Apa itu Hypertyroidsim?
Assallamualaikum...
Lately ni selalu je tak sedap badan... Bukan tu aje, ramai pulak ramai yang tegur badan jatuh dengan banyaknya termasuk jiran-jiran kat rumah. Mula-mula.. happylah..! Dah kurus, mau tak suka.. Takyah penat-penat aku panjat gunung dan jogging bagai.. (ops ni hobi untuk jaga kesihatan ye, bukan nak kurus semata-mata...hehhee ) Tapi dari hari ke hari , semakin banyak perubahan terjadi .. paling ketara kaki mummy selalu mengigil especially waktu bawak kete .. Mengigil non stop. Waktu XPDC Gua Batu Maloi aritu pun dah nampak gak.. tapi ingat sebab letih sangat kot atau disebabkan oleh masalah lutut (OA) yang mummy hadapi... So wat lex wat peace je macam hero besar mummy selalu cakap..hehehe
Perkara ini berlanjutan hampir 2 bulan.. Hari demi hari berbagai perubahan dalam badan mulai muncul seperti badan mulai mengigil , mudah jatuh sakit ( demam) , susah tidur , mudah penat , kuat berpeluh , kuat makan tapi tak gemuks , muka sembab , kaki bengkak , kadang-kadang susah bernafas, jantung berdegup dengan lajunya, badan gatal-gatal walaupun mummy dah gosok badan pakai berus sabut ye ( nasib baik kulit tak tertanggal) .. hahhaaha 😂 dan macam-macam lagi lah..
Memandang tahap kesabaran mummy mulai nipis apabila kaki mulai bengkak dengan rancaknya , sampai habis muka mummy yang jelita kununnya ni (pasan nak mampuih) mulai bengkak dengan teruknya.. hahahhaha .. Apalagi rajinlah mummy ulang alik ke Klinik Kesihatan Gereja kat Opis Mummy.. Kejap-kejap amik darah , kejap-kejap kena amik air kencing .. fuhhh saboo betul mummy. Ubat tak yah cakaplah menimbun kat umah tu... Siap boleh jual balik rasanya.. hahahhaa.. :P
15 Februari 2017 , hasil keputusan darah mummy ok! walaupun pada mulanya darah mummy tak mencukupi. Tapi mummy masih tak puas hati ... tanya punya, tanya kat Dr Bobby so Doktor Bobby sarankan agar di buat pemeriksaan X-Ray untuk melihat keadaan jantung , ada amik darah ( 7 botol weiii ) dan juga check air kencing lagi. Tapi aku di refer ke Klinik Kesihatan Tengkera . Sebab kat sana semua kelengkapan lengkap..
22 Februari 2017 , Aku ke Klinik Kesihatan Tengkera.. 7 Botol darah aku diamik bagi mengesan segala penyakit yang berhubung kait dengan kaki bengkak seperti jantung , hati , buah pinggang , tyroid dan lain -lain lagi. Setelah di ambil segala bagai darah yang diperlukan , so kenalah aku menunggu 12/4/2017 untuk keputusan darah tu... perghh lama kannn.. saboo je la..
28 Februari 2017 . Nurse dari Klinik Kesihatan Tengkera telefon aku tengahari tu, katanya urgent suruh datang ke klinik pada minggu tu je.. Perghhh berdebar-debar weiii.. Ketaq kepala lutut! Padahal lambat lagi kot appointment aku kot.. Fuhhhhh...
So terkedek -kedek lah aku ke Klinik setelah menghantar hero-hero aku ke sekolah jam 8.00 pagi 1 Mac 2017 . Ramai pulak orang pada hari tu... Menunggu angka giliran untuk dipanggil oleh nurse. Bagaikan satu pengeksaan bagi aku waktu tu sebab aku mengantuk sangat sebab malam sebelumnya aku tak cukup tido.. huaaa Aku ngantuk weeei!
Memandang aku demam pada hari tu , aku terpaksa amik darah lagi.. takut denggi katanya. Saboo je la.. Habis jugak darah aku ni nanti kang.. Asyik kena sedut je.. hahaha
Nor Juliana..... +++ .. Jeng jeng nama aku dipanggil.. Melangkahlah aku ke bilik doktor No 5 ( no luck aku ni.. hopefully luck la kan ) .. Kelihatan Dr Mohana sedang selesa menanti di kerusinya..
Pum pang pum pang..bla bla bla
( tengah sembang ngan doktor laaa..)
Doktor cakap aku takde darah tinggi , kencing manis , x-ray gantung dan paru-paru ok.. tiada takungan air dalam badan .. Cuma keputusan Tyroid tak keluar lagi.. so kena tunggu kejap dari makmal.. Sementara tu aku kena buat ECG bagi melihat dengupan jantung aku . So far.. Jantung Aku ? Laju sikitlah dari ferrari yang baru lepas isi minyak yang baru naik 2 kupang tu.. hahhhaa 😝
Settle semua aku masuklah balik ke bilik doktor.. Taraaaa... Keputusan Tyroid aku dikeluarkan dan ianya terlampau tinggi.. Katanyalah aku bukan tau pun.. Aku aa aaa ja.. hahaa Bacaan 75 .. Doktor cakap selalunya 25 ++ sikit je.. perghh hhh Doktor cakap kes aku pelik sikit sebab katanya tinggi sangat dan jarang ada kes macam ni... ye kerrr? Takutkan aku je doktor ni tau.. Tak baik tau dosa.. Doktor cakap macam tu ada still dok sengeh je.. confius kot aku ni.. hahhaa ( Eh ! Ye ker doktor ni) So doktor sahkan aku mempunyai penyakit HyperTyroidsim yang boleh membuatkan aku koma , masalah jantung , buah pinggang malahan juga boleh menyebabkan kematian. Huh! Ketaq lutut sat! So sapa ada yang menghidapi penyakit ni, sila amik serius ye..
So disitulah segalanya bermula. Bermulalah kehidupan aku yang kena telan ubat dan tak boleh buat-buat lupa makan ubat seperti biasa aku buat.. Huaaaa..
Apa itu Hypertyroidsim?
Hypertyroidsim adalah satu penyakit dimana kelenjar Tyroid telah menghasilkan hormon tyroid secara berlebihan .( Overactive Tyroid)
Kebiasaannya kelenjar Tyroid menghasilkan tetraiodothyronine (T4) dan juga triuodothyrorine (T3) yang merupakan hormon utama yang mengawal penggunaan tenaga oleh sel . So dalam kes mummy ni ianya telah dihasilkan dalam kuantiti T3 dan T4 yang banyak laaa... Dimana kelenjar tyroid ni lah yang mengawal metabolisma dalam badan mummy..
Punca Hypertyroid?
Pelbagai sebab yang boleh dikaitkan dengan punca terjadinya penyakit Hypertyroid ni.. Antaranya adalah disebabkan oleh sejenis penyakit auto imun yang dipanggil penyakit Graves. Penyakit Graves ini telah menyebabkan antibodi ini bisa meransang kelenjar Tyroid untuk mengeluarkan terlalu banyak hormon dan biasanya kerap berlaku pada kaum wanita . Malahan ianya juga boleh diwarisi oleh ahli keluarga.
Tanda-tanda Hypertyroidsim
- Selera makan bertambah
- Badan gatal-gatal
- Kaki bengkak
- Gelisah
- Tak boleh fokus pada sesuatu perkara
- Jantung berdegup dengan laju
- Cepat penat dan letih
- Susah Tidur ( Insomnia)
- Pening dan Muntah
- Berdebar-debar
- Berat badan turun dengan mendadak
- Keguguran rambut
- Susah nak bernafas
- Tangan menggeletar/ Mengigil
- Otot badan menjadi lemah
- Toleransi haba ( kejap panas kejap sejuk)
- Mudah marah / emosi terganggu
So kalau korang adalah simptom yang sama macam mummy ni cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor dan sekiranya keputusan yang diberikan tidak memuaskan tukarlah dengan doktor lain macam mummy ni. Sehingga keputusan yang diberikan mampu memuaskan hati korang. Makan ubat dengan teratur walaupun ubat yang diberikan akan memualkan tekak korang macam mummy ni.. Serius rasa macam tak nak dah makan ubat oii! Letih! Lepas tu jangan lah makan supplement sebarangan. Elakkan makan kekacang , makanan dalam tin seperti sardin , seafood even ikan sekalipun , banyakkan rehat , jangan stress , jangan angkat barang yang berat-berat (nasihat dari doktor tuk mummy ni) dan semua yang berkaitan la..
Nota : Sori ni lah punca lama mummy tak update blog .. Sori buat yang tertunggu -tunggu akan ngomelan mummy ni .... ( hhahahahha budget retis sungguh .. wakakakah ..) Korang doakan mummy cepat sembuh tau..
Thanks For Reading! Wassallam
4 Comments
Perghh panjang berjel2 tapi kita baca gak sebab nak tau sebab tuu..Takut plak dgr..semoga mummy terus kuat demi hero berdua tu..Dan jgn skip2 laa makan ubat mummy..Ok pasni harap2 mummy sihat walafiat..aamin
ReplyDeletesemoga mummy cepat sembuh ya
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..thanks sharing
ReplyDeleteJanjiKita
thanks for sharing..baru tau..semoga cepat sembuh ye
ReplyDelete