Menarik di 1 MCAT 2015 & Art Bazaar
Assallamualaikum...
Festival pelancongan Seni Kontemporari (1 MCAT ) yang ke enam ni pasti menjadi pengalaman berharga buat semua pencinta seni. Pengunjung akan menikmati aktiviti meraikan seni, pameran -pameran seni dan produk pelancongan di seluruh Malaysia . Persembahan seni melalui kepelbagaian media dan teknik dalam warna warni kemeriahan budaya rakyat Malaysia.
1 MCAT 2015 & Art Bazaar
Tarikh Art Bazaar :
16-18 Oktober 2015
Tarikh Pameran Lukisan :
16 Oktober - 16 November 2015
Masa:
9.00 pagi-6.00 petang
Lokasi :
Balai Seni Lukis
Sepanjang Art Baazar 1MCAT ni berlansung pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan termasuklah pameran lukisan yang mempamerkan lukisan-lukisan dari pelukis-pelukis tersohor seluruh Malaysia. Dari Melaka je dah mempamerkan 7 orang pelukis tak termasuk lagi dari negeri-negeri yang lain. Lukisan -lukisan ini akan dipamerkan bermula 16 oktober sehingga 16 November 2015.
Selain itu juga terdapat jualan untuk Art Produk & craft sale, Food truck fiesta, Pasar Karat. Car Boot Sale, Art Book Sale, Buskers, Bikers lepak santai, Art Bengkel dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang telah diaturkan. ( 16 oktober sehingga 18 Oktober 2015)
Art Bazaar Booth yang terdapat di perkarangan Balai Seni Lukis.
Azeera bersama seorang pelukis yang pernah membuat pameran di Melaka iaitu Pn. Fauziah.
Pelukis lukisan atas batu.
Batu-batu yang telah dilukis.
Art Craft / Pillow , dolls and Tee Pee. Comey je.. Macam nak beli satu tapi dah terlupa lak.. Hehehe
Naif Art. Lukisan yang penuh warna warni. Menariknya tentang lukisan ni.. Lukisan ini akan akan diwarnakan dahulu backgroundnya kemudian barulah dilukis keatasnya. Cukup menarik! Aku memang suka lukisan fancy-fancy ni meriah sangat.
Durian atas t-shirt. Hahahhaa. Unik. Normally t-shirt akan dicorak menggunakan block secara teknik silk screen tak pun heat press tapi ini tidak .. By hand je hokay... Memang menarik...
Ada Ikan, ada buah durian, tembikai, rambutan.. Tak lupa gak bendera Malaysia.
Aku snap lukisan ni untuk rujukan Hero kecik sebenarnya tapi eksen pulak dia. Hish! Ni lukisan otemen menentang raksasa.. Saja nak jadikan sumber inspirasi tuk Adam.. Tapi Adam kata kita lukis lagi cantiklaa.. Eee gerammm nya!
Ni Car boot Sale. Booth yang aku paling geram. Aku geram van kombi tu sebenarnya yang dah lama menjadi idaman aku. Antik gitu. Aku selalu berangan nak colorkan kombi tu nanti warna pink., mesti cantik kan .. Pastu g travel satu Malaysia... Alaaa berangan kan free.. Kombi tu je yang tak free.. Hahahaha :p
Ni satu lagi tv antik ...Aku tengah dok aim je rumah sapa yang ada aku nak rembat.. Tapi tak jumpa lak.. Dulu umah tok ada tapi ntah mana pak cik aku buang ker, simpan ker.. Cari-cari tak jumpa.
Car Boot ni pun style jugak..
Tepat kul 4.00 petang , semalam ( sabtu) rasmilaj sudah Majlis Perasmian 1MCAT 2015... Aku pun datang atas tugas rasmi sebenarnya tapi sambil-sambil tu menyelam minum air lah jugak.. Hehhee . Kebanyakkan yang hadir tergolong dari golongan VVIP, artist, , Duta-duta dan juga peminat koleksi tegar lukisan.
Semua pelukis di Seluruh Malaysia bergambar kenangan.
Rozainol. Pelukis dari Melaka yang tak asing lagi .. Kali ni lukisan yang dipaparkan bertajuk selfie. Memaparkan wajah beliau dan doodle berbentuk wajah beliau dari kecil sehingga kini disamping wajah-wajah orang-orang yang berada disekeliling beliau. Jangan tak tau bos aku punya muka pun ada. Hehehehe
Lawatan ke ruang pameran. Sesak!
Acara yang ditunggu-tunggu. Posing! Bergambar bersama sebahagian pelukis dari Melaka. Hebat-hebat lukisan dorang ni.
Bersama Dato' Mahadzir Lokman, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Sempoi je orangnya..
Pelukis dan Penulis lirik terkenal S.Amin Sahab . Kalau yang kenal tu kenal la.. Tapi yang aku baru tau , beliaulah penulis lirik lagu artis peberet aku Fauziah Latiff tu.. Teratai layu di tasik madu. Beliau juga kini sedang menyiapkan lukisan sepanjang 1km. Sekarang hanya tinggal 100 meter je lagi nak siap. Aku dah kenal En. Amin ni sejak pameran keris dulu lagi. Almaklum la beliau juga seorang pengumpul keris .
Posing aku dan Zeera buat kali terakhir kat BSLN. Harap-harap tahun depan nama aku naik lagi tuk event ni. Aku memang peminat tuk event-event art macam ni. Best woo.. Tengok kreativiti -kreativiti orang lain ni.. Bak kata orang jadikan ianya sebagai sumber inspirasi gitu... Hhehehe
Wassallam. Thanks for reading!
57 Comments
Wah, kat Malaysia nie banyak insan seni yang sangat kreatif yer... rambang mata tengok apa yang dipamerkan ^-^
ReplyDeleteAaa memang ramai org kreatif kat sekeliling kita sebenarnya.. Antara tahu ngan tak tahu je..
DeleteAa memang rambang mata, rasa macam nak angkut je semua bawak balik.. Hehhee
kannn ... kretif semuanya, terpegun tengok :)
Deletekreatifkann..mummy suka!
DeleteRuginya tak sekreatif depa, kalau tidak boleh jual hasil karya pada Mummy ^-^
DeleteHahahahaha.. Bole train lagi tu Zumal... Nanti mummy pi borong karya Zumal k.. :D
Deletebalai seni lukis kl kemana ni mummy? mcm meriah jeer ;p
ReplyDeleteKe Balai Seni Lukis la... Atas urusan keje sebenarnya.. So tumpang sekaki la meronda kat situ.. Hehehe
Deletegi lah wak, wak kan rajin memenda gini
DeleteWak rajin buat liputan.. he he he...
Deletehahahahaha...
DeleteOrang seni nie bagi lah apa pun , diorang boleh buat .
ReplyDeleteKannn... Semua bole buat, tapi bila angin mai ka, idea tak dak ka.. Suh apa ka, dia buat dek je.. Hehehe :P
DeleteWow, b'gambo ngan mahadzir lokman le suara dia mmg best...;-)
ReplyDeleteWaweeee..! Heheheee.. Kann mummy pun suka dengaq sora dia.. Sodap! Lagipun dia tak sombong.. Mummy siap ajak dia posing kat situ relax je ngikut.. Ehehhehe :)
Deletecomelnya batu-batu tu dilukis.. memang penuh kesenian.. ;)
ReplyDeleteKannn... Mummy pon geram tengok ..rasa mcm nak beli semua.. Hehehhe :)
DeleteSaya berkenan tengok minions & owls. Cantik dan comelll!
Deletetu baru owl ngan minion.. belum lagi tengok panda.lagi gerammm!
Deletealaa art Bazar dah tamat tempoh...meriah..pesal jauh sgt jika x leh la terjah
ReplyDeleteAaa JM 3 hari je.. Kali ni nampak lg meriah dr tahun yg lepas! Tu la mummy pun pi atas urusan keje kalo tak susah gak nak pi.. Hehehe :)
Deletejauh apa nyee Jay Emm... Ahaksss...
DeleteTraffic light byk dr putrajaya ke BSLN tu.. Sebab tu jauh.. Hehehe
Deletejauh tau...nak ke Bangunan SAPURA Sri Kembangan pun JM boleh sesat huhuhuh
DeleteAdehhh obersea tak sesat dalam Malaysia leh sesat.. hahahah so gunalah Waze.. memudahkan perjalanan anda...hahhahaa #iklankejap
Deletelukisan adam lagi cantik eh...ahakss..adam adam!
ReplyDeleteBudak perasan tu memang... ! Eeee
Deletemummy dan pink berpisah tiada...tu ha...JM nampak bagpack pink tu!!!
ReplyDeleteHahahahaa... Tanpa pink hidupku pudar tak bercahaya ... So wajib ada pink! :))
DeleteApabila dua wanita pink berbicara...
DeleteHaip skodeng ea.. Babab kang!
Deletehanya pink lady sahaja memahami kan mummy kan!
DeleteYa betui! SS sila jeles..hehehe :P
Deletewah hebatlah Mummy ni jeles kaknoor, beekenan kat batu tu lah cantikkk
ReplyDeleteTang mana yg hebat tu kak Nor.. Hebat berposing je kot.. Hahaaha :p
DeleteAaa yg kat lukis kat batu tu memang cantek mummy pun berkenan .. Tp bila beli, jenuh dok pikiaq nak letak kat mana.. So cancel je la.. Heheh
wow..bestnya dapat layan hasil seni mereka..
ReplyDeletehehhehehe... best! tahun depan bole la pi, layan artwork dorang..
Deletecantik-cantik lah kak..kalau saya pun suka tengok..power giler lukis atas batu, atas T-shirt.saya lukis atas pasir pun x lepas..haha
ReplyDeletekannnn..memang geram sungguh. atas batu tu memang terror . hahahahhaaa xpe Sal dah bole praktis g kelas melukis la lepas ni..hehehe
DeleteKagum betul tengok orang yang ada talent lukis melukis ni! Yang atas t shirt tu, nampak simple je gambar buah-buah,..tapi cantik bangatttt!
ReplyDeletekann kalo farah tgk waktu dia buat lagilahh..macam senang je main campak2 color.. tup tup dah jadi ngan cantek sekali.
Deleteseronoknya kalau dapat pergi ... baca blog ni pun dah rasa seronok, inikan pula kalau pergi sendiri kan :)
ReplyDeletekannn.... hehehhee takpe tahun depan ada lagi.bole pi
Deletehopefully dapat pergi yang tahun depan punya :)
DeleteInsya Allah.. Amin
DeleteAdusss... van kombi tuuu..... van kombi tuuuuu... Nakkkkkkk!
ReplyDeletewowww ada geng minat kombi.. bestkan kombi! nanti dapat mummy nak colorkan warna pink.. wahhh mesti menawankan..hehehe :P
DeleteLagu2 S.Amin Sahab memang menusuk kalbu ku...
ReplyDeletekannn... sib baik SS kenal, kalo tanya budak2 la ni, hampehh sorang pun tak kenal.Nyirap je.
DeleteDedulu kalu Muzik2... S.Amin Sahab sesaja naik atas pentas...
DeleteNi lah mummy jarang tengok TV . Apa pun tak tau... Hehehee
Deletesyoknya mummy dapat p tengok pameran seni...
ReplyDeleteMemang syok Cik Ash.. Sungguh menyelerakan mata yang memandang.. ;)
DeleteMeriahnya..lama takpergi sne...syok kot tgk lukisan...i like!
ReplyDeleteaaa memang meriah. Penuh warna warni.. Pi la jenguk UA. Insya Allah kenyang mata.. :D
DeleteAlaaaa.... dah lepas ke...
ReplyDeleteKt melaka je ke?
Dia x nk dtg putrajaya ke...
Huhuhu
aaa dah terlepas tggu next year ea... Ni kat Balai Seni Lukis Negara sebelah Istana Budaya..
DeleteAla Putrajaya ngan KL tu tak jauh mana pun..hehhehe :P