Pengalaman Pertama Menderma Darah
Assallamualaikum...
Ish rasa malu pulak nak cerita. Hahaha.. Umur dah setengah abad, ni la baru 1st time mummy berkesempatan menderma darah.. Bukan baru berkesempatan.. Peluang selalu ada je depan mata... Tapi desakan diri untuk menderma tu masih tak kuat kununnya.. Almaklum dulu banyak penyakit bergayut kan badan ditambah pula dengan takut bila tengok jarum besaq gedabak tu. Hahaha macam budak kecik!
Ntah bagaimana selepas perhimpunan pagi kat office semalam, kebetulan pulak ada taklimat ringkas mengenai fysiotheraphy.. Yang lebih banyak berhubung kait pasal ligemen kat badan ni. So kira banyaklah part yang terkena kat batang hidung.. Hamik hang rasa macam nak bernanah telinga dengar doktor pakar terangkan itu dan ini... Lasak lagi. Padan muka! Mummy ni kan jenis manusia yang suka paksa diri even tak mampu nak buat.. Sampai la berjaya! so badanlah memamg merasalah impaknya.. Perkataan yang lebih sesuai "degil" lah kan.. Sapa sama perangai dengan mummy baik mengaku cepat. Hahaha :p
Selepas taklimat ada pulak pemeriksaan kesihatan.. Check kolestrol, BMI, darah tinggi dan juga kandungan dalam darah. Hah?! Nak tau result.. Semua ok ye.. Tapi ..?! Obesiti..! Huaaaa.. Gara-gara tak cukup tinggi. Ish ish ish kena bergayut lebih ni. Sadis sungguh... Hahaha :p
Jom derma darah!
Mummy dan pom pom gurl mummy..hehehe
Ketaq weiii.. Waktu ni belum amik darah lagi..so kita posing dulu..
So tibalah masa untuk derma darah.. Rasa macam nak derma tapi takut so mintak mak encek (Fyda) tolong teman sambil menjadi pom pom gurl tuk mummy . Macehh mak encek. Mak encek takleh nak menderma sebab baru lepas operation bersalin lima bulan yang lepas ditambah pula ada hepitetis keturunan keluarga ( ntah betui ker idak spellingnya.. Hentam je la labu). Apalagi setelah isi form bagai... Mula la step by step mengikut prosedur yang dibuat..
- Isi form tentang semua data diri dan juga sejarah kesihatan dan dapat buku merah (buku rekod tuk setiap kali amik darah)
- Check jenis darah
- Re-confirm balik semua data tentang tiada penyakit lain yang merbahaya dan juga pastikan tidak melakukan sebarang hubungan kelamin dengan pasangan yang baru berkahwin dalam tempoh kurang dari setahun .
- Operasi ambil darah pun bermula. Mula-mula takut juga nak ambil darah ni, almaklum darah mummy ni kategori jenis cepat beku.. So memang takutlah.. Nasib baik semua berjalan lancar. Heheehe
- Siap! 1 beg.. Yes! Akhirnya mummy berjaya melawan ketakutan. Ala bukan sakit mana pun.. Macam gigit semut je pun. Hahaha eksyenlahh pulak :p
- Kemudian mummy diberikan air 100 plus limited edition CNY, roti dan juga air milo O' dan diminta tuk berehat dengan secukupnya, memang berehat sungguh la jawabnya sampai tertido-tido. hahahaa
Buku merah bukan tuk travel tau.. Buku merah untuk darah!..hahahahaa
Setengah jam lepas tu.. Mummy mula rasa mengigil yang amat, rasa macam nak pitam dan letih tahap gaban! Kenapa mummy jadi macam ni?
- Sebab mummy tak breakfast.. Hanya minum air suam + lemon je.. ( rutin)
- Tipu kata larat padahal perut dah keroncong gara-gara nak proses derma darah tu berlaku dalam tempoh yang cepat dan pantas! Padan muka mummy lah! Hahahaha :p so lepas ni kalau korang nak derma sila pastikan perut tu penuh hokay..
- Mummy tido kurang dari 5 jam.. ( pukul 1 pagi - 4pagi) gara-gara ada kerja -kerja yang perlu disettlekan segera.. So sila pastikan korang kena cukup tido sekurang-kurangnya 5 jam. Jangan jadi macam mummy membohong je kejenya..hahahaa :P
Pic : Muka orang yang lepas derma darah, nak bukak mata pun tak larat. hadoii parah sungguh!
Kesimpulannya derma darah ni ok je.. Takdelahh sakit mana pun. Macam kena gigit semut je pun. So mendermalah dari sekarang sebab mungkin ramai yang kat luar sana amat memerlukan darah kita yang cukup berharga ni tuk meneruskan hidup. Ni pun kira amal jariah la jugak kan.. Nak menderma macam Pak Arab 2.6 billion tu tak mampu. Derma darah je la yang mummy mampu..
Thanks for reading! Wassallam.
32 Comments
Zumal belum pernah derma darah. Hehe ^-^
ReplyDeleteAla mummy pun baru 1st time .hehehe Apalagi lepas ni silalahh menderma kalau sihat ye..hehhehee
Deletesangat seronok...
ReplyDeletederma darah..
nieyl dah berkali² dah :)
Seronok Nieyl..? Biaq betui.. Wahh baguih betul la.. Mummy ni sampai arini letih sbb derma darah smlm..hehehhe
Deletederma darah ni bagus
ReplyDeleteKannn... :)
DeleteSS derma darah kat nyamuk kire rock tak mummy? keh keh keh...
ReplyDeleteMestilah rock! Tapi rock sikit je la ikut saiz nyamuk.. Hahaha :p
DeleteSijil tu boleh buat masuk dalam resume tak mummy? he he he...
ReplyDeleteMestilah masukkan sekali .. Mahai tu sijil ..
Deletetakut kena cucuk...huhuhuhu...
ReplyDeletesebab tu sampai skrg sy belum ada kekuatan nak derma darah...hehehehe
Sama la ngan mummy.. takut kene cucuk dan takut jarum..
DeleteTapi pejam mata je.. pastu , ehh dah habis derma dah.. hehehhe
Joget lah mummy... apa kes rock... tak pink lah camtu
ReplyDeleteSesekali kena rock kalo bab derma darah ni.. Kalau pink mau mummy nangis tgk jarum tu.. Hehhee :)
DeleteMummy... obesiti?
ReplyDeleteKalau mummy obesiti... sy ni gergasi lh kot... hu hi ho ha
kalau huda gergasi...kak yan apa pulak..huhuhu
Deleteketaq lutut dengar jarum..huhu
DeleteHahahah hadoii korang.. Jenuh mummy dok gelak guling-guling.. :p
Deleteokeh mummy ! lepas ni buku merah jangan lupa bawa ye.. kikiki
ReplyDeleteHahahhaa :p kalo buku merah pasport tu syok la bawak.. Buku merah ni bawak selalu mau nangis selalu mummy jawabnya.. Hahhaaha :p
Deleteberebut nak derma darah dulu.. pantang nampak..
ReplyDeletesampailah disahkan menghidap penyakit ni.. terus tak derma dah.. *buat teruk*
Tudiaaa sampai berebut bagai.. Sakit apa? Moga cepat sembuh ye.. Amin
Deletetak takut jarum eh mummy ... memang rock lah :)
ReplyDeleteTakut zie oiii.. Jenuh dok ketaq lutut.. Sambil pejam mata. Hahahaaa :p
Deletehahaha sampai pejam mata tu ... mesti nurse tu hairan, mummy takut jarum tapi berani nak derma darah :)
Deletetak boleh derma darah..sebab underweight.pastu low BP.teringin jugak, sebab ada member cakap pas derma darah dia gain weight..entah ye entah tidak
ReplyDeleteawat? ooo tak cukup berat.. haii untunglah badan tak cukup berat bukan mcm mummy terlebih berat..hahahahaa .. tp rugi takleh derma darah..hahahha :P
Deletemula-mula je rasa kuat makan.. pastu back to normal.. heheh :D
Deletetak pernah derma darah... hihihi
ReplyDeletesila sila kan lahh... hhehhee
Deletetakleh laaa Mummy.. i is kenot la Mummy.. heehe..
ReplyDeleteawat u is kenot..? tapi takpe yg penting dah ada pun okay..heheh :)
Delete