Flight kul 8.00 pagi)  dan kami selamat sampai di Airport Kota Kinabalu, Sabah dalam  11.00 pagi dengan menaiki penerbangan MAS. Disitu kami telah dinanti dengan bas comel . Bas comel itulah yang menemani kami sepanjang kami berada di Sabah.. Kemudian kami dibawa ke satu Shopping Mall (Nama shopping Malla aku lupa, aku pakai terjah je. Actually aku dah tak beli apa pun hanya.. ooopssss sensored la pulak, biarlah hanya Mazlina je yang tau.. Kan Maz kan..?!! . Masa yang diberikan hanya 1 jam sahaja.Tu pun dah kira lama nau sebab tak tau nak beli apa, almaklum la semua dah cukup. Ini bertujuan untuk para peserta  membeli kelengkapan pendakian yang masih tidak mencukupi selain pembelian makanan minuman  untuk pendakian keesokkan harinya. Settle shopping kami dibawa ke tempat makan la pulok.. Almaklumla perut udah keroncong.. Aku makan bee hoon sup dan air suam je.. Almaklum la aku ni sibuk la nak jaga badan takut esok tak bole panjat sebab lebih muatan.. muaamuaauaaaa... 

Perjalanan dari kami berakhir arini di Kinabalu Park lebih kurang jam 4.30 petang. Huaaaa.... Perjalanan yang cukup panjang dan amat memenatkan .Yelah kitaorang dah standby dari airport sejak pukul 2.30 pagi lagi... Huaaaa letihhh woooo... ditambah pula dengan cuaca yang tak berapa baik pada hari ni. (Hujan) . Selepas urusan pendaftaran selesai kami semua ditempatkan dibilik masing-masing. So cantik tak bilik kitaorang? hehehehe


Aku satu bilik ngan Maz.. Bilik kami ada 2 bilik tidur ( Bilik pertama : Ada  dua katil single dan Bilik Kedua : Ada katil double decker ) so we choose bilik pertama la.... yang bilik satu lagi kitaorang biarkan kosong tapi kitaorang songlap dia punya bantal... hahahhhaha : Gelak ala-ala jin mata satu daaa )  Selain tu ada living room yang selesa dan small kitchen.. So amatlah okay untuk satu malam kami disini. Kalo bermalam-malam takyah habaq la bertambah-tambah lagilah hokay.. hahahahahaha 

Malam pertama kami disajikan dengan taklimat santai pendakian di Balsam Buffet Restaurant disertakan acara mengisi perit.. Isi perut lagi? hahahahaha. Malam tu kitaorang takde la makan banyak sangat pun...sebab debaran nak panjat gunung kinabalu kian terasa . Jantung dah berdegup pantas wokay! Takut bak hang.. Perjalanan dari bilik kitaorang ke Restaurant tu lebih kurang 10 minit la... rasa macam tak jauh tapi bila berjalan kaki tanpa lampu jalan dan dalam keadaan hujan..memang terasa jauh. Anggap aje itu sebagai satu excersice ..kununnya la..hahahahaha


Balsam Buffet Restaurant


Day 2 : 21 Disember 2013 

Hari ini perjalanan bermula.. Seawal 6.30 pagi (waktu ni hari dh terang benderang mcm kul 8 pagi)  semua bag harus ada depan  bilik masing-masing sebab van akan mengangkut semua beg-beg tu ke kaunter hotel.. seterusnya pengasingan beg akan dibuat.. trolley bag akan disimpan dalam stor dan backpack besar akan ditimbang untuk bayaran dan  dibawa oleh porter.. (Bayaran Porter : RM 13 bagi satu kilo)...




So bila semua settle urusan beg ,  aktiviti bergambar pun bermula memandang waktu pagi ni Gunung Kinabalu amat jelas kelihatan dari jauh la ... almaklumla kabus belum menyelubungi puncak gunung.. So bila waktu menjangkau jam  9.30 pagi puncak kinabalu dah tak nampak.. sob sob sob..

Kemudian kami diberi taklimat oleh Mr Willi.. Alahai keciknya orangnya.. hahaha cute gitu! Tapi garang .. takut makk.. Willi ditemani oleh 3 org lain guide.. sorang pompuan dan dua lelaki lain tak termasuk Willi.. Banyak jugak don't and must do bila kitaorang mendaki. Tak bole berhenti lebih dari 5 minit.. kalo berhenti pun kena gerakkan badan  takut kaki crem.. dan banyak lg la. Bagi yang berpenyakit pulak amat tidak digalakkan untuk mendaki , takut perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Sebab sekiranya terjadi apa-apa kos/upah untuk membawa peserta yang sakit  tu adalah RM 350 setiap satu kilometer. So sapa nak jawab..Habaq mai kat cek sat..

9.30 PAGI

Pendakian pun bermula.. Ni pun dah  kira lambat sebab bas yg disewa lambat muncul.. huhuhu.. Cuak jugak kitaorang sebab kitaorang harus berada di Laban Rata before 3.30 petang.. Puncanya takut hujan lebat dan gelap, nanti menyusahkan pendaki jugakkan ?

 Puncak Gunung Kinabalu yang masih jelas kelihatan.


Lunch Set. Ada Sandwich 1 set , satu biji epal dan 1 botol air mineral (500 ml)...tapi macam tak cukup je kan... hahahhaaha Actually dalam beg kitaorang dah penuh dengan  snack..hahahahaha so tak payah risau ( ada Coklat M&M, Coki-coki, pisang satu sikat, asam, gula-gula, roti dan 1 botol mineral 500 ml (tak yah bawak botol air besaq-besaq sangat sebab ada air gunung yang bole diminum di pondok-pondok rehat sepanjang pendakian). Lunch set ni digalakkan dimakan sewaktu tiba di check point Layang-Layang. Tapi kalo dah lapaq hampa bedal je la naa..kikiki


 Cuaca amat baik waktu ni so kita posing dulu. Posing di peta pendakian . Habis peta kitaorang block..hahhahahaha

Kasut-kasut inilah yang bakal menjayakan pendakian ini. Berjaya atau tidak 30 % bergantung pada kasut ini. Yang lain semua bergantung kepada stamina, semangat dan juga doa. Insya Allah.


 Bergambar bersama Muzium Kedah dan Muzium Negeri Sembilan sebahagian je la.


Inilah tag peserta yang wajib dipakai sewaktu pendakian . Ada nama , Tarikh mula pendakian dan nombor ID . So tak boleh hilang! sebab tag inilah yang menjadi identiti kita sewaktu pendakian dan memudahkan Guide untuk mengenal pasti kita didalam kumpulan yang mana sekiranya ada perkara yang tak diingini berlaku. Ia juga menjadi rekod untuk pendaftaran di Check point Sayak Sayak keesokkan harinya. Kang tak dapat sijil pulak..buat penat je mendaki..kan?


Bergambar dengan semua peserta. Muzium Negeri Kedah , Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Negeri Melaka.

Timpohon Gate

Di Timpohon kitaorg harus tandatangan satu form menandakan kami akan mendaki..  Dah sign kitaorang mula mendaki , Bila tengok trekkk .. hah?! pengsan! curamm.. permulaan je dah banyak tangga kayu... licin .. lopak2 hujan semalam pun banyak...hehheheehe.. takdelah curam sangat pun..tu statement gediks, masih ada landai laaa...saja je nak test korang. takut tak? kikiki cuma  kitaorang kena more carefull, tinggalan air hujan semalam masih banyak berbaki.


 Muka cuak dan takut sorang-sorang. Paling takut aku la.. tapi bila amik gambar semua harus disorokkan barulah best!

 Pendaftaran sebelum pendakian bermula.


  Bermula.. Bismillahirohhmanirrohim... 

 Carson Fall... Cantik!

Trek 0.5 meter pertama...

2.5 kilometer.. hujan renyai2.. 3 kilometer hujan lebat... Hanya tangga kayu dan anak-anak batu je yang muncul didepan mata aku.  Aku dah mula nak kejang . Sejuk dah mula menggigit badan , hujan lebat dah mula menyinari alam.. Aku hampir kalah dengan sejuk.. sebab aku kan darah sejuk.. hampir je lah..hehheheehe Nasib baik mak aku pesan suh bawak minyak panas dan bam buah pala banyak-banyak.. Syukur Alhamdulliah amat berguna. I kan old style wokay.. so i tak pakai yoko yoko ni pun..kah kah kah..sungguh poyos bunyinya kan?


Yeahhh hujan kami basah kuyup! eh tak la... kan ada baju hujan pink tu.. hehheehehe.. Waktu ni kami berhenti rehat sat. Makan snack  kat  Check point Layang-Layang disamping  meringankan bebanan beg aku.. Untuk pendakian kali ini .. Syukur Alhamdullilah pergerakkan kitaorang sentiasa dlm satu team.. Respect korang!

Eh rasa macam dah panjang lak entry ni...so BERSAMBUNG la pada next entry lah ye...Wassallam..


You May Also Like

5 Comments

  1. Kak ju... U mmg terbaek.... Rindu Saat2 kat sana.best kan? X mungkin dpt dilupakan

    ReplyDelete
  2. Kak ju... U mmg terbaek.... Rindu Saat2 kat sana.best kan? X mungkin dpt dilupakan

    ReplyDelete
  3. hehhehehehe.. TQ Maz.... Maz pun sama gak.. Pemberi semangat yang terbaik pernah kak jue jumpa... yupp kak jue pun dah rasa rindu gak dengan moment2 kat sana. The best lah!...

    ReplyDelete
  4. Terbaek la korang semua....teruska semangat dalam bekerja jugak.. Tahniah setinggi puncak Kinabalu...😊

    ReplyDelete