Halal Food di Zhuhai China

by - September 21, 2016

Assallamualaikum..

Tetiba tekak ni terasa rindu nak makan Mee Tarik waktu kat Zhuhai China aritu.. Hish ngidam apa ni ? kikiki :p  Walaupun kat sini ada, tak mungkin sama macam kat sana kan. Orangnya, persekitarannya, how they display the menu, cara dorang serve kita kann kann.. Tak caya mummy cakap.. apakata korang pi sana dulu.hehhee :P
Sepanjang waktu mummy disana, hanya restauran ini lah yang menjadi port rasmi mummy and team. Nak makan kat hotel hanya mampu telan roti dan bubur je. Kalau kat bilik pulak Maggi, oat , sambal kering Ikan Bilis .. hah! Tu jelah.. Menu ni je telah membuatkan berat mummy turun mendadak tau... jangan tak percaya hokay . Tapi tu aritu la.. sekarang lak naik mendadak-dadak.. keh keh keh :p

Dihadapan hotel yang mummy duduk ni terdapat satu kedai Halal Food milik Cina Muslim. So situ jelah port kitaorang makan. Mula-mula memang la rasa pelik sikit tapi lama-lama kena pulak ngan tekak mummy walaupun kawan-kawan yang lain dah tak boleh telan... Waktu mummy pergi tu cuaca dia memang sejuk waluapun memang tak kan ada salji kat sana , so sup memang menjadi pilihan mummy lah..  Nak tengok rupa dia.. jeng jeng jeng
Ni lah rupanya Mee Tarik.  Yang uniknya Mee Sup ada Telur Goreng. Nampak pelik kan.. tapi bila makan dengan cili flakes tu.. yummm...
Suasana dalam restaurant. Nak order makan tunjuk je menu kat dinding tu. Nak sebut tak reti apatah lagi membacanya.hahahaa Order ikut instict je..bole giteww
Ni Nasi Goreng dia.. Mummy tak pernah order sebab mummy tak berapa suka makan nasi yang berasnya comel-comel lagu ni..hahhaaha Demand!! Cuit-cuit kawan-kawan punya je.. heheh
Cara MeeTarik dibuat. Mengintai dari jendela kedai. hehee

Ni lah geng-geng yang ikut serta ke Zhuhai aritu
Ni Mee Tarik ala-ala Tom Yam.. 

Posing ngan Owner kedai bersama dengan pelayan-pelayannya sekali. 

Free style!

Restaurant HALAL ni depan hotel mummy je.. Lintas jalan sikit dah jumpa kedai. Sebenarnya banyak lagi menu ada kat sini macam Satay Kambing yang super duper sedap tu! Tapi mummy tak amik gambo sebab makan dengan bos. Kang dia kata makanan pun kau nak amik gamboo. Padahal dia tak tau.. salah satu tanggungjawab blogger ni kena amik gambo.. Kalau tak takdelah bahan nak tempek kat blog. Malahan dengan gambar-gambar ni lah yang dapat membantu rakan-rakan / pembaca yang lain mencari maklumat tentang sesuatu menu, lokasi dan sebagainya. Tak giteww..  Harga tak tercacat sebab semuaya dibelanja orang. Mummy tau ngap je! hahaha...:P Ehh! Lupa lak nak cakap Terima Kasih buat yang sudi belanja versi Blog. Nanti ada masa belanjalah lagi.. hahhaa :P :P

Thanks For Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

You May Also Like

42 Comments

  1. hi hi hi.

    tetiba sekeliling saya ramai berkisahkan tentang CHINA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Musim melawat China kot.. :p

      Delete
    2. masuk blog Mak ckp pasal Visa China...datang blog mummy pun sebut asal China gak..nanti masuk JM ada gak cite China ni..tggu!!

      Delete
    3. Hehe amboi JM taulah visa dh lulus..jeles ai

      Delete
    4. hahhaa.. meh la kita ke China secara berjemaah pulak ye...hehehe :D

      Delete
  2. Replies
    1. hahahhahaa.. 100 listing tu.. Tgh fikir nak tulis apa .. Sabaq na.. Hold sampai birthday mummy boleh tak? hahaha :p

      Delete
  3. nasib ada yang halalkan kalau tak jenuh nak makan maggi memanjang kat negara orang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah sib baik ada yg halal. Aaa ramai jugak kengkawan yg takleh telan food ni.. tapi mummy hentam je.. kalo tak Jenuh la nak makan maggi hari2 kan..hehehe

      Delete
  4. telan ailio tgk mee + telur goreng tu..bestnya makan mee tarik kt China..authentic je rasa + environment..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa lain dari yg lain.. Kalo kat sini mau demand je memanjang kalau makanan tu pelik2.. hehhee..

      Delete
    2. Bagus bagus nanti blh pi lagi

      Delete
    3. Hamboii ada hati nak pi lagi., Tapi nak pi ngan Jabatan lain pulak la.. hahaha :p

      Delete
  5. Uuu.. telur goreng ek dalam mi?
    MAcam sedap la mi tarik tu mummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa Kak Long. Pelik kan.. Rasa lain dr yg lain la sikit..

      Delete
  6. Mi sup ada telur tu nmpk mcmx boleh pi..klu yg tom yam tu nmpk selera jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa mula2 mummy pun rasa yg sama. Tp bila dah makan.Ok.takdelah teruk mana pun.hehhee:D

      Delete
  7. Sedap kali itu mie tarik ala tomyam nya, enak kalo di makan saat ujan berjatuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa sedap... ! Panas2 dan bila waktu hujan.. yummms!

      Delete
  8. sedapnyaaa mummy tak payah dh ke china kalau nk makan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak payah ke China.. ? Kat sini ada ker Nina..?

      Delete
  9. Mummy..bila ke Zhuhai ni..tak tahu pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan 3 aritu la JM.. dah lama. Ni entry berbaki je.. Ciss tak jenguk blog mummy lerrr tu..

      Delete
  10. mee tarik di China portion sgt byk leh mkn share

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy takleh share.. Kuat makan lapooo..hahaha :P

      Delete
  11. kedai mkn kat sana x sediakan air kan..bwklah mineral sendiri ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 mummy dtg ada sediakan air..kadang2 takde. Dia bagi Teh panas je.. Takde gula. hhehe

      Delete
  12. Sedapnya! Rindu makanan halal kat China. Masa pergi Guilin dulu yaya pernah cuba mee tarik diorang ya Allah sedap gila makan dengan chili flakes

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa dap Yaya..! Tulah Mee Tarik tu kalo makan ngan Chili Flakes erm.. memang terbaekkk arrr..! :D

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. aduhh mummy sedapnyaaaa terliur melihatnyaa.
    follow mummy #92 follow back and keep in touch ye mummy :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank You! Sedap.. yum yum!

      Ok nanti mummy balas ronda na.. :)

      Delete
  15. Mee tarikkkk... Mu tunggu aku cekik... ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamvoii.. nak g china lagi lerrr tu.. Nak itut!!

      Delete
  16. mummy da ke china... best nyer.
    mcm comel jer nasi goreng tu. cantik. colorful. cute!
    aida ni kalu gi, mesti order nasi goreng comel tu mummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa pi atas urusan keje je.. Tak jalan sangat pun.. hehhe :)

      Aa Nasi goreng dia comel-comelkan.. hehee

      Delete
  17. tak sediakan air?
    oic.... kalu aida gi bwk anak2 bertiga ni, alamat nyer berbotol ler air mineral kena beli.
    diorang kalu makan, air bergelen2 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi kena mintak.. Teh panas tanpa gula.. tapi kalo tak nak ada je jual air mineral , coke dll.. order dan bayar je.. hehhe :)

      Delete
  18. nasi dia kecik2 la... nampak sedap sangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaha.. Kalo mummy tak suka kecik2 tak kenyang.. hahhaa :p

      Delete