Travelog : Makassar (Part 1)

by - October 23, 2014

Assallamualaikum...

Fuhhh lama gilos nak amik masa untuk menaip entry ni..hehhehehehe So berkat semangat yang kuat akhirnya aku berjaya jugak menaip entry ni ..kikikiki (poyos je statement kan ..hhehhee) . Mulanya agak malas aku  nak ikut serta trip ke Makassar ni , memandangkan aku baru je balik dari Bandung.. tapi diatas sebab-sebab tertentu aku pun turut serta lah jugak (hadoiii ayat macam terpaksa je kan..hehhee ) . cehhh orang ajak berjalan pun tak nak..over tau!

Trip Makassar Indonesia selama5 hari 4 malam bermula 22 -26 Oktober 2014 ni adalah anjuran Persatuan Sahabat Muzium Melaka. Perjalanan seawal jam 7.00 pagi dihadapan Muzium Rakyat menggunakan bus JKM . Masa yang diambil , takdelah lama sebab ada terus tunggu di KLIA2 .


Semua yang ikut serta otai-otai belaka. 
Aku ni sekadar dipinggiran gitu, tu yang berbelah bahagi. 
Hehehhee (drama sungguh tau mummy ni!)


Kami tiba di KLIA 2 lebih kurang jam 11.00 pagi, agak awal bukan memandangkan flight kitaorang berlepas jam 1.40 tengahari, so masa yang ada ni kami gunakan untuk makan dan jalan-jalan cuci mata dulu tapi tunggu! kitaorang check in luggage la dulu la kan... So kenalah beratur la kat kaunter. huh panjang siut! Settle je aku terus ke food court.. agak confius nak ke food court KLIA2 ni sebab kena turun naik tangga dan escalator... almaklum la ni kali ke dua aku mai KLIA2 ni, tak sempat nak tawaf abis..huhuhu


Lepak kejap dengan YDP Persatuan Sahabat Muzium Melaka
sementara tunggu flight tiba.
Perjalanan ke Makassar mengambil masa lebih kurang empat jam.... sesampainya  kitaorang di Sultan Hasanuddin International Airport kitaorang telah disambut oleh Tour Guide Makassar bersama assistantnya. Seterusnya kitaorang terus bertolak ke Losari Beach memandangkan cuaca hari makin gelap walaupun jam baru menunjukkan baru pukul 6 petang. Rasanya macam tak sempat je nak tengok sunset kat Losari Beach tu... huhuhu. Benar tekaan ku memang tak sempat pun memandangkan perjalanan dari airport pun mengambil hampir 45 minit. So hanya aktiviti jalan-jalan dan solat maghrib di Masjid Amirul Mikminim, Masjid Terapung Losari Beach  selepas tu sempatlah kitaorang mencari simcard  dan pisang epe sebagai pembuka aktiviti bagi hari pertama di Makassar. Kat Losari Beach ni memang banyak peniaga yang menjual pisang epe, so aku tak melepaskan peluang mencubanya... Seriously memang tidak memenuhi citarasa aku. Pisang yang dipanggang dan dituangkan kuahnya yang merupakan air gula .  Tu tekak aku, tak tau la pulak tekak korang ..hehehe Tapi bagi masih tak bole lawan dengan pisang goreng cheese yang aku makan kat Tanjung Pinang memang terbaekkk!

Pisang Epe Makassar (Sumber Gambar Mr Google)

Pisang Goreng Cheese Tanjung Pinang yang win tu ( fuhh siap upload  gambaq lagi kasi jelas ..hahhahaha) 

Satu jam di Losari Beach kami terus ke destinasi seterusnya... makan! lagiiiiii..hhehehe Kitaorang menikmati dinner kami di Ratu Gurih  , Seafood Market and Resto. Oh lupa nak habaq makanan kat sini semuanya berasaskan ikan almaklumla Makassar ni memang dikelilingi oleh laut so macam-macam la hidangan berasaskan ikan...  Tapi bila perut dah lapaq, kami hentam sajalahh ..lagipun aku pun bukan yang jenis cerewet sangat bab makan ..hahhaah kununnya :P 

 Menu ini malam.. korang tengok yang ketul-ketul tu, mati-mati aku ingat ayam, ciss sekali ikan...perghhh aku tertipu ! Yang berkuah tu pulak aku ingat tom yam tapi rupanya sup isi ikan... macam-macam menu ikan!

Ratu Gurih Seafood Market and Resto.

Settle makan kitaorang terus ke  Fave Hotel Makassar tibalah masa untuk kitaorang berehat.,  almaklumla badan pun dah berlogas, hehhhee ...... Hotel ni serba Pink hokay  ! I like... 

Pink Oh! Pink

Deco pun pink hokay! jgn jeles.. nyenyak tidurnya.  Ni untuk malam pertama je , untuk esok malam next entry ya, jeng jeng jeng.. Info lanjut pasal hotel ni bole klik kat SINI ....

Wassallam..

You May Also Like

2 Comments

  1. Bestnya mummy....jeles lah sebab mummy dah sampai kat pantai losari....Diana teringin sangat nak pergi....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe bab berjalan memang best pun.. Letak la kat mana pun.. :P

      Aaa memang ada bergambaq kat Losari tapi mummy nak amik pis sunset tak dapat.. Sob sob sob.. Dan amik kat Tanah Beru je.. Rasa macam nak pi balik je.. Hehee :)

      Delete