Ubat batuk? Mujarab atau tidak?
Assallamualaikum..
Didalam keadaan cuaca yang tak menentu , kejap hujan .. kejap panas , memang ramai yang jatuh sakit kan . Dan tak terlepas hero kecik yang dah hampir seminggu demam dan batuk. Dimulai dengan cirit birit , demam dan kini batuk yang teruk. Memang kelam kabutlah sikit mummy dalam seminggu dua ni. Contohnya aritu sampai masuk lambat ke opis disebabkan oleh berjaga hingga lewat malam. Tak pasal-pasal semua bangun lambat! fuhhh cobaaaaannnn! Yang untungnya hero besar la , terpaksa ponteng. Suka betul dia.. padahal mummynya risau takut dia ketinggalam dalam pelajaran. Tapi apakan daya dah nasib badan. Bertabahlah..
Disini mummy sharekan beberapa panduan untuk kita bersama. Moga bermanfaat dan mampu jadi rujukan bersama. Mummy sharekan sebab hero kecik tak nak makan ubat batuk walaupun keadaan makin teruk. Terpaksa perah lemon ngan madu untuk redakan batuk dia. Sesekali mummy sapukan Bam Buah Pala Jeruk Pak Ali didada. Bagi lega! Syukur susut sikit..
Cara nak bagi budak batuk teruk yang tak nak makan ubat , mummy kasi ni. Lemon campurakan dengan madu , kemudian mummy masukkan ke dalam secawan air panas.
Batuk dan selsema
Batuk merupakan satu masalah biasa bagi kanak-kanak . Kebiasaannya batuk ini disebabkan oleh jangkitan salur pernafasan seperti demam selsema.
Kanak-kanak kecil secara amnya akan mendapat selsema antara 6-12 kali setahun yang berpunca daripada jangkitan virus.
Demam selsema juga boleh sembuh sendiri. Ubat hanya untuk simptom sakit bukan untuk mengubati demam selsema.
Walaupun terdapat tanggapan bahawa ubat batuk & selsema adalah selamat dan berkesan.. anggapan ini adalah salah. Tiada bukti yang boleh menunjukkan ubat ini sebenarnya membantu dalam melegakan simptom penyakit . Terutamanya bagi kanak-kanak bawah dari 6 tahun.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya anak saya kerap batuk?
Jika anak anda kelihatan sihat , kemungkinan besar batuk ini tidak disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius.
Sekiranya anda risau bawa anak untuk pemeriksaan doktor.
Asap rokok juga boleh menyebabkan batuk menjadi lebih teruk . Jadi elakkan anak anda dari terdedah kepada asap rokok.
Adakah Ubat Batuk berkesan?
Ubat batuk tidak berkesan untuk mengubati batuk kanak-kanak. Kajian yang ditunjukkan sebenarnya ubat batuk membawa mudarat terutamanya kanak-kanak kecil dibawah usia 2 tahun. Walau bagaimanapun masih tiada bukti sahih atas kenyataan diatas ni.
Adakah batuk disebabkan oleh Asma?
Kanak-kanak yang mengalami batuk pada waktu malam mungkin menghidap asma. Kebiasaaanya asma dalam kanak-kanak akan menunjukkan simptom yang lain seperti nafas bising dan susah untuk bernafas. Malahan kanak-kanak yang mempunyai masalah asma juga akan mempunyai masalah alahan dan ekzema kulit. Untuk maklumat lanjut pasal ni kena jumpa doktor la.. sebab dia akan memberikan penerangan yang lebih terperinci.
Bila saya perlu bawa anak saya pergi berjumpa doktor?
Bawa anak berjumpa doktor jika anak menunjukkan tanda tidak sihat (demam panas tinggi , kurang makan/minum , kencing berkurangan dan juga sukar bernafas.
Apa yang saya perlu risau sekiranya batuk berterusan untuk beberapa minggu?
NOTA PENTING
- Batuk adalah masalah yang sangat biasa untuk kanak-kanak
- Kebanyakan kanak-kanak mengalami batuk dan selsema 6-12 kali setahun.
- Kebanyakan kes batuk selsema tidak memerlukan sebarang ubat termasuk antibiotik.
- Ubat selsema tidak dibuktikan membantu tetapi mungkin memberi kesan mudarat kepada kanak-kanak.
Sumber : Jabatan Farmasi Hospital Port Dickson Negeri Sembilan -2014
Thanks for Reading! Wassallam
10 Comments
nice info mummy..moga mummy dan anak-anak cepat sembuh
ReplyDeleteThanks Ema. Insya Allah. Amin
DeleteInfo yang sangat bermanfaat... rasanya ramai yang tak sedar tentang pemberian ubat batuk dan selsema ini sebenarnyer tak perlu pun...
ReplyDeleteYelah kadang2 keadaan sekeliling yg membuatkan anak2 batuk.. Pastu ubat batuk tu kalau diambil tanpa pengawasan org dewasa pun lg bahaya jugak.. ishhh
DeleteSemoga hero cepat sembuh.. Dan nice tips!
ReplyDeleteInsya Allah. Mudah mudahan. Tq!
Deletenice info tp tulah bdn mmg jenis cepat sakit kalau cuaca berubah. huhu
ReplyDeleteanak mummy dh baik ke tu?
Aaa sama la ngan mummy. Tapi sejak amik a few vitamin dah ok sikit ..
DeleteSakit dia on offf.. kena balik Klinik dan terpaksa amik darah. Sib baik takde apa2. just kena amik antibiotik je
Tq for sharing ni.
ReplyDeleteaida da lama x beli ubat batuk.
anak2 pun alhamdulillah sihat.
aida amalkan jus kurma utk diorang.
cegah sebelum parah...
Pergh..mummy skrg skrg bkn yg dulu..skrg dh rajin hapdet
ReplyDelete