Sedapnya Nasi Arab kat Hadramawt Palace Restoran Melaka

by - April 29, 2016

Assallamualaikum....

Sapa suka makan nasi arab? angkat tangan cepat! hehehehehe. Mummy dan hero-hero memang suka makan nasi arab especially hero kecik. Bole bertambah-tambah kalau dia makan . Padahal nasi arab punya posion kalau yang small tu bole makan dua orang tapi ni tak.. dia sorang pun bole habis... see the badan la..hahahhaa :P

Sorrylah entry kali ni takde muka hero-hero sebab semua dah bad mood sebab dah mengantuk, lagipun mummy ni jarang keluar makan malam kat luar melainkan dengan family. So semua tak nak amik gambar.. dah kenyang masuk kete terus tidur.. adoiii... manalah tak kembang. 

Restaurant  Hadramawt Palace ni sememangnya terkenal dengan hidangan tradisonal dari Yemen dan Lubnan.. Malahan tukang masak kat restoran ni sendiri pun berasal daripada sana. Takde langsung orang kita kat kitchen dorang. Master Chef dia pun dari Eygpt . Lain semua dari Yemen, so tak heran la kalo makanan yang dihidangkan asli  dari sana rasanya.

Lokasi 

Hadramawt Palace Restaurant
No.15, Jalan PN BB2, 
Pusat Niaga Bukit Baru,
Mukim Bukit Baru , Seksyen IV
75150 Melaka

Waktu Operasi
11.00 pagi -11.00 malam
( Tutup : Hari Raya Puasa / Hari Raya Haji sahaja /
Hari pertama puasa )

Tel No
 06-2866662
011-40444144 ( Reserve Line)
016-642 6776 ( En Hisham-Manager)


Mula-mula meh kita tengok menu apa yang best kat sini. Nampak menarik je . Ni kali pertama makan kat sini tau. Jom kita tengok apa menu best...

Mestilah Nasi Arab Mandy yang jadi pilihan. Memang sedap! Ni medium saiz harga pun tak mahal RM25.00 satu pinggan besar ni. Kalau yang smal RM 13.00 , besar RM 40.00..Mummy makan kongsi 4 orang. Hero kecik dan besaq serta Farah dan juga mummy.

Mr.Chicken tido mengiring. Letih gamaknya kot.. :P

Ayam tido mengiring ni..bak kata Hero Besaq " Lembut gilosss!" So sedaplahh tu kan...

Yang ni pulak Mandy Lamb  . Small RM 22 , Medium RM 39, Large RM 65.

Lamb Kebab RM 16.00

Fasha Sanda.. ehh bukan la , Fahsa RM 17.00

Bar tender dia. Style Arab gitewww... Colorfull!


Geng makan malam tu. Tengok siap bawak botol air isi Susu Coklat lagi hero kecik.
Last-last tak sempat nak tido dah terbongkang kekenyangan.hehehe :P

Waktu mummy and the geng datang , restaurant ni dah penuh dengan orang ramai  so kalau nak datang mummy suggestkan korang booking meja dulu kalau nak datang. Especially pada  waktu malam takut lama je nak menunggu .. 


Roti apa tah.. sedap gak.. 

Lepas makan wajib la ada buah-buahan kan. Tembikai susu tu manis gilos. Jarang pulak jumpa yang manis gilos macam ni.Yummy!

Ada lagi... Teh dan Teh o sebagai pencuci mulut. Cawan dia kecik je  .
Sama macam chinese style bezanya ada pemegang dan takde pemegang.


Muka kenyang masing-masing.. 

Dewan untuk majlis -majlis tertentu seperti Majlis Perkahwinan, Hari Jadi dan pelbagai lagi. Ianya boleh memuatkan lebih kurang 300-500 orang tetamu dalam satu-satu masa. Tak silap mummy harga paling rendah lebih kurang RM 29.00 satu kepala untuk majlis perkahwinan.. Semua disediakan termasuk pelamin , pengantin hanya perlu bawak badan  yang dah siap berhias sahaja.

Selain itu juga restaurant ni ada menyediakan buffet Ramadhan tak lama lagi. Tapi kena booking dulu tau. No telefon mummy dah letak kat atas. :D


Berangan kejap jadi MC walaupun takde talent. 
Asal jadi MC je cakap mengalah Bullet Train laju dia..hahaha :p so posing pun jadilah.



Posing bersama orang-orang kuat Hadramawt Palace Melaka. Memang terbaekk!

Thanks for reading! Wassallam..

Note : Autopublish 29/4/2016  I 10.00 AM

You May Also Like

20 Comments

  1. Assalamualaikum Mummy..Same ngan Ain la, Ain pun suka nasi Arab..(",)..

    Betul tu Mummy, kalau yang small size pun boleh makan sampai 2 orang..sebab banyak gilos potion die kan..Memang puas hati..

    Kalau dekat Kuantan, Ain selalu pergi dekat Nasi Arab Dallah and Nasi Arab Zam Zam..Sedap pun sedap..Roti tu nampak sedap kan..kering jer..

    Perghhhh lapar pulak kita Mummy pagi-pagi tengok makanan tu..♥ Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waslm.. Yeahhh kita geng la Ain.. Sedapkan makan nasi arab.

      Portion nasi arab memang banyak.. sekali makan tersandar kekenyangan kan

      Apalagi jom nasi arab.. hehehe :)

      Delete
  2. wowww...sedapnya makanan situ, tengok chicken posing baek punya..haha terus nak pi cari nasi arab lagi..baru pekena beberapa hari lepas. Macam best ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaha tu namanya chicken cekci.. Tulaah baru tgk PCL punya blog.. ada nasi arab tuu..,

      Jom pekena lagi.. hehehe :)

      Delete
  3. hamboi mengiurkan betul . I jarang sikit makan nasi arab ni sebab macam 'kering' sikit kan. tapi sekali sekala layan jugak tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy pun mula2 macam Mommy Cici jugak.. tapi bila dh makan .. perghhh marvellous.. terus jadi peberet. hehehee :)

      Delete
  4. Bukit Baru .. Okeh ! Rindu dengar nama tu...

    Mummy ayam tidoq tu memang nampak lembut.. aisey ! meleleh lak ayaq lioq ni.. tolng lap kan boleh ? ngeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa kat Bukit Baru. Blok bangunan baru tu.. hehehee hamboii rindu nama tempat je ker? hehehe

      palagi jom pekena nasi arab.. hehehe :)

      Delete
  5. Bilalah nak dapat terjah restaurant ni, selalu duk dengar citer orang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Zumal .. sekali mai Melaka kena round semua tempat.. baru best! makan best , tempat jenjalan pun best.. hehehe :)

      Delete
  6. Sedapnya nampakk T.T

    p/s: kalau rajin singgah lah http://husnawho.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Husna.. Yum yum..

      Thanks for visit my blog. Nanti mummy pi ronda k

      Delete
  7. Mummy... ayyak... sedappppnya....

    ReplyDelete
  8. Mumy pernah try nasik arab kat restoran saba tak?

    Nk ty - mn best ngan hadramawt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala tak pernah rasa .. tak pasti pulak Saba kat Melaka ada ker tak so takleh compare..

      Peberet mummy Dima Restaurant dan yg ni sbb cara dia masak ori ikut arab.. tu yg marvellous tu..!

      Delete
  9. Nasi arabbbbb,...time2 ni terus terliur!
    Sapa cantik manis yang dok jadi MC tu? Nak kenai buleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaamakkk.. meh sini mummy lap! kikiki :p

      bole bole bole sgt! tapi siap pengeras tau., pulut kuning ngan ayam hitam satu dulang tau., hahahha :p

      Delete
  10. my feveret place jugak :)
    few times da ke sini...
    alhamdulillah emak abah pun suka.

    ReplyDelete