Picnic Time | Pantai Tanjung Puteri Melaka

by - April 06, 2016

Assallamualaikum....Muah ciked!

Dapat tidur beratapkan awan  biru dan berlantaikan bumi..... wahh nyaman seyhhh.. hahhahaa saja nak dok perangat korang menikmati keindahan alam semulajadi .. hehhehe Sebab? aritu mummy bawak hero-hero picnic kat tepi pantai.. Lokasi " Dekat je " kat Pantai Puteri Klebang Melaka.. situ jelah port mummy dan hero-hero kalo dah bosan breakfast beratapkan bumbung dan beralaskan carpet merah yang gebu gebas tu... nak nak musim El-Nino ni.. hehehe panas weii duduk umah.. Mummy ni kalo penat je mulalah berangin .. ada je tak kena.. Sampai hero kecik merungut.. mummy ni , itu tak bole .. ini tak bole.. hahhahaa.. nasib la korang dapat mummy cerewet lagu ni.. kikiki :p


Seawal 8 .00 pagi kitaorang dah standby siap-siapkan apa yang perlu. Yang penting bakul pink untuk letak breakfast  dilupa jangan.. mau nangis guling -guling mummy nanti kang.. hahhaha #macam budak-budak.. So kedai depan umah jadi mangsa.. berbekalkan  kuih karipap 6 keping, mee goreng  , mee hoo goreng dan beberapa menu tambahan seperti ayam dan hot dog goreng siap kitaorang tapau..!  ( Tu pun nak citer.. lorat la mummy ni) Apalagi sesampai je , kitaorang pun bersila ditepi pantai sambil menghirup udara yang nyaman gitewww... hehehheehe . Tapi jangan lupa la bentang tikor.. Nanti  ketam gigit buntut hampa tu kang baru padan muka ....hahhhaa #gelak jahat :P

Sebenarnya pagi tu mummy tak sempat nak masak.. almaklum la tido kul 3 pagi padahal dalam kepala ni macam-macam listing nak masak pagi tu.. tapi hampehhh!! hahhahaha.. Takpe sabtu ahad minggu depan masih ada lagi , tu pun kalo umurku panjang.. hehe Sebenarnya nak buat picnic tepi pantai ni senang je.. 

Antara yang perlu ada:-

  1. Tikar / alas tuk duduk
  2. Bekal makan ( nak lagi happening korang buatlah bbq, mummy tak kuasa nak buat.. hahaha dasar pemalaih) 
  3. Baju mandi 
  4. Dan juga duit nak beli ice cream roti atau ice cream kon.. hahhaha ( ni pun masuk listing tau.. yelahh dah bawak budak-budak, tekaknya harus dijaga...)
  5. Kamera, phone ( nak rakam moment best pastu update kat blog/ instagram / facebook.. kikiki) 

Tu je pun.. senangkann.. 

Apalagi moh lerr kita layan gambo anak beranak yang suka sengeh sokmo ni.. hehhehe
Mummy sedang melayan jiwa sementara menanti hero-hero selesai mandi laut. So mulalah posing layan perasaan..hahhahaa Nasib baik ada pokok-pokok yang cantek tepi ni tuk dijadikan background mummy..hehhee 

Hasil tangkapan berendam hero kecik dan hero besaq.. 
Excited hero-hero melihat jumpaan seperti ini, ni baru jumpa siput ngan anak ketam belum lagi jumpa jaws.. hahahah :P 

Aksi dan keletah hero-hero mandi , habis tunggang terbalik dorang mandi, mummy tak mandi..sejukkkkkkkkk.... so jadi tukang snap gambo je la.hehehe :D

Suasana pantai pagi tu.. Ramai jugak family yang datang melepak aritu..
Yelah dah namanya cuti hujung minggu kann...

Meh la layan gambo Pantai Tanjung Puteri Klebang. Mummy pilih yang dekat-dekat je ngan toilet senang dorang nak salin baju. Masuk bilik air awam tuk mandi RM 1.00 dikenakan seorang.


Kelihatan dua anak duyong sedang berenang di tepi pantai. Mula-mula takut especially hero kecik sebab kalo mandi pantai kan pasir tu akan menarik kita ke tengah so dia memang takutlah. Mandi pun kejap je.. tu belum komplen lagi sebab terpijak siput dan anak-anak ketam. Tulah biasa lagi mandi kat swimming pool. Kali ni kita buli dia mandi pantai pulak. hahahahah

Ku cari- cari... ku gali-gali ku.... jumpa ini..
lagiiiiii...  hehehe

Lompat jangan tak lompat. Aksi wajib bila mandi tepi pantai.hhehee
Nanti dorang dah besaq mummy nak compile semua pic lompat dorang..hehhehe :D



Settle mandi dan salin baju kitaorang lepak je kat tempat yang disediakan , hanya perlu bentangkan  alas tikar je. Tikar ni dah lama beli , saiz pun kecik je .. yelah waktu dulu semua saiz kecik-kecik , bila dah besaq saiz pun boleh tahan besaq lah jugak.. nampak gayanya kena beli lain la tikaq yang lain besaq bersesuaian dengan saiz memasing.. hehhehe

Kat tepi pantai ni jugak akan kelihatan motor-motor yang menjual ice -cream. Palagi lajulah hero kecik mencukaikan mummynya... Ice Cream kon ni harga RM 1.00 satu. kalo nak lagi heaven belilah Ice Cream Roti kenyang sikit. Tapi memandangkan kitaorang baru lepas breakfast ni je yang mampu di terima perut. 



Sambil makan ice cream .. sambil posing. Hero kecik siap baring-baring manja lagi. Dua-dua ni nampak je brutal.. tapi dalam hati ada taman.. Tak kira lah hero besaq atau hero kecik. Abang tu romantik sikit especially bila apa yang diminta kita bagi. Kejapan dia akan cium pipi kita on the spot macam aritu kat Tesco. Hadoii dah  la besaq sama mummy, mau lagi 2, 3 , 4, 5 tahun lagi orang kata dia anak ikan mummy.. Matilamakkkkk...hahahahaha :P

Sekian cerita hujung minggu mummy.. Seronok buat aktiviti macam ni, terutama mak pak yang senantiasa sibuk dengan keje. Waktu nilah peluang tuk kita lepak ngan anak-anak.. Bila lagikan nak buat macam ni kan... Selagi kita masih bernyawa ni, kita tinggalkanlah kenangan-kenangan indah tuk dorang.. Supaya dorang akan ingat kita sampai bila-bila. Insya Allah . Amin. :D

Thanks for reading ! Wassallam..

You May Also Like

21 Comments

  1. Kecut tgn tu cover sikit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahhaa... nampak aje mak ni tau.. tu la lain kali kena edit pakai 360 bg flawless ciked..hehhee :D

      Delete
  2. Bersih je nampak pantainya..baru best nk kelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa Pantai ni masih bersih lagi.. nak mandi pun syokkk... :D nanti mai Melaka jgn lupa berkelah kat sini na..

      Delete
    2. sgt bersih.
      aida lalu lalang aje sini.
      lom pernah peknik.

      Delete
  3. best la mummy, tak payah gi krabi pun takpe..hehe.serius, picnic ni kalau ngan family memang lagi havoc

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala Krabi pun mummy nak pi.. picnic pun mummy nak jugak.. hahahah dasar tamak haloba..kikiki :P

      Delete
    2. opismet baru balik holiday kat krabi.
      aduhai. memang kena pergi krabi.
      giler cantik and best tgk gambo dia kat fb.

      Delete
  4. Cantiknya pemandangan kat sana... lamanya tak berpicnic...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaa Cantekk Zumal... sila-sila la berpicnic.. Kat Perlis kan banyak pantai siap bole makan laksa lagi.. hheheh :D

      Delete
    2. Pantai kat Perlis semua pantai berlumpur tak sesuai untuk mandi manda. Hehe ^^

      Delete
    3. lorrr macam tu kena pergi Kuala Perlis- Langkawi.. pastu mandi kat Cenang.. Amacam ok ? hehehe

      Delete
  5. lama dah kak ana tak mandi manda laut, last pi kelebang ritu tengok muzium kapal selam :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tu Kak Ana.. Muzium Kapal Selam la ni pun tengah tutup untuk renovation.. Takpe dah siap nanti bole return balik ke Muzium Kapal Selam dan ada satu lg produk baru kat situ.. sambil2 tu bole pi Pantai sekali..hehhe :D

      Delete
    2. tutup???!!!
      aida x pernah gi muzium kapal selam tu hu hu hu...

      Delete
  6. bestnya...dah lama tak piknik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cest Siti.. Nanti pi la picnic bila free na.. hehe :D

      Delete
  7. nmpk cantik sgt pemandangan laut tu mummy,seronok la budak2 tu mandi laut
    hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa.. memang cantek especially time pagi.. Sekali sekala mandi pantai memang syok.. tp kalo selalu-selalu mau hitam legam dibuatnya..hehehe :P

      Delete
  8. cantiknya permandangan bila boleh pergi jalan rumah kakak ekin kat melaka ni hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak ekin dok melaka?
      dtg melaka roger aida ekk.
      kita peknik sini saing :)

      Delete