Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK ! 2016 ( Siri 1) dan Pelancaran Peraduan Selfie & Menang

by - August 22, 2016

Assallamualaikum..

13 Ogos yang lepas telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK ! bagi tahun 2016. Majlis ini telah diadakan di Wisma OK, Halal Hub Serkam Melaka. Sehubungan itu sempatlah mummy menghadirkan diri bagi melihat penyampaian hadiah tersebut. Mana tau satu hari nanti mummy pulak datang untuk mengambil hadiah. Amin. Syok tau tengok orang amik hadiah..Ok berangan jappp....


Dihadapan Bangunan Wisma OK yang tersergam indah


Mummy dihadapan bangunan  Wisma OK di Halal Hub Serkam Melaka


Mummy dan Kak Zura

Peraduan Mini Bonanza OK! 2016 telah berlangsung dari 1 Februari hingga 30 Jun 2016. Sepanjang tempoh peraduan tersebut, pihak OK telah menerima ribuan penyertaan sehingga ramai yang menyertainya secara berulang-ulang kali. Peraduan ini diadakan bagi tujuan untuk menghargai para pengguna setia produk Teh Herba Orang Kampung yang mempunyai tiga perisa iaitu, Teh herba Original, Teh Herba Limau dan juga Teh Herba Halia. Peraduan yang dikhususkan pada ketiga-tiga produk ini telah berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 200%. Selain itu juga pihak OK dapat mengumpulkan testimoni dan komen-komen membina dari pengguna setia produk ini.


Antara hadiah yang disampaikan iaitu Laptop DELL


Hadiah berupa Televisyen Panasonic

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK! 2016 ini akan diadakan sebanyak 3 siri dimana ini adalah siri yang pertama. Setiap siri akan mempunyai kejutan atau informasi yang akan disampaikan.  OK Group berbesar hati kerana sokongan dari pengguna sejak dari 30 tahun yang lepas tidak pernah mengecewakan. Pihak OK juga berjanji akan menjaga kualiti dan keberkesanannya sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik kepada para pengguna produk OK.

Pada kali ini, terdapat 8 pemenang akan menerima hadiah yang berupa TV LED Panasonic 32’ dan Laptop jenama Dell 15’. Kesemua hadiah ini disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah Siri pertama. Untuk siri kedua kami akan mengumumkan 8 pemenang yang bertuah yang akan memenangi hadiah berupa Jam Tangan Fossil dan Samsung Galaxy Tab 7’. Pihak OK juga berharap semua akan sentiasa berpuas hati dan meneruskan menggunakan produk kami.


Disamping Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK, Pihak OK juga telah melancarkan Peraduan Selfie  & Menang Bersama Kapsul Kacip Fatimah.


Apa yang perlu dilakukan ?

1. Beli Produk Kacip Fatimah

2. Selfie Bersama Produk Kacip Fatimah bersama bukti pembelian (Resit)

3. Postkan gambar anda di FACEBOOK dengan hashtag
#SelfieKacipFatimahOk
#KapsulKacipFatimahOk
#LVKacipFatimah

Peraduan ini bermula pada 15 Ogos 2016 dan
 tamat pada  15 Ogos 2016


Beli produk ni ok.. Kacip Fatimah Orang Kampung. Jangan lupa selfie dan menang! Hadiahnya merupakan sebuah Beg LV ( Louis Vuition ) .. Best woo!

Thanks for reading! Wassallam..

You May Also Like

8 Comments

  1. nampak cam lengang dlm gamob tu..ada chance nak menang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo dalam gamboo tu, hanya pemenang je dtg. Orang luar takde.. hehhe

      Delete
  2. Beg LV tu..konpen geng pompuan yg ramai masuk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. macam saja nak fokuskan pada pompuan.. Lagipun selfie ngan Kapsul kacip fatimah tu.. kikiki ada ker lelaki rela berselfie.. hahaha

      Delete
  3. ala ingat mummy yang menang tadi dah teruja nak baca huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah kalo mummy yg menang.. sudah ku buat beg tu jadi bantal. hehehe

      Delete
  4. selepas ni semakin slim la mummy

    ReplyDelete
  5. Siri ke dua- pemenang bila nak umum? adakah semua pemenang- suratnya dah hantar?

    ReplyDelete