Taman Tasik Taiping Perak. Apa yang menariknya?

by - March 21, 2017

Assallamualaikum..

Apa yang menariknya Taman Tasik Taiping selain daripada lanskap rimbunan pokoknya yang cantik tu..? hah! Hari tu Mummy and The Geng telah ke Taman Tasik Taiping dari Pulau Pinang. Ianya mengambil masa lebih kurang 45 min je.. So dari Penang ke Taiping takdelah jauh sangatkan. Taiping ni sebenarnya bandar kecil je...yang terkenal dengan tasiknya yang unik, kilang pembuatan kopi secara manual dan tidak lupa juga dengan Kilang Arang yang terdapat di Kuala Sepetang tu.

Tapi lawatan Mummy dan The Geng bukanlah nak buat lawatan dan meninjau-ninjau tapak..Ni hah! Nak jogging dalam air je..HHAHAHAAHHA... Sebelum nak cerita pasal jogging dalam air Mummy nak ceritakan sedikit serba sedikit mengenai Tasik Taiping ni.

Kisah di Sebalik Taman Tasik Taiping? 
Tasik Taiping tu bukan sebenarnya nama tasik tu, Nama tasik itu sebenarnya dinamakan sebagaiTasik Duyung yang pada asalnya dikenali sebagai " Bougainvilla Point " . Pada suatu masa dahulu kompleks yang terdapat di tepi tasik  ini dipenuhi dengan deretan pokok bunga kertas yang telah ditanam  oleh Majlis Perbandaran Taiping ( MPT) pada tahun 1997. Pembinaan Kompleks ini juga bertujuan digunakan sebagai aktviti dan rekreasi air sekitar Taman Tasik Taiping. Kini Tasik Duyung turut mejadi salah satu daya tarikan utama pelancong ke Bandar Taiping.

Aktiviti Menarik yang terdapat disini?


Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan sekiranya korang datang ke sini antaranya menaiki basikal, menaiki sampan  dan juga beberapa aktiviti air lain seperti  menaiki Twin Paddle Boat. Disini mummy senaraikan harga tiket:-

Waktu Operasi : 
10.30 pagi- 7.30 petang ( Isnin -Jumaat)
9.00 pagi -7.30 petang ( Jumaat , Sabtu , Ahad dan juga Cuti Umum)

HargaTiket

Twin Paddle Boat per Ride 
( Max 2 Dewasa + 1 Kanak-kanak below 3 yrs Old)
RM 12.70 ( 30 min)

Swan Paddle Boat 
( Max 4 Orang )
RM 21.20 ( 30 Min)

Battery Operated  Sampan/ Oriented Boat for 4, Water Bike , Water Roller ,  Sampan Kampung , Water Tricycle , Solar Boat ( SEMUA NI OUT OF SERVICE)

Bicycle for Rent - TAKDE HARGA
 ( Nanti kalau nak sewa tanya je kat kaunter tiket tu)

Selepas beli tiket korang boleh pilih life jacket untuk keselamatan.Semua saiz ada.
 

Sebelum naik bot kita posing duu

Hero-hero dah excited nak mengayuh sakan dalam air dengan mummy
 
  Mummy dipilih swan boat untuk dikayuh.. Dapatlah merasa dalam 30 min mengayuh tu pun rasa macam nak separuh mati kayuh. Nampak cam senang..tapi penat ya ampun!


   Dah penat-penat mengayuh , apalagi kitaorang mengambil peluang untuk bergambar disekitar tasik Taiping yang cantik landskapnya ni.


 
Hampir satu jam jugak kitaorang lepak-lepak kat Taman Tasik Taiping ni.Lepas tu terus balik Penang. Mama pun terkejut aik dah balik dah..hahhahhaa..Ala Taiping Penang je pun..takdelah jauh mana. Nanti korang datanglah.. Tapi Taiping ni takdelah besar mana.Cowboy Town katakan.. hehhehee

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

9 Comments

  1. Seronok ni kalau pergi dengan family, macam macam aktiviti boleh buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Ni lah namanya family time...hehhee :D

      Delete
  2. seronok g sini... sejuk.. nyaman

    ReplyDelete
  3. mummy... saya baruuuuu balik tempat ni hari sabtu baru ni 18 mac.

    hihihih...
    dah lama bebeno tak g tasik ni.

    dulu kecik2 slalu g sini.

    kakak sy skolah kat mrsm tepen tu - so mmg every week le g ke sini.

    bawak makanan n picnic.

    pastu kena kacau ngn monyet yang amat banyak.

    tp g mgu lps dah tak nampak dah monyet2 tu.

    hihihi

    ReplyDelete
  4. mummy g tak makan yong tau foo tepen yang glamour tu - kat bomba tu

    ReplyDelete
  5. AHAHAHA..Sha dibenarkan sekali je naik..suami ckp udah2 laa buli dia cmnii..separuh mati kayuh

    ReplyDelete
  6. followback
    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/03/blog-giveaway-by-rii.html

    ReplyDelete
  7. dah pernah pergi dan try paddle boat tu.bestttttt.pemandangan pun cantik

    ReplyDelete
  8. Paddle boat nampak menarik! Hii. Kayuhan laju lama2 slow sebab dah penat :p Siqah nak ke sini, suka dengan pokok2 kat Taman ni. Cantik :)

    ReplyDelete