Resepi Biskut Famous Amor yang sedap dan mudah

by - August 24, 2016

Assallamualaikum..

Mummy dan hero-hero ni memang hantu biskut. So mesti kena ada biskut kat rumah tak kisahlah biskut chipsmore ker.. Oreo ker.. mesti ada. Kalau tak bila petang menjelma asyik kena cukai je ngan hero-hero. So nak lebih mudah mummy buat je biskut Famous Amor untuk stok kat rumah. Save sikit budget. Banyak pun banyak. Makan pun puas. kannnn...

Biskut Famous Amor 

Bahan A
250gm butter
100gm gula perang 
( kalau tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula ni)
100gm gula castor
(Pukul pakai tangan je..senang! )

Bahan B
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanila
Sedikit butter oil bagi menaikkan aroma

Bahan C
350gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat

Bahan D
250gm Butter Scocth Chip
100 gm Walnut yang telah dibakar dan dicincang 

Gaul sebati bahan A , selepas tu  masukkan  bahan B...
Kemudian campurkan  dan gaul rata  bahan C dan D


Cubit-cubit adunan tu jadi macam ni. Tak perlu besar-besar sangat saiznya sebab ianya akan membesar dari saiz yang asal.

Masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 1 jam atau pun dua jam. Bagi keras sikit dan mudah bila nak dicubit-cubit nanti. Mummy bakar dalam 30 minit pada suhu 170c.. (Bergantung pada jenis oven..) Sebab oven mummy lambat sikit nak dapat effect kekuningan tu..eh macam photoshop pulak.. hehehhe.. 

Ok biskut mummy dah siap! Jom makan.. 
Apalagi nanti korang cuba la buat biskut ni. Senang je pun.

Thanks for Reading! Wassallam


You May Also Like

21 Comments

  1. nanti I balik Melaka nak claim biskut ni boleh =p ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah bole. Tapi sebulan awal tau.. hehehe :)

      Delete
  2. Replies
    1. Dah habis kena ngap! hehhe Nak lagu mai la sini

      Delete
  3. Puas hati buat biskut sendiri macam ni. Banyak sikit boleh kunyah2 kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memang puas hati sgt.. kalo beli bole kira berapa ketui tapi dah makan puluh ringgit. Buat sendiri puas hati nak makan banyak mana. hehehe

      Delete
  4. oo lebih kurang je resepi dia yer.. nnti ada masa nak try la pulak guna resepi ni.. thanks sharing... :)

    ReplyDelete
  5. wah mummy dh bertukar jadi chef skrg

    ReplyDelete
  6. amboiii kemain lg. Sedap nya! nk sikit la mummmyy.Huhuhu tq share resepi. Blh kita tryyy =)

    ReplyDelete
  7. Sayangnya i x pandai baking laaaaa...kena suh adik i buat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy pun tak reti.. cuba2 je mana yg mampu.. hehe

      Delete
  8. pos sikit mummy.. hahaha. nmpk sedap dh lama nk buat tp tak reti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.. Dah tinggal balang je Nina.. hehhee

      Delete
  9. Aida tgk jer la kak.
    nak buat ntah bila thn.
    oven baru lom dpt beli.
    bajet asyik lari aje hu hu...

    ReplyDelete