Abah
Assallamualaikum...
Tiba-tiba rasa sedih pulak tgk citer "Harus Berpisah " ni.. Lakonan Ogy (isteri) sebagai Cikgu Yon dan juga Nasir bilal Khan (suami) sebagai Guru Besar Atan. Suami Isteri yang cukup romantik, tapi bila suaminya disahkan sakit alzhaimer( lupa ingatan) segalanya mula berubah . Cikgu Atan mula lupa akan isterinya, anak2nya dan juga orang disekeliling. Tapi anak2 dan isterinya tak pernah berganjak walau sejengkal untuk menjaganya. Banyak cabaran yang harus dihadapi isteri dan anak2nya sehingga keakhir hayatnya. Apalagi makin banyaklah habuk masuk mata aku.
..... Tiba-tiba teringat pulak dekat abah... Waktu abah sakit aritu.. Aku mandikan abah, suapkan abah makan sedangkan airmata ni laju menitis tiada tertahan. Abah kata awat along menangis, abah sihat lagi okay sambil mengeluarkan bait-bait kata lucu supaya aku tak sedih. Abah.. abah! Seperti biasalah tak pernah lekang dengan lawak jenaka. Abah kurus sangat waktu tu.. 1st time aku tengok abah macam tu.. Seumur hidup aku tau! Tengok abah lemah dan terlantar diatas katil , tak pernah terlintas untuk aku gambarkan. Pilu! Sedih! Sedangkan abah seorang yang amat kuat dan tak pernah kenal erti kalah. Terutamanya untuk mengapai cita-citanya yang setinggi langit. Aku sedar aku bukanlah anak yang terbaik untuk memenuhi impiannya ... Aku bukan secekal abah, baru je diuji .. Aku dah hampir tersungkur.. Aku tak sekuat abah, aku tak secekal abah, aku bukan anak yang bijak seperti anak orang lain seperti yang abah impikan, anak bukan seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti impian abah. Tapi aku ada sebuah janji yang menjadi impian aku untuk abah.. Insya Allah akan ku simpan janji tu untuk abah.. Wahai abah along doakan abah terus sihat , kuat dan terus hebat dalam meneruskan cita-cita untuk dunia dan akhirat.. Amin. Moga dengan lanjut satu lagi angka dihari lahir abah ni, segalanya akan jadi success! Bersama isteri yang tercinta iaitu mama.
Wassallam..
0 Comments