XPDC Gua Batu Maloi Negeri Sembilan
Assallamualaikum..
Tercapai jugak hasrat nak masuk gua.. Macehh Acad yang berjaya merealisasikan impian aku.. giteww..! Hehehehee Aku ni pandai order je, tapi cari info malas.. hahahaha 😝😝 Lagipun aku saje je, nanti kasi yang pro handle... so takdelah cacat celanya nanti. hehehehe
Sebagai aktiviti pembukaan tahun baru 2017 , aku dan team telah memilih untuk menjelajah di Gua Batu Maloi yang terletak di Kampung Tanggai , Johol Negeri Sembilan. Sebelum ni asyik memanjat gunung je, kali ni kitaorang tukar ke haluan yang lain pulak ..... hehehe Penyertaan kali ini melibat 16 orang peserta kesemuanya yang datang dari Melaka , Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur..
RM 45 dikenakan sebagai bayaran untuk XPDC kali ni. Ianya termasuk dengan Insurans, permit, Makan tengahari serta Juru pandu yang comel iaitu Ema dan assistantnya Hakim . Kalau korang nak info lanjut untuk pakej yang disediakan boleh hubungi Ema di facebooknya iaitu Emma Alya
XPDC Ini dimulakan jam 9.30 pagi walaupun 6.30 pagi aku dah terpacak menunggu yang lain kat Petronas Tampin.. huh! Hampeh betul dorang ni Hurmmm.. 😡😡😡 Semua lambat.. ahkak dan Tiera jugak yang terkebil-kebil tengok orang isi minyak disubuh hari.. sobsss
Aktiviti pertama sebelum memasuki gua adalah dengan mendengar taklimat oleh Pak Cik Johari mengenai Gua Batu Maloi serta pantang larangnya. Pak Cik Johari ini juga merupakan antara orang yang terawal yang menjumpai dan mengekplorasi Gua Batu Maloi ni.. So memanglah banyak pengalamannya kan.. Namun aku tak sempat nak korek rahsia.. kang tak jadi aku nak masuk gua nanti .. hahahhaa
Pak Johari yang berbaju Purple tu.
Gua Batu Maloi ini merupakan Gua Batu Granit yang terletak dikawasan lembah dipertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan juga Gunung Tampin. Gua ni terbentuk disebabkan oleh tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung ganang yang berdekatan. Namun disebalik tindihan-tidihan batu-batu inilah terdapat laluan yang membolehkan aku dan team menyusurinya .
Gua ini juga merupakan gua terpanjang di Malaysia yang mempunyai ukuran 2.38 km laluannya dan mempunyai 24 check point.. Hutan Gua Batu Maloi ini juga diselia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Laluan gua ini juga boleh dikatakan 80% daripada merupakan kawasan yang berair. Tempoh penjelajahan juga mengambil masa dalam tempoh 4,5,6 jam , malahan ada yang sampai 7 jam pun ada. Ni lambat pun sebab banyak sangat traffic light. Traffic light??? hehhhe tunggu team yang lain melepasi ruang yang kitaorang nak lalu la..hehhee
Sebelum memasuki gua, kitaorang terpaksa mendaki sebelum
berjumpa dengan pintu gua.. Takdelah jauh mana pun dalam 5 minit giteww
Belum kuyup lagi waktu ni..apalagi posing lerr dulu. Gua ni memang kena pakai head lamp. Gelap gelemat weeiii!
Aku dan Tiera...
Waktu ni kitaorang berhenti sekejap di Gua Perahu mendengar kisah mitosnya oleh Emma. Katanya dahulu batu yang berbentuk separuh perahu ini mempunyai kisahnya sendiri . Kisah cinta Maloi dan juga Puteri Bunian. Perahu separuh ini merupakan simbolik kepada kisah cinta dorang yang terpaksa melarikan diri untuk hidup bersama akibat halangan dari dua alam yang berbeza. Namun perahu ini karam dipertengahan jalan . Katanya lagi... sebelah perahu lagi berada di dunia bunian. Katanyalah. Namun kisah ini masih tidak pasti akan kesahihannya memandangkan Maloi dan Puteri Bunian sehingga kini masih tidak dijumpai.
Gua Perahu ( Check Point 7) Didalam Gua Batu Maloi ini terdapat 24 check point yang wajib dilalui. So Gua Perahu ni merupakan check point yang ke 7. Selepas menelusuri Gua Perahu... redah punya redah.. merangkak , memanjat, melompat dan sebagainya . Akhirnya kitaorang ke Gua Kelawar pulak. Beberapa minit sebelum sampai ke Gua Kelawar kitaorang telah dihidangkan dengan bau yang sangat harum... hahhahah weiii bau najis kelawar la... kah kah kah.
Namun di Gua Kelawar tidak dibenarkan sama sekali untuk membuka lampu. Bukan apa... Kalau dah bukak lampu awal- awal tak dapatlah tengok kemeriahan kelawar lari lintang pukang.. hahhahaha... Tapi apakan daya Ghaz dah terbukak lampu awal-awal , mungkin dia tak sedar kot.. sebab sibuk dengan camera dia.... hampehh tul... Bila bukak lampu secara berjemaah, banyak kelawar dah lari lintang pukang. Kempunan aku tau! Nampaknya kena masuk sekali lagi ni.. Masuk sekali lagi, kalo ada yang bukak lampu aku nak cepuk waktu tu jugakk... Hamboii cakap macam berani je..podahhh..hhahahahha
Lain angl di Gua Perahu . Gua yang penuh dengan tindihan batu-batu yang besar.
Dah habis redah segala bagai.. kitaorang stuck sekejap, adalah dalam setengah jam. Dah la tak boleh tegakkan kepala. Kedepan pulak kena simbah air.. adehh! Macam diluah mati mak ditelan mati bapaklah pulak..hahhhaa Waktu ni kitaorang terpaksa menunggu team lain yang terpaksa panjat arus deras (air terjun) untuk ke check point seterusnya. Dah settle team yang lain tu, turn kitaorang pulak.. Semua lepas cantik jeeerrr... Bila tang aku yang berkaki pendek ni ..perghhh memang azab. Kena tolak badan baru lepas.. Huaaaa.. Aku nak tinggi! kah kah kah...
Kena meniarap pulakkk... Tapi waktu ni ada team kitaorang kena asthma. Mungkin sejuk sangat atau sebab laluan dia yang terpaksa kena meniarap... so bila lalu kat air terjun yang deras tu... memang terkebil-kebil jugaklahh... Terkelip-kelip mata dan hidung mummy menahan nafas...fuh fuh fuhh... hahahhaa
Dah keluar gua rehat kejaplahhh...
Dapatlah basuh kasut yang di penuhi dengan pasir dan air.
Pastu apalagi..posinglah weiiii... Dok dalam hutan ni memang best gilerrr! Sejuk je..
Udara pun nyaman... yum yumm...
Dah rehat kejap meluruskan tulang belakang yang penat tahan badan dalam gua.. meh panjat mehh... Ada check point lain yang sedang menanti. Kita panjat pulak akar-akar kayu.. Kena hati-hati tau jangan tergrlincir sudah...
Masuk gua balikkk...adehhh!..hahahahahaha.. Bab kena kecikkan badan aku rasa 70% memang aku kena buat.. Sabooo je laa...
Waktu duduk kat sini , yang syoknya boleh tengok ikan berenang-renang. Ada kecik ada besoorr... nasib baik tak banyak.. kalo tak aku dah suh ikan-ikan tu urut kaki aku...hahhha Berangan lagi! :P
Akhirnya kitaorang sampai ke Batu paling besar sekali kat Gua Bau Maloi ni. Dipahamkan nama asal batu ni, adalah Batu Maloi.. tapi telah ditukar kepada Batu Maloi yang aku dah lupa apa sebabnya..hahahha
Posing lagi depan Batu Maloi ni.
Apalgi operasi memanjat pun bermula. Aku ni memang mengedik nak naik... Yelahh kalau tak naik memang aku menyesal tak sudah la.. Walaupun kaki aku dah menggigil tahap gaban.. aku paksa jugak diri aku naik. Kang menyesal.. sapa pulak nak bawak aku datang Gua Batu Maloi ni lagi..
Actually ni 1st time aku panjat batu yang besar dengan hanya memijak akar-akar kayu. Ngeri tapi best! Nanti cubalahh.. Yang penting aku tak panjat signage Ipoh sudah... ahhahahaha
Ni kat atas Batu Maloi tu.. Gempak weii ada Pokok Besar atas batu... serius ohsem... Betapa indahnya Ciptaan yang Maha Esa.. Dah habis posing bagai , aku terlupa pulak cara nak turun. Dorang kata senang je ! tu yang aku excited panjat. Sekali hah! hamik ko..satu je akar kayu besor yang aku kena ragaih... Seram sejuk aku!.. Tapi seperti biasa kena la kontrol ayu... dengan muka takde perasaan aku turun dan memastikan kaki aku still berbentuk L supaya tak jatuh menyembah bumi.. Kalo tak??? tak tau rupa aku macamana... Rupa Nangka busuk kot! haahhahahah :P
Akhirnya tamat sudah pengembaraan di Gua Batu Maloi selama hampir enam jam.. Fuhh lama tu. Naik menggigil satu badan kerana kelaparan disebabkan isi perut dipagi hari hanya dengan sekeping roti telur yang rupanya macam roti kosong.. Berlagu riang perut aku... ! hahahaha. Aku rasa 6 jam ni termasuk dengan kesibukan traffic didalam gua.. ha! jangan main-main dalam gua pun jem tau... So sila bezakan muka masuk dan keluar gua... Masuk semua tegak berdiri, keluar nak diri pun..adehhh tak larat! hahahaha Apa-apapun aku nak kongsi beberapa tips yang aku rasanya cukup berguna untuk korang.
Tips ke Gua Batu Maloi
- Sila pakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang. Kalau yang pakai tight tu kalau boleh pakailah seluar pendek kat luar. Bagi mengelakkan seluar koyak disebabkan oleh batu-batu yang tajam.
- Sila pakai kasut getah dan berstokin agar tidak berat menampung air dan pasir.
- Sila bawa barang-barang yang berharga didalam beg waterproof. Tapi seeloknya tak payah pakai beg. Buat menyeksa jiwa je macam aku.
- Sila pakai glove agar tangan tak luka macam aku.
- Bawaklah bekal makanan kalau korang jenis cepat lapar macam aku.
Thanks for Reading! Wassallam
34 Comments
seronoknya masuk gua.. berendam dalam air.. heee
ReplyDeleteHehhehe Memang syok pun..
DeleteWahhh masuk Gua pulak. Hehe. Nani tak pernah lagi ada pengalaman masuk gua macam ni. Mungkin lepas ni boleh lah pergi sini ke kan untuk cari pengalaman 😊
ReplyDeleteAaa mummy test test je... hehhee Syok la pulak.. best tul main air ni Nanie.. Silalah cuba..
Deletecantiknye the view esp kat Batu Maloi tu ^_^
ReplyDeleteAaa memang cantik Ayna..
DeleteSeronok tengok Mummy berekspedisi :)
ReplyDeletePeberet Farah.. Yummy! Hehhee
Deletewahh sonoknyer uoolls., ;p
ReplyDeleteHehehe Memang Syok Wak.. hehehe
Deletemummy... owh apakah.
ReplyDeletewhy tak ajak.
kita pun teringin nak masuk gua ni... tapi tak ada geng...
Alahai... Lupa lak nak ajak.. nanti mummy ajak yg lain hokay.. Tapi tunggu mummy sihat dulu na..
Deletemummy J kalau ada plan nak ber gua lagi - roger ea.
ReplyDeletegua kelam ke
gua tempurung ke
gua mulu ke...
janji tau tau tau
Wow banyaknya plan.. Insya Allah nanti mummy hajak hokay..
Deleterajin ber xpdc ya mummy
ReplyDeleteHehehhehe Peberet Arz..
Deletemenarik gua ni mummy...teringin pula nak gi
ReplyDeleteSilalah pergi Arz.. Syok tul!
Deletehebatnya korang yang suka aktiviti macam ni.. saya? masuk tempat gelap pun gigil..haha
ReplyDeleteHaha .. ni mesti kat rumah sentiasa terang benderang ni kan kan?
DeleteAaa best Ita.. Meh la try. Lagipun takdlwah gelap sangat.. Gelap-gelap manja je katanya.. hehehe
DeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :D
ReplyDeleteWslm.. Thanks Ya.. Nanti mummy pi ronda..
DeleteDah tak rajin nak masuk ke tmpat2 ekstrim macam ni. Usia dan stamina dah kurang.
ReplyDeleteBlog House Husband Kerja Dari Rumah
Boleh try lagi tu.. Actually Usia bukan ukuran.. Almaklum la mummy pun dah tua jugak.. hehehe
Deletewah! bestnya mummy n kwn2 mendaki n memasuki gua.
ReplyDeleteabam kie folo sini. no 109. tq...
Best Abam Kie.. Thanks Na.. Nanti mummy pi ronda na..
DeleteHebat mummy masuk gua tu..
ReplyDeleteTak hebat mana pun.. XPDC kali ni mummy agak pancit.. heheh
DeleteSeronoknya .. tapi kita dah lama tak.buat aktiviti lagu ni mummy..dulu2 zaman badan kuat lagi blh laa sekarang ni habababa jer lalala
ReplyDeletebestnya masuk gua
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTumpang tanya... ada pacat tak
ReplyDeleteTakde pacat pun waktu pi tu.. Tapi taktau la kalau musim hujan..
Delete